Jumaat, 19 Disember 2025
Cara Menghadapi Musibah Tanpa Panik ! – Ustadz Rifky Ja’far Thalib
Bangi 19/12/25 Bersamaan 28 Jamadilakhir 1447.
Terima kasih sahabatku. Daku jadi kuat baca ini.
Syukur . Allah maha kaya.
Ada 4 cara musibah dpt di tangani...
1) Tawakkal...Langsung musibah itu datang...
2) Ketika masaalah muncul...Husnuzon kepada Allah
3) Jangan pernah putus asa .Tidak ada iman orag yg putus asa. Anda sudah beramalah Allah yg maha kuasa.
4) Berdoa... Senjata paling tajam senjata doa. Allah mahu kita berdoa.
1) Tawakkal...Langsung musibah itu datang...
Harus langsung Tawakkal kepada Allah. Kerana Allah tidak senang kepada orang yg tenang bersandar sendiri...Dia hanya mahu anda bersandar kepadaNya sahaja. Allah Cemburu...
Allah itu Cemburu... Bagaimana orang yg bersandar dgn selain Allah, Wang , polisi, orang berkuasa, dia akan kalah Allah akan tumbangkannya.
Ketika Engkau senang, semua orang datang dan jika kita susah semuanya kabur itu kejadian di zaman Salaf...Kaya, Teman datang dan bila dia miskin semua hilang.,..
Demi Allah saya tak pernah melihat hanya teman kamu, mereka datang di ketika kaya... maka ketika muncul masaalah kamu sandarkan kejadian itu kpd Allah maka kepada Allah hussamad...Allah tempat bergantung...
Bagaimana jika ada masaalah ?
Wamanyatawakkal alaal lah wahuawasbuh...
Musa lari menyelamatkan Bani Israil ...berakhir di lautan...Mereka bilang ...Musa ...Firau belakang ...laut hadapan...
Musa kata Kalla,...Allah bersamaku dan Allah pasti beri jalan keluar...
Serah sama Allah ..BERES,...
YA RABB AKU TAWAKKAL KEPADAMU .,..
2) Ketika masaalah muncul...Husnuzon kepada Allah
.i) Musibah dtg atas izin Allah...
Allah tidak akan membebani anda jika anda mampu. "Bertakwalah kpd allah semampu anda"
Ketika masaalah dtg ...Allah titipkan kemampuan sejumlah ujian anda.."
Demi Allah, Allah lebih sayang anda di banding ibu ini menyangi anak kecilnya"
Nabi ayyub paling kaya.
1) Banjir besar...sekelip mata hilang terus hartanya.
ii) Esoknya anaknya mati semuanya kerana rumahnya runtuh...Nabi Ayyub tenang...
iii) Semua isteri meninggalkkannya...
iv) Esok, Ayyub Allah timpakan sakit kulit.. kenapa tak minta Allah sembuh...sembuh? sihat 80 tahun ..baru setahun sakit baru beberapa tahun daripada sihatku ..malu daku kata Ayyub
v) Isterinya yg sabar...Nabi Ayyub melihat Isterinya beli makan mereka...Isterinya jual rambut... baru Nabi Ayyub berdoa...
Allah abadikan dlm Al Quran..
Ingatlah kepada Ayyub Menyeru Tuhannya.
Ketika Ayyub menyeru Allah, Dia kata Ya allah saya tertempel..kesullitan... kecil saja
3) Waan taarhamurraahimin...Ya Allah Engkau yang paling penyayang...
LANGSUNG ALLAH HILANGKAN SEMUA KESULITAN...MASUK ISTERINYA AYYUB..ISTER NYA BERTEMU AYYUB DI TEPI PINTU...YA ROBB...SECEPAT ITU..." AKU SESUAI APA YG ANDA SANGKAKAN."
TETAP HUSHUZON BAHAWA ALLAH PALING PENYAYANG..
JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT PERTOLONGAN ALLAH ..
:TIDAKLAH PUTUS ASA BAGI ORG YG BERIMAN"
Abu Bakar menemani Rasul...kenapa
3)'Jangan pernah putus asa .Tidak iman orag yg putus asa. Anda sudah beramalah Allah yg maha kuasa.
