Ahad, 17 Mac 2024

Besar Kuasa Istighfar



 

Daily Inspirations 4 us today...

 


Lower your gaze, be mindful of your tongue, protect your ears and watch your footsteps wherever you go in the month of Ramadhan.

Tundukkan pandangan anda, jaga lidah anda, jaga telinga anda dan perhatikan langkah anda ke mana sahaja anda pergi di bulan Ramadhan.

Sabtu, 16 Mac 2024

Daily inspirations




 

SAYA DAPAT SATU SURAT MENGEJUTKAN DARI MUFTI PERAK

Wahai Mufti tunggu di akhirat nanti ya...Orang awam bukan hakim...Teringin nak kenal siapa ...Masih Harus Sani lagi ke?
Mufti perak sekarang...Ustaz yg baca hadith palsu ,tak kisah ya...tak takut ka Negeri Akhirat...
Kena ada dalil.  Bagaimana lantikan dibuat...berdasarkan apa...Hai...pelik saya..Betul kena kata betul.
Sebesar zarrah pon Allah akan kira. Saya akan tunggu penghakiman Tuan dan Dr Rora di sana nanti...Maafkan saya Tuan Mufti Perak
Sepatutnya orang awam kena ikut ustaz tetapi ini dah terbalik, ustaz ikut cakap orang awam...hancur
Pandangan awam menilai Ilmuan...macam mana ni...
Panggil Ilmuan lain untuk tentukan hujjah...Pleaselah Tuan Mufti Perak...
*Kita hidup dua kali, kena ingat consequences nya nanti jawap di hadapan Allah subhanahu wata'ala. Barakallahu feekum Ustadz.

*Walaupun Mufti tapi dia jaga kepentingan org dari kepentingan Agama berarti dia menyesatkan masyarakat dan merosakkan agama.

* Saya rasa apa2 pelajaran/pengetahuan yg diajarkan oleh Dr Rora lebih banyak kebenarannya,kerana beliau mengikut Quran dan Hadith

* Ma sha Allah. Kena ikut yg benar. Tk Ustaz cakap yg betul. Nak masuk syurga biarlah yg betul. Teruskan sebar yg betul Dr. Pedulikan perkara perkara tak betul. Saya tak ikuti dp Ustaz Ustaz tak tentu.

* Betul juga patut tuan Mufti pejelaskanlah pd awam. Ya betulkan apa yg rora ckp tu mmng ada asal nya. Jabatan ikut suasana kuasa politik..
Pada awal dulu, saya pun dengar byk ckp² yg tak elok tentang Dr RORA ni. Tapi bila saya dengar² ceramah² beliau, tak pernah pulak saya dapati perkara² yg janggal dan pelik pun... Siap dia bagi dalil dan hujah sbg bukti.

* Dr Rora best belajar dgn dia, apa yg dia ckp kita bleh tnya Dr ambil kt mana kisah atau hukum tu. Dia akan jwb dgn hujah dan dalil smpai kita faham, dia x mrh dan x downgrade kita ❤❤

* Bckp demi. Kbenran .Terbaik dr.Rora

* Esok esok depa jawap la dgn Allah

* Bila seorang ulama yg punya kuasa takut ada keresahan manusia dari kebenaran disisi Allah. Takut pada manusia lebih dari takut pada Allah maka akan di tanya diyaumil akhirat.

* Bismillah. Dlm masalah ini, apa yg dijelaskan oleh dr.rora adalah betul. Inilah etika yg sebenar dan adil. Sebab itu, tak semua tokoh agama yg akalnya cerdik. Mereka mempunyai ilmu tetapi tidak dipraktikkan kerana mereka terikat kpd sesuatu atau mereka tidak bijak di dlm menghuraikan sesuatu masalah. Bagi saya, saya tidak melihat siapa org tu tetapi saya melihat kpd ilmunya. Ilmu yg dia sampaikan. Alhamdulillah, kita masih ada tokoh² agama yg ikhlas dan jujur menegakkan apa yg tidak benar dan menegur apa yg salah dgn haq. Mereka inilah hamba² Allah yg senantiasa memelihara Al-Quran dan As-Sunnah tanpa mempedulikan dihina org dan diboikot. Abdullah bin Mas'ud berkata, "Al-Jama'ah adalah yg mengikuti kebenaran walaupun engkau bersendirian." Wallahua'lam

* My favourite ustaz. Keep going bos.

