Isnin, 25 September 2023

MIMPI RASULLULLAH S.A.W


                                         



MIMPI RASULLULLAH S.A.W


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW (Petikan dari facebook.com)

selepas baca SILAKAN SHARE…..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Antara Sifat-Sifat Rasulullah s.a.w yang patut di contohi :-

– Paling penyabar
– Tidak sombong
– Tawaduk dan Tenang
– Tidak terganggu dengan urusan dunia
– Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
– Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
– Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
– Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
– Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau – – muhrimnya.
– Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
– Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
– Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
– Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
– Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
– Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
– Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
– Baginda tidak memakan harta sedekah.
– Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
– Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
– Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
– Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
– Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
– Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
– Menyukai kebersihan dan bau-bauan
– Berkenderaan kaldai dan unta
– Mengunjungi orang susah dan sakit
– Memuliakan orang-orang berakhlak
– Pembela golongan lemah dan wanita
– Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
– Suka menasihati dan member tunjuk ajar
– Berbuat baik dengan golongan bangsawan
– Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
– Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
– Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
– Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
– Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
– Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
– Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya


24-09-2023 Ustaz Rizal Azizan : 51 Hadis Sahih Kisah Ghaib & Ajaib


Setiap yg hidup akan mengalami mati...
Kita pergi ke syorga tak mahu balik2...
Semakin dekat dengan destinasi dan semakin dekat destinasiku Yaa Rabb...
Alhamdulillah alhamdulillah dalam syurga kita kekal di dlmnya selama2nya. 
 Kita kekal didalamnya selama lamanya...Sementara saja , tangungan  kita sedih ,duka,sepi, pilu selama ni...hanya sementara sahaja..InsyaAllah kita akan kesana...Aku akan sabar dgn duka ku ini ya Rabb..
Maut itu juga makhlok... Mati itu dah mati, tidak akan ada lagi mati di sana nanti...
Aamiin Ya Rabb...Masukkanlah kami (orang2 yg kami sayang)ke syurgaMu ya Rabb

TANPA BELI PUPUK ‼️ LAHAN TANDUS JADI SUBUR KEMBALI - TEKNIK ZAI AFRIKA ...


Teknik Pertabnian Afrika Kuno..

Membuat lubang2 kecil dan di bongkarkan Perusu (Sarang anai2)n  = di masukkan dalam lubang2 keciklnya  yg diletakkan daunan2 kering , dan tanah yg mempunyai anai2...Anai2 membuat sarang dan terus menebuk lubang kebawah  tanah dan dapat menyimpan air,  di kala hujan...Hebat...Setelah 20 tahun menjadi hutan hijau..."Padang Pasir Tandus berubah Menjadi Hutan Hijau Yg Subur"
MaasyaaAllah....idea bagus...Afrika Kuno...Pahala...akan terus mengalir jika orang lain belajar dari ilmu ini...

Sabtu, 23 September 2023

Small But Powerful Word for opening the closed doors in lives | Mufti Menk

4 perkara yg perlu ada jika ingin berjaya ,kata Imam Malik,


 Imam Malik kata...

Kalau nak berjaya dalam hidup kena ada 4 perkara:

1)   Kenderaan yang tangkas   *

2)   Rumah yg lapang  *

3)   Pakaian yang cantik  *

 4)  Pelita yang menerangi.  *


1)  Kenderaan yg tangkas *    akal. yg tajam

2)  Bukan maksud rumah yg besar  *    tapi kesabaran yang tinggi...

3)  Pakaian yg cantik *   adalah akhlak yg baik termasuk adab

4)   Pelita yang menerangi  *    ilmu yg tinggi...


Kekayaan yg paling besar adalah akal.

Keburukan yg paling buruk adalah orang yg cantik rasa dirinya cantik sebenarnya tak cantik.

Jangan jadi macam ini, lagi tinggi ilmu tapi adab makin kurang.

Sayang mak ayah, kena hormat pada guru.

Result masa bila bagus..."ooo itu anugerah Allah"

Ambil Istilah Islam ini...Istidraj

Istilah dlm Islam "Istidraj". Ujian kejayaan atau kelebihan. Allah boleh memberi, beri dan beri, sehingga insan lupa pemberian itu dalam bentuk ujian Allah.  Jaga2, Berjaya sebagaimanapon ,setinggi mana pon,sehebat manapon, setakat mana pon?,   bila  masuk alam pekerjaan dia akan di tolak.  Penolakan itu atas kerana ujian kelebihan yg Allah beri yg tidak di hargainya dgn kesyukuran.... Kerja disana salah, sini salah sebab tiada adab...Murid Imam Malik yg paling senior belajar 20 tahun ...18 tahun hanya belajar adab sahaja...

Kita pergi mana2 kita bawa nama baik ayah ibu.  Kerana anak yg lepas laku akan di tanya orang "anak siapakah itu" Jaga Nama baik ayah dan ibumu."   Sayang ibu bapa,  sayang guru ,kamu akan berjaya tanpa sikap angkuh dan sombong ..Aamiin!

Bagaimana nak elak diri daripada malas,,,?

Insan , sentiasa  lupa ...malas sebab kita rasa tak ada kepentingan buat kita, di situ berlakulah malas.  Ala.... tiada kepentingan untukku...Aku malaslah...Itu bacaannya...

