Sabtu, 19 April 2025

BONGKAR! Ladang Haram & Cucu Cicit Komunis The Untold Story

 


Mungkin imej 5 orang dan teks yang berkata '#BEBASKANTANAHPAHANG #JAHANAMPENCEROBOHHARAM #KEBANGKITANRAKYAT Uncing dah naik ke mata, kaduk dah naik junjung. Pantang maruah terus dihina, ingatlah amanah yong dijunjung. KAOR GEMIANAT LAWAR'

11j 
BONGKAR! Ladang Haram & Cucu Cicit Komunis
The Untold Story
⚫⚫➰⚫⚫
APA HALNYA KAT SUNGAI CHALIT NI?
Sungai Chalit ni bukan tempat biasa² bang. Dulu² masa zaman komunis, kawasan ni jadi port panas untuk dorang buat markas, terowong bawah tanah, simpan senjata bagai. Lepas darurat habis, kawasan ni sunyi, tapi rupa²nya, ada yang tak pernah padam api lama tu.
SEKARANG NI APA JADI?
Musang King bang! Bukan sikit² hutan dikerjakan, 11,000 ekar, bukan kecik, dekat sama besar dengan keluasan satu Putrajaya. Hasil balak dirompak, tanah bukit ditarah, pokok durian tumbuh merata. Semua ni bukan dibuat atas tanah bapak diorang tapi diceroboh atas tanah milik negara. Habis licin hutan simpan kekal diceroboh. Jalan belakang punya kerja. Siap ada sistem, nama pakai orang lain, ada proksi, ada syarikat 'hantu'.
⚫ Nama Syarikat & Geng Tersembunyi
Di sekitar Raub (termasuk Sg Chalit), ada 2 nama syarikat gergasi yang pernah timbul dalam isu ladang durian haram, tapi aku tak boleh tulis kat sini lah. Nak ditelan mati mak, diluah mati bapak. Dikemam eh matilah nakkk.
Namun hakikatnya, banyak ladang kat kawasan dalam ni tak berdaftar bawah mana² entiti sah. Diorang jalan guna nama individu, proksi, atau ‘Ali Baba’.
Diceroboh sejak tahun 1978 - 2013 di dalam era Ahli Parlimen MCA, dan kemudian pada tahun 2018 sampailah harini bertukar kepada DAP, semakin lama semakin kebal. MCA ke DAP ke, sama je diorang ni. Orang Melayu je masih tak nampak. Sibuk taksub dengan politik sampai buta. Sedangkan mereka walaupun berlainan parti, tetap membawa matlamat yang sama demi survival bangsa mereka.
⚫ Modus Operandi Lama Tapi Licik
Dorang guna sistem sewa pajak tanah tradisional secara haram tapi kebal sebab dah bayar “premium” bawah meja kat kroni ❌ penguasa tempatan.
Ladang haram ni 100% dalam kawasan yang kubu tinggalan komunis. Agaknya apa yang peladang Haram ni buat kat dalam ladang tu? Aktiviti underground tersorok di sebalik terowong tinggalan komunis?
Dari maklumat cerita² orang kampung di sekitar Raub, “runner” dorang ada kaitan dengan bekas pejuang bersenjata komunis era 70an.
⚫ Orang Dalam
Ada kebocoran info dari sumber dalaman pihak berkuasa, sesetengah pegawai dituduh ‘pejam mata’ sebab ada habuan dari hasil durian export.
Ladang ni bukan untuk pasaran tempatan je bang. Musang King dari kawasan ni bukan lah diseludup, tapi menggunakan 1 syarikat gergasi yang dah lama memonopoli pasaran eksport durian ke luar negara secara ‘low key’. Hong Kong, China, dan Singapura. Diorang ni peladang Haram, mana ada geran, mana bayar cukai, jadi mana ada AP nak eksport besar²an. Jadi ada 1 syarikat gergasi yang meraih buah dari peladang Haram ni bawak masuk kilang, repack, eksport secara mega ke luar negara. Sebab 1 company ni je yang ada AP.
Siapa company yang terlibat? Ish. Ish. YTJT
Ibarat kata, buah dari ladang haram, supply ke syarikat ni, terus jadi halal untuk dieksport.
⚫ Kehadiran Warga Asing
Warga China “kosong” yang korang syak tu tak mustahil bang. Kemungkinan besar mereka ni masuk ikut “jalan depan” guna ejen pelancongan, terus ke ladang. Tak main la jalan belakang kan. Sebab apa? Raub dah digazetkan sebagai daerah Durian Musang King. Pastinya kerajaan meletakkan Raub sebagai 1 destinasi pelancongan. Ngam² lah ber bas² warga China masuk ke ladang ² ni kononnya melancong, tapi yang keluar cuma driver bas je. Penumpang semua ghaib. 🤣
