Sabtu, 20 Disember 2025

Mengucapkan Allahumma Barik, cara untuk kita mendoakan keberkatan buat diri atau orang lain

 


Mengucapkan Allahumma Barik, merupakan satu cara untuk kita mendoakan keberkatan buat diri atau orang lain. Dengan memohon kepada Allah S.W.T untuk memberkati sesuatu, kita juga telah mengakui bahawa segala kebaikan yang kita miliki datang dari-Nya.

Artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan doa ini dan kelebihan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jadi, buat anda yang ingin mengetahui lebih lagi, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini

Doa Allahumma Barik

Dalam kehidupan seharian umat Islam, terdapat banyak ungkapan yang mengandungi makna yang mendalam dan membawa kebaikan. Salah satu ungkapan tersebut adalah ungkapan Allahumma Barik yang membawa maksud, “Ya Allah, berkatilah”.

Ungkapan ini , sangat digalakkan untuk kita ungkapkan apabila kita ingin memohon keberkatan buat diri kita dan juga orang lain. Selalunya ia diungkapkan apabila kita melihat sesuatu yang mengagumkan atau berada dalam momen-momen bahagia. 

Dengan mengamalkan doa ini,, ia mampu mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T, dan dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan kesedaran kita terhadap nikmat dan kebaikan yang ada. 

Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan mengenai kepentingan mendoakan keberkatan. Antara hadis yang membincangkan perkara ini adalah:

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Jika seseorang dari kalian melihat pada saudaranya sesuatu yang mengkagumkannya, maka doakanlah keberkatan buatnya”

[riwayat Ibn Majah & lain-lain].

 Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda:

هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ

Maksudnya: “Alangkah baiknya jika kamu melihat apa yang kamu kagum, kamu doakan keberkatan buatnya?”

[riwayat Ahmad].


Teks, Bacaan Rumi dan Maksud 

Ungkapan Allahumma Barik ini boleh disebut berdasarkan jantina dan jumlah orang yang ingin kita doakan, seperti dalam jadual yang disediakan di bawah. Namun, begitu, walaupun terdapat sedikit perbezaan dari cara membaca ungkapan ini, maksud bagi ungkapan itu masih sama, iaitu, “Ya Allah, Berkatilah”

Untuk mengetahui cara mengucapkan ungkapan ini berdasarkan jantina dan jumlah orang yang didoakan anda boleh lihat dalam jadual di bawah:

JantinaArabicRumi
Lelaki (seorang)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهAllahumma Barik Lahu
Perempuan (seorang)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهاAllahumma Barik Laha
Lelaki (ramai)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُمAllahumma Barik Lahum
Perempuan (ramai)اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُنَّAllahumma Barik Lahun
Sumber: Islam Updates

Walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari cara baca, mengikut jantina dan jumlah orang yang didoakan, maksud bagi ungkapan itu masih sama. Maksudnya ialah, “Ya Allah, Berkatilah”

Bila Perlu Menggunakan Allahumma Barik

Ungkapan ini merupakan satu doa yang serba boleh dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Contoh situasi yang boleh kita gunakan ungkapan ini adalah:

  • Sewaktu Meraikan Acara Bahagia seperti:
    • Perkahwinan
    • Kelahiran Ahli Keluarga
    • Perayaan
  • Bagi Menunjukkan Rasa Syukur & Tanda Penghargaan
  • Sewaktu Memohon Keberkatan
  • Bagi Memohon Perlindungan Allah S.W.T
Allahumma Barik










Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan secebis ayat yang boleh ditemui dalam Surah Al-Fath.

 


Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan secebis ayat yang boleh ditemui dalam Surah Al-Fath. Ia merupakan potongan ayat pertama dalam surah tersebut yang menyatakan bahawa kemenangan telah diberikan ke atas umat Islam. 

Potongan ayat ini, sangat digalakkan untuk kita amalkan sebagai zikir harian kita. Hal ini demikian kerana maksudnya yang baik, boleh membawa kebaikan kepada kita. Untuk mengetahui lebih lagi tentang potongan ayat ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel ini. 

Surah Al-Fath

Surah Al-Fath merupakan surah ke-48 yang diturunkan ke dalam Al-Quran. Surah Al-Fath ini terdiri daripada 29 ayat dan merupakan salah satu surah madaniyah, yang bermaksud ia diturunkan di Madinah. 

Surah ini dinamakan Al-Fath yang membawa maksud kemenangan. Perkataan Fath ini diambil dari perkataan Fathan yang juga merupakan antara kata yang terdapat dalam potongan ayat dari zikir dan ayat pertama surah ini,  Inna Fatahna Laka Fathan Mubina.

Surah ini diturunkan selepas Perjanjian Hudaibiyyah, di mana umat Islam mengalami satu titik perubahan yang signifikan dalam sejarah Islam, iaitu penandaan awal kepada penaklukan semula Kota Mekkah.

Surah ini menekankan bahawa walaupun pada pandangan manusia perjanjian tersebut mungkin dilihat sebagai kekalahan, tetapi sesungguhnya ia adalah kemenangan yang nyata bagi umat Islam.


Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina merupakan satu zikir yang dibaca apabila kita ingin memohon kemenangan atau kemudahan daripada Allah S.W.T. Zikir ini merupakan potongan ayat pertama dalam Surah Al-Fath.

Zikir ini diturunkan sebagai berita gembira kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dan kegembiraan Baginda telah diriwayatkan dalam Sahih Bukhari seperti berikut:

Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surat, yang surat itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari.