* Pejabat mufti perak mmg bingai la.. org awam yg tak belajar agama blh jadi penentu masa depan ustaz di malaysia.. mcm artis plak ustaz kat sini ye..

8 Bila seorang ulama yg punya kuasa takut ada keresahan manusia dari kebenaran disisi Allah. Takut pada manusia lebih dari takut pada Allah maka akan di tanya diyaumil akhirat.

* Xsemua org Allah BG hidayah..hanya kpd yg berkehendak saje

* Takutlah akan Allah dengan sebenar-benarnya takut!

* Moga mereka yang di pertanggungjawabkan jaga amanah Allah diampunkan dosa sebelum hembus nafas terakhir

* ramai jer asatizah yg tinggi ilmu pngetahuannya,tp mmilih playsafe mngelak dr mmbicarakn topik yg kontroversi.hanya yg benar2 ikhlas mmperjuangkn agama yg sanggup mnongkah arus tanpa mngira kperitan yg akn dterima.


Cukuplah dari petikan komen2 ...Tanggungjawab orang yg baca ni sangat besar, jika tak boleh nak perbetulkan , Allah lihat...Kena cari juga jawapan dan penyelesaian...InsyaaAllah entahkan asbab dari ini kita masuk syurgaNya.




[Khutbah Jum'at] Orang Yang Merugi Saat Ramadhan - Ustadz Adi Hidayat

Menu tanpa nasi hari ini...


Menu tanpa nasi hari ini.
1)  Cucur Kucai Berudang 
2) Kuah Kacang 
3) Tempura 
4) Sos kicap
5) Tokiyaki  buatan sendiri. 
6) Tembikai






 

10 Bandar Paling Bahagia 2024

 Wow hebat ya...
Perak dapat kat Bandar Menteri Besar...hihi...Tahniah orang Lenggong semua.



 

Taraweeh Times Square NYC March 10 2024

Tarawih 4 rakaat terus boleh ke?

Tamar Israel VS Stokin Celaka┃Dr.Mohd.Rosdi┃Kuliah Jumaat

Aku nak buat Cucur Udang Kuah Kacang dan Tempura saja petang ni untuk berbuka puasa,

 Menu batal semalam akan dibawa kehari ini.   Hmm.

Cucur kucai udang diatasnya dengan tempura lagi....Apa istimewa cucur kucai udang di atasnya tu?  Istimewanya cucur ni ,udang di atas tepong tu menjadi cucur itu berbau sedap.  Jika kawan anak2ku datang daku buat ini...MaasyaaAllah sedap kata mereka.   Hihi aku suka sangat.  Cicah dengan kuah kacang.  Aku belajar cucur ni di masa "Remove Class" dulu...Kantin jual cucur ni dengan letak 2 ekor udang di atasnya bila digoreng, bau udang goreng terkena tepong cucur berkucai itu, alamak bukan main lah sedapnya.   Hihi.  Tapi hari ni Udang ku agak besar...sepatutnya letakkan udang kertas di atasnya tu...Mak oi rangup sampai kekulit2nya...Jangan buang kepala udang tu tapi basuhkan pada bahagian atas leher udang hingga bersih.  Jangan buang ekor udang...Semua bahagian boleh di makan.   Syarat udang kertas.  Jika udang ku nanti nak  kena cari yang agak kecil jika tidak kena buang kulitnya.  Bila buang kulit udang tu dah tak wangi cucur tu...Jika udang kertas boleh rapuh krup krup rangup udangnya.Hi hi 

Tempura pula ...yang daku ada adalah brokoli,lobak merah,cendawan citaki yg agak besar tu. kobis pon boleh, terung, hmmm dah banyak tu.   Hari tak payah makan nasi.  Sedap ja. Cicah sos soya. sos kicap.  Hmm mengancam.  Makan sayur aja hari ini. 

