Khamis, 4 April 2024

Tak masak hari ni hanya beli saja...


Hari ni hari rehat daku tak masak.  Anis order Ayam Mas Percik yang daku suka.  Tq.  Souce ayam Mas . dan sos yang daku buat.  Sambal terung sedekah Ramadhan Aini Rohaya, Sardin dan juga minuman Zuss Coffee.

 

Ayamas Percik kegemaranku... Hihi bila makan ayamas Percik daku teringat daku di Taiping...Jika daku keluar dengan kawan daku ajak mereka berkelah di Taman Tasik Taiping.  Daku makan ayamas di Gazebo...seronok sangat.  Jika daku ajak muris,selain Kentucky daku akan belanja Ayamas Percik.  Daku suka sangat.  Hari ini berbuka dengan Ayamas Percik.


Ini Sos ayamas dan sos daku buat.   



Ini sambal terung yang di sedekah ramadhan oleh kakak Aini.  Moga aini mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuas. Tidak berkurang walaupon sedikit.  Aamiin



Ini pon masak sardin yang di beriaini. Kami makan bersahur kerana berbuka dengan ayamas.


Ini tembikai Sedekah Ramadhan Maryam...Moga Mariam n Faiz dapat pahala sebagaimana paha orang puasa makan.  Tidak berkurang walau pon sedikit..InsyaaAllah...Aamiin.



Zus Coffee juga order Aini kepada kami.

 Zus Coffee Minuman  ini tersa marchmellon.  Sewdap..Manis amat.  hihi...


JAWABAN QARADHAWI KENA KEATAS PUAK FANATIK MAZHAB

Menu simpleku semalam kelmarin dulu kata kawanku hahaha...

 


Menu simpleku hari ni daku masak sebab anakku busy sangat.  dakupon agak letih.
Simplenya Acar telor, Tumis kacang cara kakakku tumis terengganu kacang bendi, Sambal tempe .kurma kobis yg ku ku buat lebih untuk simpanan, tembikai air merah serta  sirap bandung anakku.

 

Sambal tempe kegeran anis...tu pon dia yang habiskan.


Sirab bandung anis dan air merah buatku.

Pembasuh mulut tembikai...


Acar telur kegemaranku...Lama dah tak buat. kering kurang berkuah.


Acar kobis yang ku masak lebih untuk simpan ku makan hari ni.



Kacang panjang ku goreng cara kakakku tumis kacang bendi style orang terengganu masak.  Syukur pada yg esa.  Syukur dgn anugerahmu ni Ya Rabb...Entah apalah makannya anak2 Gaza masa ini.   Aku akan ingat masa makanku Ya Rabb.  Moga mereka dlm peliharaanMu.  Naikkanlah darjat mereka Yaa Rabb... Aamiin.

Visit a dentist...



Assalamualaikum.

Kelmarin ke Klinik Pergigian Bangi.  Daku minta tolong  Faiz hantarkan.  Faiz anak saudaraku  datang tepat pukul 10.00 pagi.  Terus ke KK BB Bangi. Parking sangat mudah sahaja hari ini.  Urusan menjadi pantas bilamana tiada ramai orang pada pukul 10.00...Maasyaalah Syukur pada yang Esa.  Oleh herana lapang, kosong Faiz pon mendaftar untuk "scalling giginya."   Tak beberapa minit sahaja Faiz menungguku sekejapnya ,daku dah siap dan buat appointment seterusnya"Lepas Raya, scalling dan cabut lagi satu lagi gigiku yang Rosak"  MaasyaaAllah  bagusnya,  Doktor disini. 

