Selasa, 14 Januari 2025

Aminah


Mak aku Aminah..Daku selalu putar lagi ini sampai ingat senikata lagu tersebut...hihi...Kami beli Rekod Eddy Salitoga...Kami nak usik mak...Lagu ni kami selalu pasang ..Mak buat tak dengar aja.  Mak sangat2 buat diri dia, kolot.   Mak kalau sebut buah rambutan akan betulkan kembali dengan "loghat lenggong" Memang kami ingat mak tak pernah dengar apa2 lagu...Hihi..Bila kami besar baru kami tahu ...Mak dulu anak orang kaya kampong Gelok.  Hanya Rumah mak aja ada piring hitam canggih macam Filem P. Ramlee.  Rumah mak tempat orang2 kampung berkumpul dengar lagu.  Zaman tu lagu2 Saloma P. Ramlee, Normadiah, M.Daud, R. Azmi, dan penyanyi lama lain.   Kami pasang lagu tu mak buat tak indah ja.  Pak Pon. Pelik kami rasa.  Daku rasa lagu zaman anak2 mak tak sesopan lagu mereka dahulu...Yaa Kan...

 Pak duduk atas Rocking Chairnya di varendah atas dia sambil hisap cherut yang besar tu... Sambil tengok ke Bendang di mana burung2 terbang.  Memang cantik view dari  Varenda atas  tu..  Jika Varendah Bawah Pak akan duduk lama bila melihat anak2 nak balik.  Tengok dengan pandangan kosong seorang tua.  Mungkin sedeh kot.  Jika kat sini Pak suka santai2 dengan kawan2 pak, Pak Chik Desa, Tok Amud, Kadang2 Abang Hamid, dulu masa Abang Ramlee datang dengan Kak Esah dari Port Dickson pak santai di sini sembang2...ooo baru teringat.  . Pak! Pak!  Eni Rindu Pak.  Mak pula.  tak lah nampak sangat duduk santai atas Varendah atas. Hanya.... di situ kadang2 tempat daku sidai kain.
Daku memang Kreatif...Daku buat sendiri tempat sidai kain dari situ.  Sebab daku malas turun pijak tanah lepas mandi...hihi malasnya Eni!!!

OOo baru ingat mak suka jugak duk atas Varendah bawah bila tengok anak2nya  yang nak balik.  Samaada tunggu anak pulang atau melepaskan anak2 pulang bekerja.  Sayang Mak...Mak...Eni ingat Mak.   Rindu sangat2 kat mak...Seorang guru yang humble...banyak tolong orang susah.  Orang tua2 kampong banyak sayang mak. Tak kira masa mak bersedekah.  Kami kena belajar sebagai contoh, apa yang mak tinggalkan kepada kami.

Opah yang jual dodol akan datang rumah mak seminggu sekali...Dia pesan pada mak nak jumpa Eni ...Eni lupa jumpa dia akhirnya dia pergi untuk selamanya, tak sempat nak jumpa dia sedeh sangat.
Lima bulan lepas pula, Helmi anak Kak Mah Abang Jie  datang kerumah Pin.  Jumpa Pin.  Cakap teringat pada Mak We   (panggilan untuk mak)  Helmi kata Kami 6 beradik tak akan dapat lupa Mak We ...Banyak jasa2 Mak Wa pada kami.. Kak Mah, emak Helmi pernah kena tinggal oleh suaminya seorang tentera bila suaminya bekerja di Serawak.  Abg Jie...kahwin lain dan tinggalkan isterinya tanpa mengirimkan wang...Anaknya ramai.  Kak Mah terpaksa buat bendang.   Mak sentiasa bantu keluarga ini.  Pengakirannya Abg Jie balik juga kepangkuan  Kak Mah...MaasyaaAllah   Alhamdulillah..  Kesian Kak Mah.