Ada spekulasi yang disyaki: di sebalik buruh ladang, adanya team “operative” (penghubung dalam aktiviti pelaburan asing kelabu) panjang kalau aku nak kupas pasal puak kelabu asap ni. Mudah kata, sindiket bawah tanah, money laundering, kartel, kongsi gelap, perlombongan haram, proxy dll)
Dorang ni yang buka pintu, jadi fixer, bagi laluan, cover line atau uruskan semua 'kerja belakang tabir'. Dorang ni penting bang, sebab dia lah yang tau segala rahsia, tukang tunjuk jalan mana tanah boleh diceroboh, pemalsuan dokumen, prepare kabel dengan orang atasan, kadang² tolong coordinate pelindungan dari kongsi gelap tempatan.
⚫⚫➰⚫⚫
Dari Pena Kubu Komunis ke Ladang Haram ❌ Konspirasi Terpendam di Sebalik Musang King
⚫ Sejarah Sg Chalit & Komunis
Tapak operasi gerila komunis ❌ Terowong, laluan sulit & strategi gerila hutan ❌ RPSK & dasar memisahkan penduduk dari pengaruh komunis
Sungai Chalit, sebuah kawasan pedalaman di Raub, Pahang, bukan sekadar kampung biasa. Zaman Darurat dulu, tempat ni menjadi markas utama gerakan komunis. Dikelilingi hutan tebal dan laluan sukar dikesan, sesuai untuk gerakan gerila. Komunis buat terowong bawah tanah, pos kawalan rahsia dan kubu simpanan senjata.
1977, askar Melayu Diraja terlibat dalam operasi besar²an kat sini, menunjukkan betapa strategiknya kawasan ini pada masa itu. Kemudian, kerajaan tubuh Rancangan Penempatan Semula Komuniti (RPSK) Sungai Chalit untuk mengasingkan penduduk dari pengaruh komunis.
Lepas darurat tamat, kawasan ini x dibangunkan secara menyeluruh. Ramai bekas komunis dah berkeluarga dan mereka kekal beranak-pinak kat kawasan ni – dan di sinilah benih komunis moden mula bercambah.
⚫ Ladang Haram & Modus Operandi
Pada dasar luaran, Musang King hanya kelihatan sebagai hasil pertanian premium. Tapi realitinya? Di Sungai Chalit, ladang² haram ini wujud atas tanah kerajaan dan kawasan hutan simpan kekal secara haram.
Dorang gunakan nama individu, proksi atau syarikat Ali Baba untuk elak dikesan. Di sebalik ladang haram nj dipercayai terdapat:
- Laluan dan terowong lama digunakan untuk logistik senyap
- Tempat simpanan emas/senjata saki baki era pemberontakan
- Operasi risikan dan kemasukan warga asing tanpa dokumen
(orang cakap lah, boleh lah ATM hantar Intel untuk siasat, dan aku rasa risikan ATM pun tau dh kot benda ni)
Banyak ladang ini wujud atas tanah yang dahulu merupakan tapak strategik komunis. Tanam durian tu cuma nak ‘wayang kulit’ je.
Namun, ramai peladang haram kat Sg Chalit xberdaftar secara rasmi. Sebahagian mereka dipercayai cucu-cicit bekas pengganas komunis yang masih tinggal di kawasan Sg Chalit lepas program RPSK Sg Chalit 1970. Mudah kata dari Pekan Sg Ruan - Pekan Sg Klau ni memang kampung bekas pengganas komunis lah. Dah jadi kampung diorang kan, so dorang gunakanlah pengaruh tempatan yang dorang ada untuk jadi semakin kebal sampai boleh halang segala penguatkuasaan undang².
Bukan setakat kebal underground je, dorang dah pun ada pengaruh dari dalam kerajaan sendiri sebagai perlindung.
Bak kata otai², dulu, Komunis dalam hutan, sekarang, keturunan komunis dah ada dalam parlimen.
⚫ Warga Asing & Ancaman Keselamatan
Pemerhatian dari tapak menunjukkan kehadiran ramai warga China tanpa dokumen sah bekerja dan menetap dalam ladang ini. Ada kemungkinan:
- Mereka bukan buruh biasa, tetapi "operative" ekonomi
- Terlibat dalam pemantauan kawasan dan risikan
- Kemasukan mereka mungkin dikendalikan melalui ejen pelancongan atau jalan tidak rasmi melalui hutan.
Imigresen boleh dah masuk buat tinjauan.
⚫ Bukti & Jejak Lama
Antara jejak fizikal yang dipercayai wujud:
- Struktur terowong konkrit lama
- Sisa logam yang boleh jadi bekas simpanan senjata
- Bunker bawah tanah lama dengan sistem pertahanan
