Rabu, 24 Disember 2025

Bulan Rejab..‼️Banyakkan Berdoa Meminta Kepada Allah - Ustaz Shamsuri Ah...

DAHSYATNYA MEMBACA AL-QUR'AN TIAP HARI - USTADZ DR SYAFIQ RIZA BASALAMAH MA

What Do Humans Experience Immediately After Death? Ustadz Ammi Nur Baits

"Istikharah: Tawasul Terbaik" - Ustaz Dato' Badli Shah Alauddin

 

Tuesday, 7 May 2024


Menjaga adab sebagai seorang Muslim..


 

Beramal dengan al-Sunah

 

Sabtu, 11 November 2023

Beramal dengan al-Sunah

Berkata Abdullah bin Mas'ud RA,

                                      "Beramal dengan al-Sunah walaupun sederhana lebih baik daripada beramal dengan amalan yang tidak bersumberkan al-Sunah."  

                                                                (Riwayat al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra 3/19)


Imam Muslim meriwayatkan daripada Samurah bin Jundub RA  Rasullullah bersabda: 

                                          "Ucapaan yang sangat disukai/dikasihi ole Allah SNW ialah empat   Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahhuakbar.  Tidak menjadi kesalahan yang mana dahulu kamu mulakan."

"Daku hamba Allah yang hina"

 

Isnin, 15 Disember 2025

"Daku hamba Allah yang hina"





Jika anda ingin berlumba salam sesuatu, berlumbalah untuk meraih keredhaan Allah dan mencapai tempat tertinggi didalam syurga.

Mari kita berlumba-lumba kearah ini.  Jangan kita lupa , tiada apa yang lebih bermakna daripada ini.  Kumpullah dari sekarang pahalanya walaupon terpaksasa kau raih dengan kadar  sedikit demi sedikit.  Jika tidak sedikit masakan dapat  menjadi banyak.  Pahala itu akan Allah balas meskipon  sebesar zarrah.
Mari kita ingat buatlah kebaikan dari sekecil2 kebaikan dan Nabi berpesan Jangan dipandang remeh dengan pahala2 yang sedikit.  Ingat sekecil2 Iman ialah mengelakkan daripada berlakunya perkara mungkar.   Jika kita tak mampu mengelakkan dengan  melaksanakan  sesuatu yang besar,  setidak2nya kita memberitahu atau menegurnya, jika kita tak mampu menegurnya  dengan lisan, maka kata Nabi SAW serendah2 Iman itu kita menegurnya dengan hati.

Mari kita ambil iktibar kita(engkau dan aku ) akan bertemu Allah tak beberapa lama lagi.  
Sebaik2nya kita saling tegur menegur,  Daku rela meerima teguran,  meskipon terluka dihati.
Kita gigit kuat2 pesan Nabi kita ini jangan terlepas. kita sama2 jujur dalam hidup kita ini kerana "Siapalah kita di dalam bumi Allah yang tidak kekal ini" Kita tak  kekal, sahabatku.  Kita akan pergi.  Kita akan bertemu Allah jua.

Mari kita merendah diri kepadaNya dan keranaNya.  Daku mengaku ,bahawa daku tak selayaknya menegur sesiapapon kerana daku bukan siapa2 dan daku hanyalah guru biasa,  Daku bukan Ustazah Asma' Harun, daku juga  bukan  Ustaz Maza yang hebat itu...daku hanyalah  sahabatmu yang tak pandai mana.  Bijak daku tiada, malah pangkat  jauh sekali.  Siapalah daku di sisi sahabat.  

Sebelum daku mengundur diri daku susun jari sepuluh ingin memohon maaf di atas setiap teguran yang daku buat dan pernah buat,  Maafkan daku.  
Itu sahaja yang daku mampu pinta dan daku  sedar"Daku hanyalah hamba Allah yang hina"
Sahabatmu.  

Apa. Khabar..