Khamis, 7 Mac 2024

Tempura kreatif cara kita...

Tempura cara baru.  Bila nak makan juga tempura tetapi bahan asas utama(telor) tak ada, makanya kenalah cari jalan  bagaimana nak buat agar terhasil tempura.
Pikir punya pikir dapat idea, tepong letak susu dan sedikit santan dan bancuh....Alhamdulillah jadi. Celup dengan sayur dan goreng.  Hari ini sayurnya adalah brokoli,lobak merah, cendawan jari,dan bendi.  Sedap macam biasa.
Setelah terhasil maka hantar gambar ini kepada Cik Gu tempura saya, Puan Kham Siah Hindon yang dok Jepun 4 Tahun yang sangat2 mahir buat tempura tu...Macam mana?
Apa komen kak Hindon...hihi...


Lihat...Apa komen Kak Hindon tentang Tempura ini.  Rupa2nya Kak Hindon jugak dah reka cara baru without telor..tempuranya.  Lihat..
Guna tepong gandum sama sukatan tepong jagung bubuh minyak sikit, bancuh dengan air di celup sayur dan di goreng, hasilnya rangup dan sedap jugak...
Hihi...Sedap nampak masakan hang...
InsyaaAllah...sedap
Ku pikir2, betul jugak sebab bila diletakkan minyak maka akan menjadi rangup bila celupan sayur itu di goreng...Pandai kakakku reka.
Kelas gitu...hihi...

Seterusnya hantar pada  adik iparku Habibah@Fancy Yassin...yang expert masakan2 Siam.  Hebat Bah ni sebab masakan Siam apa yg dia tak tahu....hihi Semua tahu masak...
"Wow sedapnya...Itu komen Bah...Siap dengan rindu masakan mak cik...
Ha ha bila pulak boleh main masak2 kat Lenggong tu...Daku pon Rindu masakan adik Iparku.  Paling sedap Laksa Siam Bah...Rendang Siam Bah, Phat Phit Bah, Som Tam Bah dan Paprit Bah...sedapnya...Tu bila Abg Halid dah pergi...tak ada dah yang request Bah buat Nasi Ulam dah.....Sedehnya....








 

Kanak-Kanak Tanpa Kewarganegaraan, Pulangan Mencarum KWSP VS Pencen, Tay...

SS Dato Dr Asri-Shalat Tarawih bagi Wanita Lebih Baik di Masjid atau Di ...

"Nak Cium Hajar Aswad? Dengar Ni Dulu" - Ustaz Dato' Badli Shah Alauddin

#719 Nak Buat Content di Mekah, Sampai Biar Sesak Lelaki dan Wanita Cium...

#722-Penjual Ketam Hina Raja Sudah Ditangkap, Tahniah PDRM !

06-03-2024 Prof Dr MAZA | Prof Dr Rozaimi | Rizal Azizan | Mohd Nazim: F...

Bacalah buku ulamak2 salaf ...bila menghadapi Pentadbir... Moga dapat menilai dengan sebaiknya .
Rebut peluang untuk beribadah dlm bulan Ramadhan nanti...

Dara pingitan...


 

Moga pokokku bernafas lagi Yaa Rabb.


 Ya Rabb...Aku rindu sangat2 untuk kesitu...Di situ pokok2ku bernafas.
  Moga mereka masih hidup ya Rabb. 
InsyaaAllah

Persediaan Ramadan

Yaa Rabb... Cantik sungguh alam ciptaanMu


 

Konsep Redha...

 



Redha dengan qada’ merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (malapetaka). Di dalam hadis yang diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t iaitu mereka memuji Allah s.w.t (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan yang senang.


Diberitakan Rasulullah s.a.w apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata: “ Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-NYA menjadi sempurnalah kebaikan”. Dan apabila mendatangkan perkara yang tidak menyenangkan, Baginda mengucapkan: “Segala puji bagi Allah atas segala perkara”.

Redha terhadap ketentuan Ilahi


Yaa Rabb, Aku kena kuat...


Sifat Redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t. Pengetian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Redha terhadap Allah s.w.t. terbahagi kepada dua iaitu:

1. Redha menerima peraturan (hukum) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
2. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

1. Redha menerima hukum Allah s.w.t.

Redha menerima hukum-hukum Allas s.w.t. adalah merupakan manifastasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan takwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Mereka tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t dan Rasul-NYA adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-NYA. Pada dasarnya segala perintah Allah s.w.t baik yang wajib mahupun yang sunat, hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t hendaklah dijauhi dengan lapang dada.

2. Redha dengan Qada’

Redha dengan qada’ merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (malapetaka). Di dalam hadis yang diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t iaitu mereka memuji Allah s.w.t (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan yang senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata: “ Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-NYA menjadi sempurnalah kebaikan”. Dan apabila mendatangkan perkara yang tidak menyenangkan, Baginda mengucapkan: “Segala puji bagi Allah atas segala perkara”.

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada 2 pengertian:

PERTAMA: Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi diri-NYA kerana DIAlah sebaik-baik Pencipta. Dialah yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

KEDUA: Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t itulah yang paling baik, dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Aku dan doa yg kupanjatkan kepadaMu Ya Rabb...



 Ya Raab... Aku yakin setiap doaku akan kau makbulkan lambat laun, Yaa Rabb sabarkanlah aku Istiqamahkan lah aku dan Redhokan lah aku akan ketentuanMu Ya Rabb.  Ya Rabb jika Kau tak makbulkan doaku di dunia ini,aku tetap redho kerana pahala di atas doa2 itu menantiku di akhiratku...Ya Raabb.  aku akan bahagia di sana nanti melihat segalanya  hasil dari doa2ku disini yg akan Kau simpan untuk pahalaku di AkhiratMu...Aamiin. Ya Rabbal 'Alamin.