Kat atas tu, betul ke setakat tanam durian semata² je? Ada terowong lama, tempat simpan barang, dan ada dakwaan yang pernah didedahkan dalam blog, kemungkinan ada tinggalan senjata lama. Mungkin lah. Ada juga warga asing, dari China pulak tu, yang takde dokumen, tapi tinggal dan kerja kat ladang tu macam biasa.
11,000 ekar tu ntah agaknya dah rupa perkampungan kat atas tu.
Kau rasa? Ni bukan cerita konspirasi kosong bang. Bukti fizikal pun ada, tinggal nak bongkar je.
⚫ Rantaian Kuasa & Cover-up
Ada laporan bahawa segelintir pegawai tempatan "pejam mata" atas rasuah dan tekanan politik. Malah, penguatkuasaan sering ditangguh kononnya atas sebab keselamatan, walhal ia alasan untuk beri masa pengosongan bukti.
Isu ini bukan sekadar pencerobohan tanah, tapi boleh jadi:
- Isu keselamatan negara
- Ancaman terhadap kedaulatan dan pengaruh asing
- Simbol kegagalan sistemik pengurusan pasca-darurat
⚫ Ingkat Perintah Mahkamah
Pada 2020 Mahkamah Tinggi dah putuskan semua peladang Haram perlu mengosongkan tanah. Dorang lawan, dorang tubuhkan NGO SAMKA (Save Musang King Alliance), datanglah YB Chow Yu Hui Ahli Parlimen Raub bergabung dengan Wilson Chang membela penceroboh Haram dan mencabar mahkamah untuk Semakan Kehakiman. Akhirnya tahun 2024 sekali lagi Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka dan semua penceroboh Haram perlu patuh arahan mahkamah dan mengosongkan tanah.
Hebat tak hebat diorang ni? Tak hebat pun, tapi disebabkan ada pengkhianat negara yang melindungi mereka. Sepanjang tempoh perintah mahkamah, mereka masih keluar masuk ladang haram, mengambil hasil setiap musim, mengaut keuntungan tanpa henti. Agaknya, dorang yang hebat atau orang besar atasan kita yang Bangsat? Kalau pintu tak dibuka, mereka pun tak berani nak masuk. Kena cari lah siapa yang bukakan pintu tu.
⚫ Cadangan Tindakan
- Audit tanah menyeluruh kawasan Sungai Chalit dan sekitarnya, Pejabat Tanah kena bongkar penama² geran yang ada di seluruh kawasan Sg Chalit. Buka balik fail lama. Siapa punya, Bila dapat, macam mana boleh dapat.
- Banci penduduk. Habtar Jabatan Perangkaan untuk buat bancian penduduk, pekerja, peniaga dll yang berkaitan. Kat sini dah boleh sapu bersih puak warga asing yang kosong. Buat pakatan bersama agensi kerajaan lain mengikut bidang kuasa berkaitan. Imigresen Ready tunggu arahan atasan je tu.
- Siasatan khas SPRM terhadap semua transaksi tanah & syarikat durian yang terlibat di sekitar kawasan Sg Chalit. Siasat sampai ke akar umbi.
- Penubuhan pasukan forensik sejarah & keselamatan.
- Ajak NGO bersama dalam Operasi ni sebagai check & balance. Sebagaimana TITAH Tuanku Sultan yang meminta rakyat menjadi mata & telinga sultan, Kerajaan disarankan ajak dan bergabung dengan NGO dalam operasi ladang haram ni. Kami NGO nak lihat ketelusan kerajaan dalam membanteras LADANG haram ni. Jangan ada hidden agenda. Jangan ada pintu belakang.
⚫ RAKYAT NAMPAK PERMAINAN NI
Ramai rakyat yang dah nampak benda ni semua bukan kerja kecik. Tapi peliknya, penguatkuasa buat² tak nampak. Sultan pun dah bertitah murka dengan pencerobohan yang semakin berleluasa di Pahang. Mungkin sebab ada yang kenyang, atau ada arahan dari atas yang menghalang penguatkuasa bawahan bertindak.
Kalau kita terus diam, esok² anak cucu kita bukan je takde tanah, tapi mungkin dah hilang negara. Sungai Chalit bukan sekadar tempat tanam durian. Ini tempat yang simpan sejarah, simpan rahsia, dan sekarang, jadi medan pertarungan antara kebenaran dan ketamakan.
Suara rakyat bukan main² bang. Ini bukan dokumen rasmi, ini jeritan rakyat dari akar umbi.
⚫ Pak Li
Presiden Pertubuhan Pusaka Armada Panji Laksamana
Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia
Guru Ajar Penchak Pukulan 13
Sekratariat Kedaulatan Agama dan Negara

