Banyaknya lagu ni...menari2 di paparan skrin aku bila you tube daku on aja.
Mari kita maafkan mereka,
Jangan simpan benci,
Jangan kita ikutkan hati kita yang marah,
Mari kita maafkan mereka, siapa sahaja.
Aku dah maafkan orang yang
aku pernah sayang.
Dari dulu hingga sekarang
Mari maafkan...
"Memaafkan orang Allah janjikan Istana emas di syurga"
Itu aku dengar di satu khutbah semasa aku pulang dari sekolah dulu
Aku terus istiharkan kemaafanku kerana Allah.
Aku jugak maafkan orang yg menyangi aku yg memohon maaf kpdku.
Akujugak mohon maaf kepadanya.
Sebelum aku pergi meninggalkan dunia ini.
Lagu ini terletak di paparan pertama youtube aku setiap kali daku buka youtube. Aku terpesona dengan senikata pada tajuk lagu. Daku dengar lagu ini. daku terpesona...daku terkesima sekejap... dulu aku tak pernah dengar pon lagu2 ni.
Maasyaallah daku tersuka pulak. Mungkin itu jugak ungkapan yang Allah suruh aku beri kepada orang lain. Selain orang memohon maaf kita juga perlu memohon maaf pada orang.
MaasyaaAllah aku nak ambilnya sebagai iktibar. Puluhan kali daku tengok maka daku buka dan dengar bait2 senikatanya. Ya Allah, sangat bagus. Terdiri dari keinsafan dan kelembutan dalam satu persahabatan yang besar dan bermakna, yang melibatkan hati...MaasyaAllah. Eni eni...kau terpesona kan. mari aku lihat lagi siapa prenciptanya...moga kita appreciate dan bagi thumbs up untuknya.
Tunggu ...aku lihat sat....
Lagu: Datuk Dr. Ahmad Nawab
Lirik: Habsah Hasan;
Pub: Rock Musik Publishing Malaysia Sdn. Bhd
Daku rasa kedua2 pencipta lagu dan dan penulis liriknya dah tiada. Mari kita doakan agar mereka berdua di tempatkan bersama orang2 yang soleh...Alfatihah;
Selama hari ini daku dengar saja lagu...tak pernah daku beri aprisiasiku kepada mereka yang terlibat...MaasyaaAllah.
Aku doakan mereka tenang di sana Ya Robb...
Mari ku tulis senikata Lagu ini...
Katakan kalau ada cara yang lain.
bagi menyatakan kekesalan,
menarik kembali,
tiadakan mungkin
lantaran terlanjur perbuatan
aku hanya seorang insan biasa
ada kala aku tersilap langkah
kini aku tahu,
perbuatan itu
membuat kau benci padaku
Tidakkah di hatimu beri kemaafan
yang dapat engkau berikan
kupinta sekali lagi kesempatan,
perbaiki kelemahan
dan membina masa depan
usah kau turut2kan
api kemarahan
hanya memusnahkan
dinginkan hatimu
mengingati kisah indah
kenangan berdua
maafkanlah sayang
ketelanjuranku
yang telah menyakiti hatimu
tersiksa diriku
kau terus membisu
katakan sesuatu padaku
perbaiki ...kelemahan...
dan membina masa depan...
usahlah kau turut2kan
api kemarahan
hanya memusnahkan
Dinginkan hatimu
mengingati kisah indah
kenangan berdua.
maafkanlah sayang
ketelanjuranku
yang telah menyakiti hatimu
tersiksa diriku
kau terus membisu
katakan sesuatu padaku
katakan sesuatu padaku
katakan sesuatu padaku.
Rumusan; Jawapan dari ku,
Buat yang menghantar lagu,
katakan sesuatu padaku
katakan sesuatu padaku
katakan sesuatu padaku.
Daku telah maafkan dikau dan kuharap dikaupon sama kerana tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalan di bumi Allah ini. Mari kita bersihkan hati kita semoga kita tidak ada marah lagi. Kita bina kembali persahabatan yang murni dan dinginkan hati dengan mengingati kisah2 indah kerana Allah.
tersiksa diriku
kau terus membisu
Harap hatimu tidak tersiksa lagi dengan kebisuanku.
Moga kita yakin janji Allah kepada orang yang sabar dan
redho...Jawapan kepada sabar dan redho adalah di kasihi Allah.