 Maznah.  Beberapa kali ding dong Maznah.  Faiz adakunci rumah emaknya ,kami masuk bagi salam  2 dan tida kali.  Daku mengsyaki adikku sedang tidur kerana letih di bln Ramadhan.  Betul Maznah  bangun dengan Rasa syukur dapat tidur dan puluh dari keletihannya. Ceramah ustaz  masih berbunyi..hihi...Nah kata jika Zam tutup ja ceramahtu nah terus sedar...Bertuah...Dapat juga rehat dia hari ni.  Kami masing2 dah berusia .  Tak sesihat kami dlam usia muda dulu.  Nah jika dku datang terus segar.  kami bercadang ke klinik Swasta yang kulihat ada buat promosi rawatan lutut.   Adikku sangat perihatin kemahuan ku.  Daku ajak Maznah kesitu   Daku pernah diberi rawatan itu 13 tahun lalu.  Dah lama.  disamping mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang daku juga pernah membuat rawatan di Hospital Bainun pada beberapa tahun kemudian setelah balik ke kampong.Syukur Ya Rabb  daku teringat kembali untuk membuat rawatan lututku setelah lama daku lupa.  Entahlah dalam mengharugi hidup ini kita terlupa "apa yg kita sakit"  daku tak ingat langsung untuk sambung membuat rawatan kakiku supaya daku lebih kuat. Daku di kampong terus bekerja luar rumah tanpa menghiraukan sakit yg aku alami..Eni..Eni...kau lupa kau sakit ..kerja seperti lelaki ,engkau ni...   Memang Engkau tak di manjai langsung ...Engkau perihatin kesihatan keluargamu .... tanpa menghiraukan yang engkau juga sakit.   Syukur wahai diri...   

Taman sekangkang keraku itu daku yang bertungkus lumus memagarnya kerana mengelakkan daripada Babi menyerang...Daku berjaya buat pagar dengan bantuan adikku Ariffin...Malangnya Shah sakit..Daku terlupa untuk terus merawat lulutku yg perlu daku rawat masa tu.  Baru hari ini daku teringat untuk membuat rawatan kembali Maasyaaallah...telah Allah sedarkan daku untuk tujuan ini...Yaa Rabbb syukur daku tak lupakan terus untuk buat rawatan ini.

Daku dah pergi mendapatkan maklumat rawatannya...Semua detail dah dapat daku berpuashati.  Tiba2 Kakak Kamsiah hantar mesej mlm tadi mengatakan sahabat Kak Kamsiah telah mendapatkan Rawatan katcHospital UPM Bangi.  MaasyaaAllah daku tersedar kembali bahawa daku pesara kerajaan yang banyak kemudahan yang daku terlupa...Yaa ampuun...Mesej Kak Kamsiah menyedarkan daku.

Daku buat keputusan jumpa Pakar Hospital Kerajaan.  Mesej Kak Kamsiah tentang Rawatan Kawannya Rohani..Syukur...Syukur ...Daku bagai tersedar dari mimpi pulak.  Ya Rabb daku lupa dah daku ni pesara ...ki ki...Daku masih ada harapan...InsyaaAllah.  Daku memang cemburu dengan orang lain yang lebih tua dariku tetapi masih kuat...macam sahabatku "macam orang muda ja dia"  Noraini ini akan membuat temujanji di sini pulak ...MaasyaaAllah memang ada baiknya daku datang ke Bangi ini.  Daku masih ada rezeki lagi Yaa Rabb...Lama dah daku tak layan kesihatan diriku...Daku nak pulihkan kaki ku agar daku dapat keTanah Suci ...Insyaaallah. Tq Kak Rohani yg menjawab mesej kak Kamsiah mlm tadi...ini hadiah Ramadhanku jugak ..Syukur ya Rabb.

Sambung...
Lepas ke klinik swasta itu kami ke rumah anakanda Faiz ...Daku datang menjenguk anakanda Mariam dan anak2.   Comelnya cucuku...Hannah...anaknya serta Isa...anak Marian dan Faiz...MaasyaaAllah.  Ini kali pertama daku dapat lihat  muka Maryam di rumahnya bila di tak memakai niqab...MaasyaaAllah comel sungguh si Mariam ni.  Lawa sangat menantu Maznah...Syukur Allah beri daku rezeki dapat melihat menantu Maznah yang comel beserta cucu2 Maznah...hmmm. comel sungguh2...

Kami balik terus dari rumah Mariam/Faiz dan kerumah anakku.  Minta Faiz yang tinggi tu buka langsir di rumah, untuk Anis basuh langsirnya ...di bilikku dan ruang luar.  Syukur anakku dah basuh langsir bilikku...
Tq Anis.   Transfer duit buat Faiz serta duit Raya untuk anak Faiz.  Sedekah Ramadahan kami untuk,every 10 terakhir telah anis buat...setiap malam...Syukur Ya Rabb  Moga Kau Terimalah sedekah kami Ya Rabb.

Anis dah bayar Fitrahku awal Ramadhan lalu.  Minggu lepas, terima mesej dari Abg manaf tolong bayar Fitrah buat adik dia ni...Hihi Abg Manaf dah tahu statusku  ini. ...Tq Abg Manaf.  Abg Manaf every year bayar Fitrahku semasa daku begini...Lama dia tolong meskipon daku tahun2 tak pernah lupa bayar...Hihi Abg Manaf2.. Syukur moga sedekah itu mendapat kerberkahan Illahi.