Semalam Makan Nasi beriani Faiz sedekah dan daku pula nak sedekah menu Ramadhan kepada mereka. Nak upah Mariam masak untuk 3 keluarga Maznah, 2 keluarga kak Hindon ,2 keluarga Aini Rohaya...2 untuk Faiz.  InsyaaAllah untuk minggu depan. Upah buat Nasi daging pula.  Teringat pulak pada Bapak ku jika bulan Ramadhannya dia pasti buat Nasi Daging untuk keluarga dan jemput kawan2nya datang berbuka Puasa di rumah.  Pak pandai masak..Keluarga dari Titi Serong Parit Buntar, bakat memasak mereka nombor satu.  Kan keluarga sebelah sana banyak ambil Cateering.  Zaman dulu di Lenggong tak pernah ambil Catering..tapi anak2 Pak semua jika Kenduri Kahwin ambil Catering dari Parit Buntar.  Pak kalau masak Nasi Daging akan pak buat "Sambal Kerisik"..,.Sebelum ni orang Lenggong tak Pernah makan sambal kerisik...mereka belajar dari orang sebelah sana "Sambal Kerisik"  Sedap sangat.  Pak modern orang nya...Pergi sekolah zaman tu pakai Coat.  Pak selalu kata Mana Pentaloan aku tu...hahaha...Pak! Pak !  Mintak duit...Pi ambik dlm pentaloan aku...hihi...

Jika kau orang baca cerita2 ku anggapkan benda santai ja...sebab aku rindu sangat "Nostalgia Kisah Dulu"  Pakku Masa tu pakai kereta A forty....tah aku tak tau ejanya..kiki...aku masih kecik masa Pak Mengajar...Mak ngajar aku masih ingat.  Zaman mak dgn Mak long Tah pergi Sekolah Temelong naik basikal...jauh tu...kesian mak yg anak ramai...Tapi mak kuat semangat...

Selalunya Mak ngan Pak bila ngajar satu2 tempat dapat dok rumah sekolah.  Masa di Sekolah Kerunai..mak duduk di rumah sekolah.   Bila mana daku kerja di Asrama Risda Grik daku teringat Cikgu dari SK Kerunai datang berjumpa aku di Asrama RISDA..MaasyaAllah  Kak Zam anak Cikgu Pa'uu.  Orangnya Comel mata bercelak, berjumpa aku di Asrama RISDA ...terus dia sebut..."MaasyaAllah kecilnya dunia ni."  Hanya aku yang paham..  Dia Guru, yang duduk dirumah Guru Kerunai bersama kawan2nya.   Masa itu dia belum berkahwin.  

Dia teringat nostalgia keluarga Mak duduk situ...Abang Manap dibesarkan di rumah tu...Kak Zam...Bekas kekasih Abang Manap...Tapi dia tak tanya pasal Abg Manap padaku...Dia hanya diam dengan perkataan tu aja...Aku dan dia aja yang paham...Nampak dia sedeh... Dia berkahwin dengan seorang guru jugak...Kesian mereka berdua...Kesilapan bicara , putus kasih mereka di tengah jalan...Dah datang meminang dah...Kesian sungguh.  Kata2 dlm surat Kak Zam pada Abg Manap amat menyedihkan..." Saya gagal  menikmati cahaya neon di Bandar Ipoh bersama orang yang saya sayang"  Kesiannya mereka...Abang manap cerita padaku hari tu bahawa dia akan ambil Kak Zam meskipon sakit, jika Kak Zam sama2 sorang...Abg Manap masa muda memang lawa...Macam bintang filem Hidustan "Rishi Kapor"  orang kampong panggil... Syukur abang manap setia pada Isterinya yang dah pergi.  Setiap Jumaat dia akan melawat kubur Kak Ami...Aku pon sayang Kak Ami...Baik sangat orangnya...Mukanya sebijik muka ku...Semua anak2nya akan pelukku sambil menangis sebut"Ingat mak "   Memang Mak Cik Eni macam mak" 


Apa ya?..Tak ada apa yg si miskin ini ada' hanyalah upload n upload,




 

Researchers FINALLY Found the Location Of Malaysian Flight 370!

2014...
2024
10 years ago..nak tengok...

Betul PRU 15 ada gelombang luar biasa, tapi gelombang ada pasang surut -...

2c later