Facebook akan menerangkan semua ini. Hari ini daku masuk facebookku setelah berbulan ku tinggalkan.

 Ya Allah….

Mungkin imej ‎2 orang, Pejabat Oval dan ‎teks yang berkata '‎CaysonGoh Cayson Goh Top Top Topcontributor contributor 1h. 我们尊贵的元首, 在中国大佬的面前, 我们尊费的元首,在中国大佬的面前,突然 突然变成一条 野狗了, 了,哈哈,呆呆的看着主人坐他的王位,马 哈哈, 呆呆的看着主人坐他的王位, 马来人 就是马来人,没有被调教,不会 就是马来人, 来人,没有被调教,不会学乖~暖根骨头给 没有被调教, 不会学乖~喂根骨头给元 不会学乖 首~哈哈哈 南力 井, 馬來西亞東方日報 Oriental Daily 馬來西亞東方日報OrientalDailyNews News Malaysia 15h 2RCCE שומוסמומצמ‎'‎‎
Penghinaan Terhadap Yang Di-Pertuan Agong
Ini terjemahan caption Cayson Goh yang menghina Yang Di-Pertuan Agong;
“Yang di-Pertuan Agong yang kita hormati, di hadapan pemimpin besar China, tiba-tiba berubah menjadi seekor anjing liar. Haha...duduk ternganga melihat 'tuan' duduk di atas takhtanya. Inilah orang Melayu – tidak dididik, tidak pandai ~ Nah, beri tulang kepada Agong ~ Hahaha"


Aku semadikan sebagai sejarah......Mereka memang biadap,,,

Wahai RAKYAT lihatlah WAYANG yg TERKINI

Bila daku dah mati,, daku mahu anak2 Malaysia tengok sejarah ini.  Biar ia semadi  di Blogku menjadi pembersih mata dan akal mereka    (Lihat2 dan fikirkanlah )     Ini sejarah yang berlaku di Negara kita.  


