Khamis, 13 Februari 2025
Hukum Ghibah...mengumpat,
Ingat pada satu hadith Nabi
Sesiapa yang beriman kepada Allah yang bersifat Al - Raqib yg bersifat As-Shahid, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, yg ada dosa ada azab hendaklah bercakap benda yang baik sahaja. jika tiada benda yang baik, Nabi kata diam.
Allah cipta manusia ,perempuan duduk di rumah. Surah Al Ahzab 33 Ayat 33.
Nasi Goreng Berempah yg sederhana tapi sedap
Nasi Goreng Berempah serta Minuman air Mangga Bersantan
Bapakku. Yummy.
Nasi Goreng Berempah membawa nostalgia sebagai Guru Pelatih di Kuantan Pahang. Setiap pulang dari Kuliah daku akan beli Nasi Goreng dari Haryati Restoren di bawah flat kami tempat Guru2 pelatih tinggal kerana pada masa itu guru2 pelatih (senior dan junior) hanya menyewa di flat2 sekitar bandar Kuantan. Ketika itu kami menumpang di Bangunan Sekolah Kebangsaan Teruntum Pahang yg di panggil Maktab Perguruan Teruntum Kuantan Pahang. Maktab Perguruan Kuantan Pahang bertempat di Semambu, masih dlm pembinaan dan kami berpintah ke Maktab Perguruan Semambu Pahang ketika berkursus di Tahun Ketiga . Kami adalah Pelopor Guru2 Pelatih yg latihannya Selama Tiga Tahun.
Cakap pasal makanan,
Daku seorang yang boleh mencuba menu daripada merasai makanannya. Makanya, Nasi goreng berempah dapat daku hasilkan sebaimana produk mereka hasilkan puluhan tahun dahulu. Syukur Ya Robb.
Apa perlu ada pada Nasi Goreng ini. Tumiskan sambal yng di blend bawang putih, bawang merah dabn halia dan di masukkabn sesudu rempah serta di pecahkan telur dua biji kedalam gorengan ini. Paling sedap jika sayurnya sayur sawi dalam kadar yg banyak Kicap di letak sedikit sahaja. Terdapat hirisan daging untuk proteinnya.
ulamnya timun dan tomato pulak,
mereka letakkan satu hirisan sahaja dan beberapa hirisan lagi di dalam nasi
Tabur daun soup atas nasi sebagai hiasan dan sedikit dpdnya
dimasukkan ke dalam nasi yang di goreng.
Taburan bawang goreng untuk membangkitkan rasa.
Ini Nasi tambah untuk portion dua orang makan.
Menu ini, menu diet kami,
Minuman ini ialah minuman buah mangga berkuah santan yang diletakkan
gula dan garam serta air batu.
Nasi Goreng Berempah.
Menu berbukaku hari kelmarin.
Mangga dipotong kiub kecil2. Bapaku membuat minuman ini dengan
meletakkan buah kuini yg ditanamnya. Bapaku sangat pandai menanam.
Segala jenis pokok buah2an ada dia tanam di keliling rumah kami.
Lemahnya daku tak mahir menanam , kecuali Abang Halid Kakak
dan Kak Badariah.
Kak Nyah pandai juga menanam.
Celaru...daku taip sambil tidur ...lengoh...hihi...Jom dhuha jap..
Rabu, 12 Februari 2025
Langgan:
Catatan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Sangat sangat suka daku lagumu ini J Mizan.... Aku ada cerita di sebalik lagu ini...Nanti aku ceritakan...
-
Assalamualaikum sahabatku, Ini adalah amanahku buat sahabat sampaikan kepada YB Air Kuning yang baru di lantik . YB jangan lah lagi tutu...
-
Bila sebut pasal anak Yatim . Pada mereka ada rahmat. Bantulah anak Yatim agar kita mendapat rahmat Allah. Nabi pernah menunjukkan dua ja...