Ibadat...2 b continued...BYE





Rabu, 3 April 2024

15R #eLL Umpan Iran Berp 3rang

Islam & the West, Exploring al-Ghazali's Teachings & Bridging Difference...

JAWABAN DATO' MUFTI

Beza Solat Sunat Ishraq & Dhuha | Ustadz Abdul Somad

Allah Menetapkan Kualiti CiptaanNya...

 


Abdullah b. Amr b. al-As reported: I heard Allah's Massenger (SAW) saying, "Allah ordained the measures(of quality) of the creation fifty thousand years before He created the heavens and the earth, as His Throne was upon water."  (  Sahih Muslim 2653b)

Abdullah b. Amr b. al-As melaporkan: Saya mendengar Rasul Allah (SAW) berkata, "Allah menetapkan ukuran (kualiti) penciptaan lima puluh ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi, sebagaimana Arasy-Nya di atas air." ( Sahih Muslim 2653b)

AAM 2018; Beza Antara Solat Sunat Isyraq Dengan Solat Sunat Dhuha & Kena...

Selasa, 2 April 2024

Menu sederhana kami Semalam

 


Semalam kami makan masak Kurma Kobis, Sotong Sumbat, Murtabak Telur serta Kuah Bawang Bercuka...hihi mereka letakkan warna dalam tu ada timbul bau wangi...
Air Sirap Buah Kabung dan Tembikai.  Sederhana sangat.

Sotong Sumbat Berempah yang lama dah daku tak buat.  Sedap sangat rasanya sebab
 lama tak makan.  hihi.


Korma Kubis ini ialah menu yang ku lihat di televisyen semasa daku mengandungkan anakku dulu.  Menu ini diajarkan oleh wanita Arab.  Sedap sangat, daku suka.


Hihi...tembikai pembasuh mulut macam bintang.  "Bintang Hati" ketika makan...hihi.


Mertabak Telor anakku beli...Boleh tahan


Sos cuka bawang yang di letakkan warna.....ada bau kata anakku...hihi...Sepatutnya cuka itu akan mengeluarkan warna pink, bila di masukkan bawang...


Menu sederhana kami...Tu pon kami dah bersyukur padaMu Ya Rabb...

Menu kami beberapa hari sudah...


Menu mudah kami semalam.
Rebus Bayam , Gulai Rempah ikan kecilku, Ikan temenong/ikan kembong, kegemaranku, ikan goreng, Seri muka Mariam, Popia Cheese,  Sambal telur .Buah untuk basuh mulut , nanas dan longan...


Ini sambal belacan di letakkan telur..Sedapnya untuk di cicah dengan Rebus Bayam.
Telur tersebut di hancurkan di dalam sambal itu  dan di cicah dgn rebus bayam.
Mengancam, daku suka sangat.


Minuman air bandung susu segar dan sirap merah.


Ini seri muka yang di sedekahkan oleh Maryam dan popia cheese 
yang di beli Anis di kedai frozen


Pembasuh mulut yang sangat sedap..Nenas madu.  manis sangat dan buah longan..hihi...
simple kan menu kami...




Anis pulak tak makan ikan dalam gulai yang tak di goreng.  Berbeza kegemaran kami.  Dia kena makan ikan yg telah di goreng.  Hihi  Anis potong ikan straight...
Biasanya orang makan mesti ada ikan yang di goreng baru lengkap hidangan, daku Noraini yang simple sangat tak dak  pon takpa...hihi..


Bayam rebusan cara Anis.  Dia kata baru fair makan bayam mesti sampai batangnya .  Daku pulak bukan siang macam ni...Hihi..dia kata nanti Anis makan daunnya banyak ,unfair tinggal mak batang...memang kelakar anakku.  Dia kata buat macam di kedai...Macam macam. anakku.



Very simple menu yang orang kaya tengok rasa macam 
tak selera tapi
 daku selera aja.  Syukur...Allah bagi seleraku ok ja. 
Daku ala kadar...
Dikau lalu ke makan macam ini?
hihi...

#edisiramadan : Banyakkan Berdoa pada Bulan Ramadan

TOLONG JAWAB SIKIT DATO' | SUPAYA SATU MALAYSIA BOLEH DENGAR

Apa. Khabar..