 Wahai RAKYAT lihatlah WAYANG yg TERKINI…

Tiada huraian foto disediakan.
Individu-individu dalam gambar hari ini juga mereka yang fitnah saya jual negara apabila tuduh saya jual Bandar Malaysia kepada China.
Petang tadi, mereka telah tandatangan perjanjian untuk jual Bandar Malaysia.
- Projek yang sama
- nilai RM140 bilion yang sama
- pembeli yang sama
- peratusan jualan yang sama.
Hari ini, mereka mengeluarkan siaran media bahawa projek ini banyak bagus untuk pembangunan negara dan bakal membawa keuntungan besar kepada Malaysia.
Keuntungan hampir RM100 bilion besarnya - jauth lebih tinggi berbanding hutang RM32 bilion 1MDB.
---
Apa yang PH cuba sembunyi dalam isu Bandar Malaysia?
Kalau kita perhatikan, ada dua fakta yang PH tak pernah sebut - baik sebelum PRU14 atau selepas menjadi kerajaan:
FAKTA 1. Kewujudan Pangkalan Udara TUDM Sendayan dan Pasukan Gerakan Udara PDRM Subang serta 6 pangkalan lain yang dibina atau dinaiktarafkan oleh 1MDB.
Walaupun nyata-nyata sudah siap dan sedang digunakan, pangkalan-pangkalan ini tidak pernah diakui oleh PH.
Ini ialah kerana PH masih mahu Raykat percaya bahawa 1MDB membeli tanah TUDM Sungai Besi dengan murah.
Tapi yang tidak disebutkan ialah selain harga tanah yang sudah dibayar, syarat pembelian tanah itu juga membabitkan kos pembinaan pangkalan-pangkalan melebihi RM3 bilion yang perlu ditanggung penuh oleh 1MDB melalui sebahagian hutangnya.
Pangkalan-pangkalan ini nyata-nyata sudah dibina dan ada di depan mata tapi PH buat-buat tak nampak!
FAKTA 2: Kerajaan PH yang benar-benar jual Sg Besi kepada syarikat China - bukan kerajaan BN.
Memang benar kerajaan BN pernah menjual sebahagian projek Bandar Malaysia di Sg Besi itu pada bulan Disember 2015 kepada sebuah konsortium Malaysia-China.
Namun, penjualan itu sudah dibatalkan pada bulan Mei 2017 kerana kerajaan BN mahu memajukan projek ini melalui kaedah penjualan hak pembinaan dan bukan penjualan tanah.
Dengan kaedah ini, negara boleh menjana keuntungan yang jauh lebih tinggi.
Bagaimanapun, kerajaan PH telah menjual balik sebahagian projek Bandar Malaysia pada bulan April 2019 kepada konsortium Malaysia-China yang sama.
Harga penjualan itu juga tidak pernah didedahkan oleh kerajaan PH (saya diberitahu ianya sekurang-kurangnya RM7.41 bilion).
Semasa PH menjual, Editor Kinibiz P Gunasegaram yang merupakan pengkritik tegar saya pun tanya kenapa PH jual balik projek itu dan tidak mengikut langkah Najib untuk kerajaan memajukan projek itu sendiri.
23 Apr, 2019: Puzzling reinstatement of RM140b 1MDB project
Dia kata kalau ikut cara Najib, projek itu boleh menjana sekurang-kurangnya pendapatan RM105 bilion (sebenarnya rancangan kita RM140 bilion) dengan keuntungan RM96 bilion.
Kenapa tergesa-gesa jual sekarang dan melepaskan sebahagian besar dari keuntungan amat tinggi projek tersebut?
Keuntungan RM96 bilion dari projek ini sahaja (belum masuk lagi projek RM40 bilion TRX dan perjanjian penyelesaian IPIC) boleh membayar balik 3 kali ganda hutang RM32 bilion 1MDB.

