Selasa, 7 Januari 2025
Janganlah ganggu Blogku ini..Please...
Assalamualaikum...
Siapa yang cuba sign in ke Blogku ini...Akhirnya dapat juga ya... Sekarang dia dah ganggu Blogku ini...Tolong lah...
Bihoon/mee soup kaki ayam...
"Bihoon soup kaki ayam... Hihi bukan semua orang lalu. (larat, SANGGUP) makan. Aku suka meskipon aku ni senang rasa loya... Ikan besar aku tak makan, ikan sungai(air tawar) aku tak makan... Tapi kaki ayam aku lalu makan. Aripin langsung tak boleh makan... Maznah pon tapi aku pulak boleh... Aku rasa sedap... Bila ada yg kata jadi ubat... Aku makan... Tambahan pulak masa kat Kamunting Pak Cik Kantin buat soup kaki ayam setiap Jumaat... Sedap dan lalu aku makan.
Sesuatu Yang Indah.
Assalamualaikum.
##########################################################################
Sesuatu yang indah, dicaripon tidak akan ketemu kerana sesuatu yang indah itu tersembunyi di dalam setiap diri Si Pencari. Sesuatu yang indah kebenaran sebenarnya.
#########################################################################
Aku terlena sampai mimpi belum habis wiridku..... Rupa2nya daku dapati Kak Hendon pon sama kadang2 macamtu...hihi...
Assalamualaikum.
Dalam wiridku aku terlena...Aku bermimpi...Aku bersama dengan seorang anak buah RISDA ku...Asiah ketika itu, Aku rasakan dia adalah Waminah ...Aku sebut namanya Waminah...sambil mengusap rambutnya. Dia melihatku mengeluarkan air mata. Aku rasa aku rindu padanya mungkin. Aku tersedar...Israq belum...Hari ini Israq 7.40 Syuruq 7. 20 tambah 20 minit lagi ...Ianya pukul 7.40... Selepas Syuruk perlu tunggu 20 minit lagi tak boleh solat lagi (kerana pada masa itu syaitan menyembah matahari) Mana aku dengar ni...semua dari ustaz2 jugak. Moga betul hadith ni...Nanti aku kena check balik...
Rabbku aku merindu Waminah berkulit gelap dia tapi aku sayang mereka semua . Aku tak pernah jumpa lagi setelah Hijrahku Ke KL melainkan Sabariah dan siapa lagi seorang yang datang semasa hari perkahwinanku dulu. Entahlah bagaimana Sabariah tahu majlis aku itu...OOO mungkin kakak yg beritahu dan jemput dia syukur... Rabbku aku teringat mereka. Aku didik mereka dengan sedikit sahaja ilmu agama yg aku ada pada masa itu. Tapi aku telah belajar Aku baru 20 + tahun ketika tu. Aku hanya attend kelas Pak Cik Muhammad setiap minggu di Masjid Lama Lenggong. Mak paksa kami pi Masjid setiap minggu.
Ada satu hari tu...Mak tak ada sama masa tu...Pak Cik Muhammad ( Ustaz yang sangat baik dan berhemah tinggi) tunjuk jari padaku... Tah !!!!...Itu bukan ke anak Kak?...Dia bertanya kepada Ustazah Masitah...Ustazah Masitah masa itu buat Ceramah Praktikal dengan Pak Cik tentang Solat...Ya Rabb aku teringat kembali. Pak Cik lihat aku....Raut wajahku macam raut wajah Mak...Mak Long Tah kata ...Ya ...Itu anak Kak...Masa tu Mak Long Tah, tak tahu pon namaku...Cuma tahu aku anak Cikgu Aminah. Rupa2nya ...aku akhirnya menjadi kawan Mak Long Tah mengajar sama dengannya di Sekolah Kebangsaan Lenggong...Rabbku rindunya aku pada Mak Long Tah...Ustazah Masitah..Kawan baik Mak. Moga Arwah Mak , Arwah Mak Long Tah dan Arwah Pak Cik Muhammad di sana di dalam Pelukan Rahmat Allah Azzawajalla. Aamiin.
Rindu membuat aku tersenyum...wirid belum habis......lagi 5 minit sampai waktu Israq...
Isnin, 6 Januari 2025
Apa. Khabar..
-
Sangat sangat suka daku lagumu ini J Mizan.... Aku ada cerita di sebalik lagu ini...Nanti aku ceritakan...
-
Assalamualaikum sahabatku, Ini adalah amanahku buat sahabat sampaikan kepada YB Air Kuning yang baru di lantik . YB jangan lah lagi tutu...
-
Bila sebut pasal anak Yatim . Pada mereka ada rahmat. Bantulah anak Yatim agar kita mendapat rahmat Allah. Nabi pernah menunjukkan dua ja...