Jumaat, 1 Disember 2023
Dah sampai
Daku dah sampai. 5.15pm...Kami jln ikut jln biasa tak mahu ikut Tol Manora... Masuk lebuhraya kembali ikut Tapah... Selamat dlm perjalanan. Tunggu anis ambil kunci...Bawa baby bersama. Baby nampak letih. Daku kiranya sihat.. Sat2 tadi kak Hendon call selamat dtg... Depa sini banyak yg demam doktor pesan, demam tak boleh melawatku dulu begitu juga batuk... INSYAALLAH... Dpt berkumpul macam dulu2. HIHI... Ingat masa kecik2...
Aku Redhoo Ya Rabb. Ini kehendakMu.
Hari keEmpatku... Moga Dalam RahmatMu Yaa Rabb.
Subhanallah,walhamdulillah,Walaillahaillallah,walallahuakbar.
Walahaulawala khuwataillahbillah.
Rabbighfirli.
Hidup yg penuh kesedihan kena lalui juga dgn Redho, Aku Redhoo Ya Rabb.
Ini kehendakMu. Tabahkan terus hatimu Eni. Sebenarnya duka ni kecil saja berbanding
duka mereka di Ghaza. Moga mereka di Ghaza terus tabah dan sabar menanti Husnulkhatimah
mereka Ya Rabb. Mereka telah diKau cipta hadir di abad ini. Kuatkan mereka dengan
RedhoooMu. Berikanlah daku serpihan daripada kekuatan mereka...Aamiin....
Kesian lihat anakku. Inilah nasib anak tunggal yg aku ada. Seorang diri mengharungi
keletihan berbanding mereka yang ramai adik beradiknya. Daku doakan agar dia
mendapat pahala dari Allah Moga anis kuat dan daku nampak, dia begitu kuat sekali.
InsyaaAllah. Syukur daku kepadaMu.
Cuti tahunnya dah habis. Pada 7 hb Disember daku kena mengadap second Check Up
ku di Taiping. Doktor tetap mahukan segala kerja2 kedoktoran mereka habis
ditangan mereka dengan selamat. InsyaaAllah ku tunaikan. Moga Allah permudahkan
segala urusan ku.
Mungkin anis kena ambil cuti tanpa gaji . Ya Allah daku Redhoo dengannya Ya Rabb.
Kau Redhookan lah dia dan tempatkanlah dia di Syurga FirdausMu nanti Yaa Rabb.
Doaku mengiringi setiap usahanya. Moga dia tabah Ya Rabb. Kasihanilah dia.
"Yaa Haiyuya Khaiyumm.Birahmatiastaghisuu. Ashlekhli Syakni.Kullahu Wala takilni illa
Nafsan tarfata ain. "
. "Yaa Allah Tuhan yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri daku serahkan segala urusan
diriku kepadaMu dan jangan Kau lepaskan kepada ku walau sekelip mata tanpa mrndapat
pertolonganMu. Aamiin."
Hari ni terima berita gembira anakku...Ibu murid tuisyennya mengkhabarkan bahawa anaknya yang mendapat C dahulu telah mendapat A ujian baru2 ini...Syukur ya Rabb...Anakku mengajar Maths Cara Skor Pantasku...Aamiin. Kedua anak kawannya mendapat A. Tahniah Buat Linda.
Khamis, 30 November 2023
Jumpa Doktor Pakar..
Selamat sampai dari Taiping...Syukur Progress.
Sampai 3.50 pm.
Selesai jumpa Doktor pakar...
Selesai urusan disini.
Bersiap sedia untuk ikut anakku ke Bandar Baru Bangi...
Tinggal dgn anakku. Dia akan menjagaku...Moga daku gembira di Bangi.
Disana ada kakakku, adikku, anak saudaraku.
InsyaaAllah daku akan seronok.
Ya Allah seronokkanlah daku...
Tiada lagi mesen rumput, tiada lagi tanam pokok, tiada lagi siram pokok.
Aku akan berehat untuk beberapa ketika di sana...
YAllah gembirakanlah daku di sana.
Aamiin...
Kita Hamba Yang Penuh Dengan Dosa - Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
Bertarikh 30hb November 2023...Moga mendapat Redho Allah. Aamiin.