 Cerita merepek apa aku tulis ni.  Kadang2 aku rindu curah hatiku ke Blog ku ini...Aku tetap doakan kepada mereka yang dah pergi semoga mereka diampunkan Allah dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh...Aamiin. InsyaaAllah. 

Ya Rabb...Entah bila aku boleh tinggalkan hiburan ni contoh  tak pasang lagu2 macam Ustaz Khalid Basallamah kata tu...InsyaaAllah Rabbku. Aku cuba...Tapi aku ambil pendapat yg muzik itu di haruskan...Apapon InsyaaAllah kita kena tinggal jugak... Yang Hairan anakku dulu suka juga dengar lagu...sekarang tak dah.   Dia dengar ceramah2 dan kadang2 dengar Cerita pendek aja...  Syukur dia tak ikut habit aku yang tak baik ni.  Dulu ada ja dia suka lagu2 Inggeris.  Masa sekolah dengan kawan2 dulu adalah...Dalam kereta mungkin ada la.  Tapi dia tak suka yang banyak lagu.  Dia suka yang  Dj Djnya berceloteh.  Bagus Anis pada mak.,,,,

Sekian.

Bunga Tanjung - Eddy Silitonga

Tangan Tak Sampai - Christine Panjaitan lirik


      Lagu Noraini Sayang...hahaha buatku...

Syahdu sedih merinding ....Kuncup Hati Layu Pasti - Dian Pieshesa - Bago...

TERHARU inilah salah satu bentuk ketaatan kepada Allah, Ustadz DR Khalid...


Kata Rasullullah:  Orang Mukmin jika dia membuat dosa kecilll sahaja akan merasa bagaikan gunung akan menimpa nya.

Orang munafik jika membuat dosa besar lalu lalat hinggap dihidungnya lalu di tempisnya.

Jika ibadat itu perlu di paksa.  Jangan berlalai2 dalam mendapatkan keimanan.  Berusaha dalam Muhasabah diri ...detect n correct diri kita...

Ilmu itu tidak ada kata cukup...sentiasa beri makan fizik tapi rohnya kurus...Berikan rohnya sihat dengan makanan rohani.  Belajar agama.

Julaibin kecil Nabi boleh angkatnya dengan satu tapak tangan berjaya membunuh tujuh orang mushrikin dalam peperangan.

Paksakan Ibadah Paksakan Tinggalkan Dosa | Ustadz Khalid Basalamah #kaji...


Syaamaata...Jangan Syamaata...kata Syaidina Umar aku khuatir jika ada seorang wanita mengandung lalu di hadapan ku dan aku mengata 'kot begitu perutnya' aku bimbang jika Allah membuat aku mengandung .  Jauhkan aku dari Syaamaaata...

Subhanallah...syukuri nikmat Allah...

Maha lembutnya Allah...Allah hulatif fun bi iba dihi yarghzukuminyasyaa..wahuwassamiulazim

Jangan lah putus asa dari Rahmat Allah.  Jangan lupa azab Allah amat pedih...Tinggalkan segala kemaksiatan.  Jangan menentang Rabbmu Yang Maha Kuasa.    

Sesungguhnya Azabnya RabbMu amat keras.  Jika datang azabnya Allah menyakitkan sekali.

Lihat kat youtube Azab2 Allah

Ayat terakhir Surah Al Imran Ayat 4
Allahulazihunzultiqam...
Allah Maha Mulia dan mempunyai Azab yang sangat keras.

Janganlkah memarahi dan bertikam lidah kecuali dengan kebenaran agama.
Tidak ada faedah mencak mencaknya....Nabi akan tegas jika berhadapan dalam masaalah agama.


RESOLUSI 2025 ?? PERBAIKI TUJUAN HIDUP - Ustadz Khalid Basalamah

SUBHANALLAH !! Tidak Akan Diazab Di Dalam Kubur Bagi Yang Baca Dzikir In...