Jumaat, 18 April 2025

Pusat Kesihatan Bandar Baru Bangi punya kepakaran mengambil darah yg baik.,


 Semalam means kelmarin 2/10/23 daku ke klinik Kesihatan Lenggong sekali lagi apabila minggu lepas mendapat call dari adik  Pegawai Kesihatan lalu, yang mengambil darahku.  Katanya sample darah itu tak boleh di pakai dan puan kena datang semula ke klinik dan cakap nak berjumpa dengan (Namanya) Rupanya mudah ja pergi ke kaunter pendaftaran, ambil surat pengambilan darah yang lalu.  

Daku dapat surat itu dan terus ke bilik makmal pengambilan darah.  Noraini Mohd Said, daku masuk.  Ada 2 orang Pembantu kesihatan di situ. Satu Melayu satu India...daku hulurkan tangan kanan ku yang biasa darahku di ambil di belakang tangan. P.Kesihatan India.  Dia kata ambil darah macam biasa pelipat lengan kiriku..Tak pernah boleh selalunya..." Mak Cik ini pakar yang didatangkan   khas " dari hospital Kuala Kangsar.   Ya?  terkejut aku ,  InsyaAllah kataku daku "Bismillah"..ok kepal tangan kiri dan dia mengetuk sikit saja dengan 2 jarinya...tekan2 sikit saja dah dapat urat darah yang dicari...MaasyaaAllah  tak sampai beberapa saat ,cucuk saja dan tarik jarum kulihat dah penuh darah dalam  tabung darah tersebut. Eh...rupanya  boleh ambil ...MaasyaaAllah daku syukur sangat...Tak sia2 doaku " Rabbi Yassir  Wala tuaasir"   Syukur ya Rabb..Moga test kali ini tidak bermasaalah lagi...Aamiin

MaasyaaAllah. Minggu lepas daku datang ke Klinik BB Bangi untuk ambil darah.  Proses ambil darahnya sangat cepat dan mudah sahaja .  Daku hairan.  Pandai sungguh mereka ini.  Tetapi , paham betul kita, kerana mereka adalah bertugas bidang ini sahaja.   Menurut adik ni  "sakit sikit" katanya ..Tapi tak lah sakit sangat.   Daku Syukur kerana mudah sangat ambil darah disini.  Kalau di Lenggong, sahabat baikku yang bernama Wan Teh Kalsom bin Wan Ahmad,adalah Nurse yang pandai ambil darah.  Kawan sekelasku semasa di Form One...Banyak cerita2 lama dengan Wan...ni...  Aku ingat Wan Teh sahabatku.   

Dalam appointmentku seterusnya ialah daku kena datang pada 16 hb, April 2025.  Syukur.  Tarikh tersebut telah berlalu dengan perjumpaan dengan doktor yang memeriksaku dengan jawapan "semuanya baik dan terkawal."  Syukur daku dengan result ."semuanya baik"   Perjumpaan daku pada  temujanji  seterusnya ialah pada 8hb.  Oktober 2025 tarikh mengambil darah dan pada  22hb, Oktober pula tarikh bertemu Doktor.  Moga Selamat.  Aamiin,

Maalaikat Allah

 Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda:

"Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat.  Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur.  Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat.  Kepalanya di bawah Arasy dan kedua  kakinya di dasar bumi ketujuh.  Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.  Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan daru Nur di bawah Arasy.  Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.  Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampnan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat."

Setengah hukama mengatakan, "Keselamatan jasad pada sedikitnya makan.  Keselamatan roh pada sedikit dosa.  Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (Muhammad SAW)."


Allah SAW berfirman:


"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan"

                                                                                        (Q.S.  Al Hasyr:18)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh abggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, " Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku"  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata" Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram" Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.


Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,


"Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."

Pertama pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal."


Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat"

JADILAH MATA DAN TELINGA BETA...DAULAT TUANKU!

 JADILAH MATA DAN TELINGA BETA...


DAULAT TUANKU.!

Sultan Pahang murka ahli politik muliakan kesalahan penceroboh tanah


MOGA2 AHLI POLITIK NEGARI LAIN 
AMBIL IKTIBAR...DAULAT TUANKU...

Apa. Khabar..