Sabtu, 20 Julai 2024

JIHAD DALAM SYARIAT ISLAM (BAGIAN 2) Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas ...

JAWABAN QARADHAWI KENA KEATAS PUAK FANATIK MAZHAB

Prof Dr MAZA - Orang Islam Perlu kaya Atau Miskin? Nabi Berdoa nak Hidup...

19-07-2024 Ustaz Salman Ali: Amalan Lindung Diri Dari Gangguan Jin Dan S...

Broery Marantika Mengapa kita harus jumpa

HEY - Julio Iglesias (English Lyrics)

Menu buka posa hari Khamis...


Ini minuman cendol sagu... Ianya boleh menghilangkan dahaga orang posa...


Daku buat laksa hari khamis ini. 
Ianya utk hilangkan rindu nak makan laksa penang... Yummy... Tq laksa. 
   

Ini adalah puding sagu yg di makan dengan kuah gula merah dan santan... Hmm. 

Cendoi sagu dan puding sagu.... 
Manis manisan sagu... 

Sagu di minum dgn santan dan air gulla merah menjadi 
 Cendoi sagu...


Air gula melaka dan santan pekat. 



Menu buka posaku hari ni... 


Laksa penang dan cendoi sagu... 


Menu mudahku. 
 

Selamat sampai...

 


Laman ku diaryku...

 


Ini laman aku menulis apa sahaja yang terlintas di benakku.  Jika aku tak tulis di sini aku jadi mati akal.  Dulu sungguh lepas daku sakit daku di atas katil selama 11 bulan  Maasyaalah lama sungguh daku berkerusi roda untuk ke tandas.  Betapa susahnya .  Semasa tak berkerusi roda.ia itu sebelum daku boleh duduk atas kerusi roda sendiri tanpa  bantuan orang lain daku a mbil wuduk dengan menggunakan baldi yg di letakkan di tepi  katilku kerana untuk turun kerusi roda pon daku tak mampu.  

Mujurlah daku boleh sabar.  Telefon pon daku jadi benci,  Lap Top ku lebih2 lagila daku tak suka.  Hampir 2 tahun blogku ini sunyi.  Tapi bila daku mula rasa nak mengeluarkan patah2 perkataan lambat daku kena banyak terus membaca Quran dengan bertadabbur.  Jika tidak daku baca Quran tanpa tadabbur.  Jadi ini menjadikan kita seolah-olah belajar membaca kembali. Syukur..macam budak sekolah rupanya untuk kita membaca lancar...hihi.  Pengalaman membuat daku lebih matang untuk daku tumpahkan rasa syukurku kepada Allah 

azzawajalla.  MaasyaaAllah rupa2nya banyak perkara kita belajar dari musibah yang menimpa kita.  Daku makin bertahbah  sabar menghadapi sakit ini.  Pada masa kakakku datang meminta izin dariku untuk pergi mengambil air jampi untuk ku...Daku memang tak mahu daku kata daku akan buat sendiri.  Sama sekali daku tak mahu di rukyah oleh siapa2 yang daku pon tak kenal.   Banyak kali dia memujukku...daku tak mahu , akhirnya dia akur.   Kakak kakak...Kita kena minta sendiri pada Allah.  Jangan asyik pergi kepada bomoh dan sebagainya.  walaupon kakak kata mereka di masjid...ka...tapi Eni tak mahu harap orang lain tolong buat air untuk di jadikan ubat melainkan emak kita abuat akan mendapat berkata seorang ibu.


Aku teringat...Hidupku Allah uji dgn pelbagai masaalah .  Syukur pada masa daku dah boleh berkerusi roda daku berpindah ke Sri Kembangan.  Di situ daku ke Hospital...Doktor di Hospital Shah Alam yang dapat detact  daku ini ada gaut...Maasyaalah...Ujian darah dibuat.  Macammana berada 11 bulan di Lenggong tak berjumpa sakitku...MaasyaaAllah.  Syukur jugak daku,.

Anak ku minta daku kejutkan di pada pukul 1.00 am nanti kerana dia letih sangat jika tidak tidur. Jadi daku ambil masa ini untuk menulis dengan jari jemariku ini.  Risaujuga daku dia nak drive nanti.  Pukul 11.00 baru nak ambil tidur sikit...Tentu tak cukup tidur .Sekali ini balik Kak Hindon dan anaknya Qurrata Aini pon ada.  Hjika ais tak mampu Aini boleh drive.  Tadi Aini kata Aini boleh drive...Insyaalah...Kak Hindon kata dia pon boleh drive ,,,,daku pon kata daku boleh drive..Cuma dkaku rasa sakit belakang kerana urat belakang ku bengkat kerana menunggu doktor diklinik pakar selama 4 jam...amboi hingga kita diserang sakit lain pulak.  Adoi..


Eh Eh daku terlena dan tak tahu apa daku tulis...Laaa.mata hampir pejam ...nak baca sat.

Jumaat, 19 Julai 2024

Lenggong...Eni balik...( Seorang Tua Di Kaki Gunung.)

 



Assalamualaikum Sahabat ku  semua.

Daku akan balik kampong besok dan daku mohon agar sahabat doakan kami selamat pergi dan kembali.

Besok Hari Pertabalan YDP Agong.  So, ada jalan yang akan di tutup.  Kami kena cepat  dan akan keluar

awal ia itu pada pukul 4.00 pagi.  InsyaaAllah.  Moga kami selamat terlepas dpd berhadapan dengan beberapa jalan yang akan di tutup.

Ini kali pertama daku pulang ke kampong.  Daku harap Allah makbulkan doaku agar daku gembira...dan happy. Banyak benda yang daku bole buat. InsyaaAllah.  Daku kena kemaskan rumahku , buat apa2 yang patut...melihat jikalau masih ada tanaman2 ku yang masih boleh hidup dengan baik. Cuba

selamatkan.. Daku kena happy balik nanti...  InsyaaAllah. 

Anak badak Tampong, Cucu badak Raya..Bila balik kampong mesti kena gembira.

In case of anything happend to me...Maafkanlah daku banyak2 Dunia dan Akhirat. Assalamualaikum.



Prof Dr MAZA - Dengarlah Wahai Pemerintah!!!


1)  Sebarkan salam
2)  Beri orang makan. (Rakyat kena cukup makan)
3)  Kuatkan Silaturrahim...Hubungkan kekluar
4)  Sembahyang pada waktu malam...Pemimpin kena kuat              tahajjud.(Kekuatan)
5)  Kamu masuk syurga dengan sejahtera.

    Abdullah bin salam buka minda dan join nabi.
    Aku Yakin MB Perak Guru  yang solat malam...InsyaaAllah.



05-07-2024 Ustaz Salman Ali: Tanda² Kiamat (Siri 3)

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Dalam himpunan derita Allah khabarkan ada kegembiraan...

 


Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta  dan nyawa dan buah2an.  Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni)   Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar.  Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa?  Kepada orang yang sabar.  Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar?  Allah bagi apperience  orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,

Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting?  kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,'  Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali...  So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain.  Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia  menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan   "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah.  Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.  
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini

Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada.  Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.

...MaasyaAllah....Allah   memberikan ucapan mulia kepada kita.  Dunia ini debu sahaja.  Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu.   Ya Rabb syukur atas segalanya.  Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana  daku sedari telah daku sampai ke usia ini.
Syukur Ya Robb,  kuatkan daku Ya Robb.