Ya Allah... Tiba2 ja ada gambar adik. Rindunya daku dgn adik. Adik kenanganku. Setiap pukul 4. 00 am akan gigit2 manja lenganku seolah2 kejut kita solat. Adik minta makan. Syukur Ya Rabb... DiKau temukan daku dengan kenangan maha manis ini. Moga daku dapat bertemu adik disana nanti.
Sabtu, 9 Disember 2023
Adik tiba2 muncul
Jumaat, 8 Disember 2023
Faiz hantar Nasi Arab
Hari ini anakanda Mariam buat Nasi Arab hantar pada kami. Sedapnya Nasi Arab yang di buat oleh Mariam... Syukur Ya Rabb. Rezeki kami tengahari ini. Anakanda Faiz mulanya hantar kepada Maznah adikku, untuk kami dan kakaknya jugak. Syukur kami tak perlu masak tengahari ini... Ya Allah Kau murahkanlah rezeki Faiz sekeluarga kerana memberi rezeki kami makan tengahari ini dan permudahkanlah urusan Faiz sekeluarga... Syukur Ya Rabb.
Khamis, 7 Disember 2023
Kami lewat sebab terpaksa ikut jln kk sungai siput.
Kami lewat masa balik, tak bekejar sangat sebab, kami terpaksa balik ikut jalan biasa, Kuala Kangsar ke Sungai Siput.. Tak mahu lalu ikut Tol Menora..Perjalanan macam biasa, Alhamdulillah... Tiada masaalah... Sekarang singgah solat jamak dan qasar kat Tol Behrang... KELUAR TOL UNTUK SOLAT... dan anis letih sangat ambil lena sedikit... Sekarang 9.30...Daku nak biar dia tidur sedikit sebab dia benar2 letih sepanjang hari drive...Daku dah biasa dengan Anis, jika dia letih, dia akan ambil lena sedikit dimana2 tempat yg sesuai agar mendapat kesegaran mata kembali... Moga Allah. anugerahkan tidur yg berkualiti kepadanya, Aamiin...
Appointment seterus nya masih di Taiping...
Assalamualaikum...
Syukur kami sampai di Taiping dengan selamat. Allah permudahkan... Syukur... Ambil ubat kat Farmasi.. Syukur selesai urusan.. InsyaAllah ada progress... Tapi appointment seterusnya belum boleh bawa ke Hospital Serdang atau Hospital Putrajaya sebab doktor pakar mahu urusan selesai di tangan mereka... InsyaaAllah... 21hb Disember kena dtg sini lagi... Moga Allah permudahkan segalanya.. Aamiin
Lepas ni kena pergi TM Point untuk tukar perkhidmatan ke BB Bangi... InsyaAllah ok... Syukur...
Mulakan harimu dgn Bismillah... Bismillah
Assalamualaikum.
Selamat pagi. Mulakan harimu dengan Bismillah... Aamiin
Rabu, 6 Disember 2023
Ke Taiping.. Keluar awal jika tak mahu terpersngkap dgn Jem di BB Bangi.
Ya Allah... Permudahkanlah perjalanan kami esok padi.. BANGI... sangat banyak kereta waktu pagi... JEM sudah tentu... Kena keluar awal... Paling2 pukul 4.00am. Daku dulu, masa kerja kat Shah Alam... balik Shah Alam daku drive pukul 6.00 sempat lagi.,sampai rumah dan pergi kejar kesekolah 7.15...sempat sebab tak Jem baik tgh bandar atau di Bangi. Sekarang kalau keluar lambat sure terperangkap dgn jem... Daku dengar anak ku kata kena keluar awal mungkin kul 4...Ya Allah moga sempat keluar. DAKU kena sampai Taiping 9.00 pagi... Moga selamat dalam perjalanan... Doakan kami selamat sampai dan selamat balik ke Bangi kembali. Daku kena kuat InsyaaAllah ya Rabb. Solat di RnR mana2.. InsyaAllah Doakan daku... Aamiin.
Selasa, 5 Disember 2023
Ya Allah matikanlah kami dgn mati yg baik.
Assalamulaikum
Ya Allah permudahkanlah urusanku.
Aku bersyukur padaMu Ya Rabb telah Kau mudahkan perjalanan hidupku.
Ya Allah ya Tuhankami, jauhkanlah kami daripada mati terbakar jauhkanlah kami daripada mati lemas, jauhkan kami dpd mati terkejut, jauhkanlah kami daripada mati terhempas dan jauhkanlah kami daripada mati digigit binatang berbisa'
, YaAllah ya Tuhan kami matikanlah kami sepertimana doanya Rasulullah terhadap kematian. Aamin Aamiin ya Rabbal A'lamin.
Hari ke lima
Isnin, 4 Disember 2023
Daku berehat setahun di BB Bangi.
Alhamdulillah daku happy dengan anakku di Bangi. Semoga Allah limpahkan lagi Rahmat keatas kami. Daku akan berehat selama setahun di sini... Moga pokok2 ku di kampong sehat. Akan daku suruh adikku Pin letakkan baja kesemua pokok2 yg di kampong.. Pokok2 yg Mak dan Pak tanam, Pin tanam dan Kak Eni tanam. InsyaAllah semua pokok2 tu bakal berbuah di tahun hadapan, daku doakan. Daku berehat betul..
Balasan bagi orang yg bertakwa. (AN-NAHL. 30,31,32)
30. Dan dikatakan kepada orang yg bertakwa:"Apakah yg telah diturunkan oleh Tuhanmu?". Mereka menjawab : "(Allah telah menurunkan) kebaikan." Orang yg berbuat baik di dunia ini mendapat(pembalasan) yg baik. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa. (AN-NAHL. 30)
31. (Iaitu) syurga sebagai ' Adn. yg mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat apa yg mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang yg bertakwa. (AN-NAHL. 31)
32. (Iaitu) orang yg di matikan dalam keadaan, oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) : " Salamun 'alaikum. Masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yg telah kamu kerjakan.". (AN-NAHL.)
Apa. Khabar..
-
Sangat sangat suka daku lagumu ini J Mizan.... Aku ada cerita di sebalik lagu ini...Nanti aku ceritakan...
-
Assalamualaikum sahabatku, Ini adalah amanahku buat sahabat sampaikan kepada YB Air Kuning yang baru di lantik . YB jangan lah lagi tutu...
-
Assalamualaikum... Pagi ni daku bagun dlm keadaan mengah . Daku diserang asmatic. Tak ada apa yg daku ingat. Daku hanya ingat penduduk ...
-
Khusyuk adalah salah satu hal yang sangat dianjurkan oleh syariat orang-orang mukmin dalam melaksanakan shalat. Allah SWT berfirman: قَدْ ...