Kegembiraan Nabi Muhammad S.A.W ini adalah kerana ayat pertama dalam surah ini menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh baginda dan umat Islam pada waktu itu, dalam perjuangan mereka dan tentang kesempurnaan nikmat Allah S.W.T

Teks Bacaan Rumi & Maksud Doa

Bagi anda yang ingin belajar cara membaca zikir Inna fatahna laka fathan mubinaI, berikut merupakan teks asal, dan cara bacaan rumi beserta makna zikir buat pengetahuan anda:

اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا

Inna fatahna laka fathan mubina

Makna: Sesungguhnya Kami telah menganugerahkan kepadamu kemenangan yang nyata



Kelebihan Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina

Berikut merupakan beberapa manfaat yang akan anda peroleh jika anda mengamalkan Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina ini dalam kehidupan seharian anda:

  1. Hidup diberkati Allah S.W.T
  2. Dimurahkan rezeki
  3. Dipermudahkan urusan dalam semua perkara
  4. Mampu melembutkan hati pembaca dan juga orang lain
  5. Menemui jalan penyelesaian bagi setiap masalah
  6. Zikir “Inna fatahna laka fathan mubina” yang merupakan potongan ayat dari Surah Al-Fath, bukan sahaja merupakan lafaz kemenangan tetapi juga simbol harapan dan keyakinan kepada pertolongan Allah.




 




[LIVE] "Kewajipan Memahami Al Quran & Sirah Nabi sebagai Syarat Dakwah" ...




Ya Rabb...banyaknya isi daripada pelajaran ustaz ni.  Rabbku anugerahkanlah pahala kepada Ustaz Moin .   Tuhanku daku hanya share nak mudahkan faham sahaja.  Harap sahabat2 ku dengar ceramah ustaz  Sebenarnya itu cuma notaku yang daku gantikan kepada setiap buku2 nota yang aku buat dan berakhirnya daku terpaksa hapus kerana simpan lama ia mengumpulkan  hama.  Rabbku ...Moga daku dan siapa2 yang masuk ke Blogku dapat belajar dwalaupon tak masuk kelas Dakwah Ustaz.  Aamiin.
Apa yang daku lihat...Ianya sangatlah memenatkan.  Anugerahkanlah pahala melimpah buat Ustaz Rabbku.



﴿ لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ

 ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ﴾[ الحشر: 21]



SURAH AL- MULK : TAZKIAH JIWA

Bersyukurlah...Bersabarlah...,

 


I leave you in the care of Allah.

 Bangi 20/12/25 Bersamaan 29 Jamadilakhir 1447. 


Menjelang Bulan Haram

Ya Rabb daku kena banyak bersyukur dan
 tambahkanlah takwaku Ya Rabb...

Edit belum KIV
Dalam setahun ada 12 bulan.
Bulan haram itu ialah  Rajab berasingan  dan  Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram...Rejab di antara Jamadil dan dia antara Shaaban.
Mengapa di sebut bulan ...kerana bulan2 itu adalah di larang berperang .  Melainkan jika di serang.2)  Larangan beroerang jika di serang oleh musuh
Zulkaedah makna nya ...rehat...berdamai tempoh bertenang
Buklan  Zulhijjah kefarduan haji.
Buklan Uharram...
Matlamat Besar adalah menyenangkan menunaikan Haji..Untuk mendapatkan haji jarak mereka adalah satu blan ..Dengan itu mereka akan selamat...m

Matlamat di haramkan adalah kerana agenda nak ke Mekah..  Merekaberkenderaan unta...kuda...ambil masa sebulan. 2)   Mengapa Rejab?  Rejab ini adalah Mudhar:  orang anggap mudharab...bukan ...Mudhar ini satu masyarakatMudhar... Dia mengagap Bulan Rejab...Kabilah Mudar memperakui Tak boleh Perang.
Bulan yang di haramkan perang ini terletak 
Nabi dgn terang TRejab Mudhar...terletak dantara Jamadil akhir dan Shaaban.

Apa kelebihan bulan haram...
1) Bulan2 ini di haramkan perang.
2) Afdhal melakukan Umrah di lakukan Bulan Zulkaedah..
4 kali .1
1) Ketika dia di halang..masa dia di Hudaibiah- Tahun 6 hijrah  Rasulullah hantar Saidina Othman.. kesana ..Nabi berpakat berbaiah . Heboh ngatakandi belakang pohon kayu di belakang pokok kayu Riduah.."Baiatul Riduah.  Jumlah 1,400 orang.   Seolah2 Saidina Othman pon dapat pahala baiah itu.,
Tahun Seterusnya...
Tahun 8 Hijrah Buklan Ramadhan..Peperangan Hunain...Nabi pasang niat pasang ihram..
4) Nabi buat haji  Nabi Umrah sekali ...Haji Qiran .(Bayar 1 dam) .Tawaf sekali Syair sekali. serentak..
.Haji ifrad dan Haji Tamattuk dan haji Qiran

Nabi  buat Umrah dlm Bulan Zulkaedah.  Bagus jugak buat umrah dlm bulan Zulkaedah.  Nabi kata jika daku hidup lagi daku akan puasa 2 hari  9 dan 10 Muharram...Pahala Besar dan Kebajikan/kelebihan besar.
Apa Makna Rajab...Membesarkan dan mengangungkan.
Dengan meninggal lkan peperangan.















Dalam setahun ada 12 bulan ...3 berturutan... dan 1 berasingan..ia itu Rajab.

Apa. Khabar..