DR MAZA TERHARU SATU SATU PERDANA MENTERI LAKUKAN INI #malaysia #anwarib...


kredit PMX... Thanks.. Cuba buat baik tolong jgn libatkan diri dgn Black Rock baru rakyat suka... Tolak la yg rakyat tak suka.. 

Anak G4z4 Sumpahi AS Bernasib Sama, Kini Warga Los Angeles Jadi Gelandan...

Isnin, 13 Januari 2025

Apa Nak Jadi Tuan-Tuan? Sambut Tahun Baru Dengan Konsert, 4 Orang Mati |...

Malapetaka Perang Lebih Besar di 2025, Rancangan Sebenar Musuh Telah Ter...


Kemuncak usia seorang lelaki/manusia ialah 40 tahun ...Berlaku pada 40 tahun...sepatutnya pada hari tersebut dia berdoa seperti ini...Allah ajar kita berdoa.  Ya Allah kurniakanlah  prasaan untuk aku bersyukur atas segala nikmat yang kau berikan kepadaku yg dikau beri kpd kedua ibubapaku supaya aku beramal soleh .  Ya Allah perindahkan dalam zuriat ku sendiri dalam  keluargaku sendiri sesungguh nya aku bertaubat kepadaMu dan daku orang yang akan tunduk kepadaMu. 40 tahun usia untuk bertaubat bukan berpesta di tengah2 malam. Bukan berpesta di tengah malam terutama Malam Tahun Baru, Ini mengarahkan/ mendorong anak muda  supaya melakukan kemungkaran.   betul ustaz..Tika malam Tahun baru..Majlis Tempatan membersihkan padang ...di situ pernah di temui (Kondom)  tapi penganjur (dah  berusia tua belaka) masih mahu adakan pesta  di tengah malam.  Mereka tak pernah muhasabah dgn  apa yang pernah berlaku.   Mustahil mereka tak tahu. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.  Mereka orang berkuasa jika mereka tolak/hindarkan  acara begini, mereka mengumpul pahala melimpah keakhirat.  

Sungguh indahnya jika kita mengulang2kan doa ini untuk menyambut Tahun Baru.lebih lagi di kalangan  kita yang berusia 40 tahun.  40 Tahun adalah noktah..Usia untuk bertaubat.  Ini masa untuk bertaubat..Saya dan tuan2 bertaubat

40 tahun...Check point pertama
50 tahun ...Check point kedua
60 tahun...Check point ketiga 
70 tahun ...Check point keempat 
Sekarang Check point kita yg ke berapa dah?

Jadikanlah malam Tahun Baru , malam kesyukuran , malam penuh muhasabah.  Dan Allah juga mengatakan dia akan menguji kita...
 Dan benar2 Kami akan uji kamu dengan satu daripada kelaparan, dan kekurangan daripada harta dan jiwa serta buah2an.  Dan berilah berita gembira kepada mereka yang sabar.

Allah mengatakan , pasti Kami akan benar2 menguji kamu 

Perak !   Perak!   Kau sedar ke tak Perak  ?

Sabda Rasullullah:
Tidak satu bencana atau musibah yang mengena umat Islam samaada sakit atau kedukacitaan yang melanda umat Islam hatta ia tercucuk duri kecuali Allah jadikan itu untuk mengampunkan dosa  dan itu Allah jadikan kafarrah untuk mengampunkan dosa2nya.  Umat Islam kena sedar bukan lah bencana berlaku semata2 tetapi itu adalah kafarrah Allah untuk menghapuskan dosa.  Buruk atau baik,...semuanya baik belaka.

Okey...Tolong dengar...Catatan dah  end di sini.  Tolong dengar betul2 sampai habis.  Sayang kalu dengar hanya separuh2 sahaja.


Rabbku akan menjawab disana nanti.

 Hidup...penuh dgn tipudaya .  Dari A hingga Z.   Mahsyar Allah akan menjawabnya. TQ.  Aku serahkan kepada Rabb yg Maha mengadili.


PMX sahkan Adendum wujud dan diterima


Fikir2kanlah...