4) Berdoa... Senjata paling tajam senjata doa. Allah mahu kita berdoa.
Jangan makan haram... meninggalkan perintah Allah....jangan tergesa2...semua Allah terima kecuali orag yg tergesa2...
Tokiwadai dalam kenangan
Oktober 19, 2008
Teringat saya ketika di Jepun selama 3 bulan, mengambil cuti tanpa gaji untuk ke negara matahari terbit itu khusus mencari pengalaman hidup dan mengetahui budaya orang Jepun dari pelbagai segi. Saya selalu ke sekolah tadika anak saudara saya Qurrata Aini yang ketika itu berusia 5 tahun dan belajar di tadika Jepun di Tokiwadai, bandar Itabashi-ku di Tokyo. Setiap hari saya dan kakak saya akan berbasikal ke tadika itu yang dalam bahasa Jepunnya berbunyi “Hoikuen” atau tadika. Setiap hari kami menghantar bekalan tepat jam 11 pagi untuk Aini. Bekalan ini dipanggil ‘obento’ . Makanan yang siap dihias akan dimasukkan ke dalam bekas makanan kemudian dibungkus dengan kain seperti sapu tangan empat segi yang menarik dan cantik. Kemudian diikat keempat-empat bucu kain itu dan dijerut. Obento ini dimasukkan ke dalam beg kecil khas dibuat untuk obento, yang boleh dibeli di pasar raya. Beg ini comel dan dalam pelbagai warna dan design. Bagi orang Jepun obento selalunya dihias cantik. Saya dan kakak saya selalu memikirkan macam mana nak hias obento Aini supaya cantik dan menarik. Kalau kami masak burger ayam (halal, yang dibeli daripada kedai orang Pakistan) kami akan bentukkan daging burger menggunakan acuan pelbagai bentuk. Contohnya bentuk ‘kitty cat’ dalam bahasa Jepun ‘kitty chan” yang comel yang ketika itu amat Aini gemari. Kami akan meletakkan mata kitty itu menggunakan strawberry. Kemudian hidungnya menggunakan biji jagung. Memang comel sekali. Aini beritahu sensei (cikgu)nya cakap “Oishi desene?” atau “Sedap?”. Di Jepun obento amat mustahak. Di sekolah makanan dibekalkan. Baik di tadika, atau di sekolah rendah. Waktu rehat murid-murid akan diberi jadual tugas. Yang menghidang makanan akan memakai apron. Semua sudah faham tugas masing-masing. Jadi setiap kali tiba jadual masing-masing mereka sudah bersiap sedia menghidang makanan di dalam kelas. Menu di sediakan oleh pihak sekolah. Semua tukang masak memakai apron dan memasak berdasarkan menu yang diberi. Kajian lengkap terhadap makanan seimbang dibuat dan di sebelah menu disediakan kalori dan kandungan zat makanan. Sungguh sistematik dan berdisplin. Bagi pelajar Muslim, obento perlu dibawa atau dihantar oleh keluarga. Ketika saya di Jepun, saya pernah menghantar obento Aini. Kakak saya dah ajar saya bahasa Jepun. “Sensei, Aini no obento desu” Saya cakap pada cikgu. Maksudnya “Cikgu, ini bekalan makanan Aini.” Cikgu akan menjawab “Hait, Arigato gozaimas” sambil menunduk hormat dan sopan. Saya rasa sungguh teruja dengan kesopanan mereka. Para guru amat dedikasi. Mereka menghormati semua ibu bapa, tak kira bangsa. Di tadika Aini ada dua orang pelajar asing, Aini dan rakan dari Korea. Cuma Aini saja beragama Islam. Aini saja yang perlu dihantar obento oleh ibunya atau saudara Aini. Nanti saya akan terangkan tentang Hoikuen Aini.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Ya Rabb...banyaknya isi daripada pelajaran ustaz ni. Rabbku anugerahkanlah pahala kepada Ustaz Moin . Tuhanku daku hanya share nak mudahk...
-
Allah yang maha perkasa. "Al Qawii yul mateen" KIV...Eni...
-
Bangi 16/12/25 Bersamaan 25 Jamadilakhir 1447. Saturday, October 25, 2025 Subhanallah.... Inilah ciri-ciri para wanita calon penghuni syurga...