Surah Hud Ayat 114.
allah berfirman......
Tuhan kata dalam ayat tu Solat antara 2 siang Subug Zohor Asar dan solat antara 2 malam...
Hang buat benda baik...solat dan kebaikan yg hang buat itu Tuhan akan padam, dengan kebaikan yg hang buat...Mana2 dosa peribadai hapus dgn kebaikan...buat benda baik ,demikian itu adalah peringatan kepada benda yang beringat...
Ada yg tanya..."Ya Rasullullah adakah ini untuk dia sahaja" Nabi Jawab ini adalah untuk semua...jika buat salah poada orang itu minta maaf untuk semua..dan ...
Yang kedua...Dpd abu Hurairah....
Rabu, 29 November 2023
20231123-SS Dato' Dr Asri-BM Siri
Bertarikh 29hb November 2023...Moga mendapat Redho Allah. Aamiin.
Allah dah letakkan...adanya perkahwinan dan adanya penceraian.
Bermula eddahku
Bertarikh 28hb November 2023...Moga mendapat Redho Allah. Aamiin.
Selasa, 28 November 2023
cukup sampai di sini
Alhamdulillah kami ke Grik pukul 7.00 am.
Sampai terus isi beberapa maklumat yang patut untuk urusan kami...
Kami berpisah dalam keadaan baik...
Saling maaf memaafkan...
Shah nampak sedeh...
Aku, anggap takdir hanya sampai disini.
Redhokan kami Ya Rabb.
Moga kami masing2 dlm peliharaan Allah.
Aamiin
Isnin, 27 November 2023
Ke Grik
Ahad, 26 November 2023
Update perjalanan seterusnya.
Hari...22 hb November...Daku bertolak dengan Anis anakku untuk admit. Kami tak makan apa sebab daku terpaksa Puasa kerana Doktor cakap nak ambil darah. Darah dihantar ke makmal untuk di analisa samaada boleh atau tidak daku jalani operation. Ada orang yg terpaksa tunda jika ada apa2 masaalah disana sini. Syukur daku sebab Doktor panggil anakku pergi keJabatan Hasil untuk buat bayaran dan proceed untuk ke Ward. Admit...Syukur terima kasih Anis tolong mak...Jauhnya dapat Parking. Mak dah tahu Parking memang susah jika di Hospital Taiping.
Daku direhatkan dengan sekejap2 Nurse datang ambil tekanan darah dan test gula dalam darah untuk...Semua stabil...Ni baru daku boleh makan. Daku kesian Anis letihnya dia...Turun naik uruskan daku. Maka betul Anis tak payah tunggu sebab belum ada apa2 yg perlu anis tolong buat masani...Anis kena rehat...syukur Anis dapat pergi tidur di Hotel Legent In Taiping...Ianya dekat sangat dengan Hospital.
Keesokan harinya barulah anis kena jaga mak...Mula dari Tolak masuk ke Dewan Bedah hingglah Habis bawa mak balik...Terima kasih Anis. Betapa lama nya anis tunggu mak dari pukul 12.00 tengahari hingga ke enam petang...Syukur Ya Rabb Anis Tolong daku . Paling kesian anis tak dapat tidur langsung sebab ...Mana mahu lena jika di atas kerusi..Daku tahu anakku bukan baca Blogku ini...hihi. Mungkin bila daku dah pergi esok baru mereka korek2 baca...Apapon terima Kasih Anis...Mak Syukur Mak ada jugak kamu dlm dunia mak ni...
Daku doa pada Allah urusan daku dgn Syah dapat dibereskan dengan baik dan Anis akan jagaku di Bangi Nanti...
Apa. Khabar..
-
Sangat sangat suka daku lagumu ini J Mizan.... Aku ada cerita di sebalik lagu ini...Nanti aku ceritakan...
-
Assalamualaikum sahabatku, Ini adalah amanahku buat sahabat sampaikan kepada YB Air Kuning yang baru di lantik . YB jangan lah lagi tutu...
-
Bila sebut pasal anak Yatim . Pada mereka ada rahmat. Bantulah anak Yatim agar kita mendapat rahmat Allah. Nabi pernah menunjukkan dua ja...