Rabu, 18 Jun 2025

Kongsi ini kerana Allah...,


Assalamualaikum...

Pagi ni daku bagun dlm keadaan mengah.  Daku diserang asmatic.  Tak ada apa yg daku ingat.  Daku hanya ingat penduduk Air Kuning yang dihimpit oleh Bau Najis Babi yng mencengkam.  Rabbku...Aku jadi sedeh.  Keluar airmataku memikirkan mereka.   Betapanya seorang aku ini memerlukan udara bersih di saat sakit...begitulah apa yang dapat aku rasakan bagi pihak mereka.  Aku yakin masyarakat Air Kuning juga ada yang sakit asma macam ku.   Ada yg sakit jantung dan masaalah  paru2 berair dan sakit2 lain lagi di situ.  Untuk bernafas kami bagaikan lemas di dalam air.  sedeh. !!!...keluar airmataku tulis ini.   Aku kesian  mereka Ya Robbku.  Mereka tidak dibela Robbku.   Senbenarnya mereka ada hak mengecap udara bersih seperti orang lain di muka bumiMu ...Rabbku.

Rabbku...Pembendaharaan Perak kata tak ada peruntukan untuk itu..Kesiannya mereka Robbku...Tapi Jika anak2 mereka yang duduk di tempat penduduk Air Kuning...tentu automatik ada.  Dengan belas dan kasihan kepada ahli waris biasanya manusia akan berlaku lebih berhemah dan berkasih sayang  untuk mengambil berat tentangnya.

Sebenarnya mereka tidak tahu pentingnya udara bersih dlm hidup ini.  "Inhales dan Exhales"  adalah anugerah Allah yg Allah peruntukkan untuk setiap insan yg Allah ujudkan di muka bumi ini..  Mereka ada hak terhadap udara bersih.  Janganlah Tuan Khalifah yg menjaga Perbendharaan Perak menyesal jika berlaku kes terkorban  kerana masaalah ini.   Jadilah pedoman kisah Saidina Umar Al Khatab cuak dan takut jika seandainya ada unta yang mati di tebing Sungai Furat. 

Beliau takut akan dipersaksikan oleh Allah di Mahsyar nanti.  Betapa kisah ini perlu diambil berat.  Jangan jadi macam 15 Bakal Guru teragut nyawa baru nak  upgrade Jalanraya  bagi Pihak Perak di Lebuhraya Timur Barat.   ' Jika begitu   "Nasi telah jadi Bubur"  

Bayangkan satu nyawa bersamaan 100 ekor unta..hmmm  Ambil ini sebagai iktibar...Satu Nyawa penduduk air kuning yg sakit disebabkan udara tak bersih itu  pergi mengadap Allah tanpa mendapat hak  "UDARA BERSIH"  MAKANYA 100 EKOR UNTA KAFARAHNYA .   WAHAI YB AIR KUNING yang saya sayangi......BERTINDAK SEGERA...AMBIL IKTIBAR KISAH SAIDINA UMAR  untuk menyelamatkan penduduk  Air Kuning atau  "BERILAH HAK (UDARA BERSIH) PENDUDUK AIR KUNING DENGAN SEWAJARNYA YG ALLAH LETAKKAN UNTUK MEREKA"   Hak mereka ialah "INHALES DAN EXHALES"  udara bersih. 

  Jika tiada peruntukan dari PERBENDHARAAN PERAK YG KAYA ITU"
dikau dan rakan2 kena ambil inisiatif  kutip dana untuk usaha mengalihkan LADANG babi tersebut.  Jika saya orang pencen sanggup keluarkan 35% dpd pencen saya  yg kecil  ini setiap bulan ...maka wajarlah AHLI MAJLIS itu keluarkan 45% untuk dana membantu mereka.  Baik Blok Pembangkang yang lantang bersuara dulu mahupon Blok kerajaan.  Kutiplah dana untuk mereka .  Ini cadanganku  buat  PEMBENDAHARAAN PERAK yg miskin belas kasihan dan kasih sayang.

Ikhlas dariku seorang Bekas Guru yang asma dan sangat2 perihatin terhadap penduduk Air Kuning yang ku sayang.  Aamiin.  Moga mendapat Perhatian YB Air Kuning yang baru dilantikSelamat Berjaya YB   Tanggungjawab yg berat ini saya iringi dengan doa.

Terima Kasih . 
 Salam Hormat dari saya dengan iringan  doa.  
Wassallam.




 

Apa. Khabar..