Khamis, 25 September 2025

Salam... Petang Khamis 3 Rabiul Akhir... Wow... Kejap je

Assalamualaikum...

Daku terdengar bunyi  guruh berdentum.. Keadaan beginilah yg menjadi orang2 Melayu dahula membina perumpamaan Melayu... "MENDENGAR GURUH DI LANGIT AIR TEMPATAN DICURAHKAN" Ternyata pandai sungguh mereka bina perumpamaan Melayu tersebut.  Ianya mengaitkan bahawa hidup perlulah berhati kerana apa yg kita dengar dan harap tak semestinya ia berlaku.  Apabila air di tempayan sudah di curahkan tiba2 hujan tak jadi... Kan. 

Begitulah juga  perumpamaan Melayu yg menyatakan "BURUNG YG TERBANG DIPIPISKAN LADA". Burung yg  masih terbang belum tentu dapat kita miliki tetapi lada telah kita tumbuk untuk menumis daging burung tersebut.   Manis sungguh Perumpamaan Melayu tersebut kan... Besarnya kuasa pembina kata orang tua2 dahulu. 

Bagiku seni membuat perumpamaan ini, bukan semua orang  miliki, ianya hanya oleh para karyawan ia itu penulis2 samaada yg menulis novel  lirik lagu dan lain2.  Ianya sangat menakjubkan.  Aku selalu terkasima dgn bait2 lagu yg mereka bina.  MasyaAllah... Bukan semua orang yg memiliki keistimewaan begini.  Aku memang kagum.  Itu sebab aku suka dengar lagu.  Baik lagu2 Melayu, mahupon lagu Inggeris.   Manis sungguh susunan bahasa mereka.  Aku tak miliki semua tu.. Daku memang miskin bahasa.    Haha Eni... Eni... Bukan semua kita boleh memiliki segala.   Kakakku  kaya Bahasanya. Bidang Penulisan Kreatif dan Diskriptif, aku kagum dia, aku tabik dia. 

Dulu daku Guru Pendidikan Am. Anak2.  Semua boleh ajar.. Baik Bahasa Melayu, Matematik. B. Inggeris pon boleh dan termasuklah mengajar Agama pon boleh.. Tu keistimewaan Guru Pendidikan. Am... Tapi bilamana daku dah Convert ke Guru Maths... Banyak yg dah kurang.  Hanya maths aja yg Aku tahu.. Hihi... Eni... Eni... Tak pa lah. 

Tahu tak kenapa aku menulis hari ni?   Sebenarnya aku mendengar dentuman guruh di langit.. Ianya membuatkan daku sedeh sekejap.  Masa beginilah di rumah mak kami teruja sangat mahu hujan jadi lebat. Bila hujan lebat.  Kami ramai2 senyum antara satu sama lain.  Kami dah janji akan mandi hujan.  Tapi kalau ada kilat sabung menyabung sudah tentulah mak tak benarkan.  Mak pon akan lihat saat dan ketika untuk dia benarkan kami mandi hujan.  Seronok sangat.

Daku pernah dengar ceramah Ustaz Kazim cerita air hujan boleh menjadi ubat... Lama dah ceramah tu daku dengar.  Tapi ada juga orang yg tak boleh kena hujan.   Apabila hujan rintik kecil kena pada badan mereka, terus selsema dan demam.   Hihi... Daku tengok Abg Amin anak Pak Cu macam tu.  Hihi...Lemahkan. Sepatutnya perempuan macam tu...sebenarnya,  masing2  miliki kelemahan sendiri yg orang lain tak ada.  Terima aja lah. 

Daku jugak dapat tahu seseorang yang terkena Demam Pelentung.. Chickenpox... Betul ke tak ejaan tu daku check nanti... Sini tak boleh check jika tgh taip... Susah kan Eni tak ada PC... Daku tak pernah tak ada... Tak pa.. Kat kampong ada dua Lap Top... Lama sangat dah boleh bagi kat kedai mana. At least dapat juga mereka guna apa yg patut.

Ooo... Masuk pada Chickenpox tadi seandainya baru sembuh... Baru kering dari penyakit ini... Jangan sekali-kali didedahkan kepada air hujan.. Ia akan menjadi parut yg besar, sebesar duit syiling 10 sen. MaasyaaAllah.   Ini adalah apa yang berlaku kepada anak muridku.   Ibu dia ceritakan... Kesian lihat parut pada badan dia.  Jadi perlulah kita hati2 jika anak atau cucu kita yg kena chickenpox.  Jangan sekali - kali dedahkan kepada air hujan. Sebenarnya cerita ini daku dapat tahu bilamana  pelajar ku tersebut lari pulang  dari ujian untuk Menjawat Jawatan Beruniform kerana  terpaksa membuka baju. Pelajar tu terus meninggalkan tempat pemilihan.  Itulah yg menyebabkan daku tahu chickenpox boleh separah itu jika terkena hujan.

Terkejut juga daku.. Berdentum guruh di langit tadi... Rupa2nya hujan tak jadi.  Itu satu pengajaran buat kita.. Hmmm. Daku mati2, fikir hujan akan turun... Tidak rupanya.  Begitulah suratan takdir kita.  Tidak semestinya apa yg kita harapkan berlaku.  Semuanya di tangan Allah.   Allah ajar kita sabar dan redho... Ianya tangga kesyukuran. Bila kita banyak bersyukur, Allah akan melimpahkan rezekiNya samaada dari langit dan dari bumi. 

Sekian dulu "Guruh Berdentum Hujan Tak Jadi"...  Di BB Bangi. 

Sebagai Hiasan daku hadiahkan satu lagu "Hujan:Sudirman Hj Arshad" 





Apa. Khabar..