Wallalhuaqlam...

Jumaat, 22 September 2023

Mulakan harimu dengan Bismillah.


Saat paling nikmat bila dapat mendengar Adzan Subuh dengan jelas...MaasyaaAllah...Tabarakallah...Semua itu rezeki dan HakMu Ya Rabb...


Moga daku sentiasa mendapat nikmatMu Yaa Illahi Rabbi...Kekalkan Pendengaranku Ya Rabb...


Mulakan juga darimu dengan Astaghfirullah dan maafkan semua orang di dunia ini...InsyaaAllah...


Ingat Allah dengan "Laa illahaillallah" , Ingat Rasullullah SAW, dengan menyebut "AllahhummasallialaSaiyidina Muhammad" berselawat atasnya dan sayangi dirimu  sendiri dengan "Astaghfirullah" Memohon keampunan dari Allah...


Malam merangkak pergi dan pagi menjelma lagi...Waktu Ishraq,  diikuti Waktu Dhuha , paling baik saat anak unta bangun kerana kepanasan cahaya mentari pagi, grabb waktu ini  "Waktu Afdhal" paling baik bagimu.  Kita yang selalu lalai..Bila membuat kerja luar kita buat siap2 menjadikan kita lalai waktu afdhal ini...Rugi sangat, moga Allah rezkikan kita waktu Afdhal ini...Doa terus ...


Di sini letaknya Ulang berulang... 

KENAPA 7 YG BERULANG...?
7 YG BERULANG DAN ALQURAN YG AGUNG...
KENAPA PERLU DI ULANG2..".MASAANI" DLM HIDUP BERLAKU BERULANG2...
CONTOH MATAHARI TERBIT DAN TERBENAM...BERULANG2...MASAANI ...BUKAN SEKADAR BERULANG2?...IANYA BERULANG2 UNTUK MELENGKAPKAN KELEMAHAN...BERULANG TERBIT...BERULANG TERBENAM....
ORG BERIMAN TAK BOSAN PADA APA YG BERULANG...SESEORANG YG MERENUNG APA YG BERULANG...YG ADA MATA HATI TIDAK BOSAN KERANA DIA AKAN BERJUMPA KEAJAIBAN....KITA MENGAGUMI  MATAHARI BILA KITA MENCARI ULANG2 YG PENUH MAKNA....ALLAH DIDIK KITA CUBA HARGAI DGN ILMU'  7 YG BERULANG...JANTUNG BERDEGUP...BERULANG2...DARAH MENGALIR BERULANG2' DAN LAIN2.
 

Zikir pagi dan petang...




Buku Zikir bersaiz poket ini merupakan buku "Zikir Pagi dan Petang "yang mudah dibawa kemana2 untuk diamalkan bila2 masa termasuk zikir dan wirid yang lazim dilakukan selepas solat fardhu lima waktu.

 Buku yang terbahagi kepada 3 bahagian ini terdiri daripada  1) Zikir dari Al Quran 2) Zikir daripada Sunnah Rasullullah SAW dan  3)  Zikir selepas solat..
Kalau anda mengamalkan dalam masa 15 hingga 20 minit setiap hari dalam masa paling lama 3 bulan anda akan dapat menghafalnya  dan menguasai zikir ini dan anda tidak perlu lagi menggunakan buku zikir ini  dan anda dapat berzikir dengah mudah dalam ertikata sebenar.  InsyaAllah.
Buku Zikir ini telah di susun oleh Ustaz Dr . Abdul Basit Haji Abd Rahman Mudir Pondok Sungai Durian , Keluaran Telaga Biru

Sebelum ini kita biasa menggunakan buku Zikir "Al Ma'Thurat Wirid dan Doa Rasullullah" kecil keluaran Telaga biru juga  Yang di susun Oleh
Hassan Al Banna...dahulu pernah Ustaz Harun Din Al Hafiz minta ibu2 dan Bapa2 bekalkan untuk anak2 yang akan keluar Negeri...  makanya  kita tukar kepada buku kecil Wirid Pai dgan Petang " Yg di susun oleh Dr. Abdul Basit Haji Abdul Rahman  yang mana telah disemak kesohehan hadithnya...Wallahhuaqlam...Moga manfaat.



Rujuk Ceramah Ustaz Moin bila di tanya.pasal ni... Saya akan semak balik...

Selamat sejahtera di pagi Jumaat yang penuh baroqah.

 



Assalamualaikum ,

Salam Jumaat yang penuh baraqah.

Ada hadith meriwayatkan,....

Barang siapa menziarah kubur ibu bapnya yg telah meninggal dunia, Allah ampunkan dosanya seperti

 hari ia dilahirkan... Dan ada hadith meriwayatkan pula , barangsiapa yang ziarah kubur ibubapa nya

 pada hari Jumaat Allah beri pahala mengerjakan haji di Mekah.

Aamiin


Rabu, 20 September 2023

Tadabbur: Membina Jiwa Dengan Surah Al-Fatihah | Ustaz Syaari Abdul Rahman



1. KENAPA SURAH INI DINAMAKAN SURAH AL FATIHAH?

2) KENAPA ALLAH BAGI GELARAN SABAIN AL MASANI "7 YG BERULANG2

3) APAKAH ...(       ?      ) DENGAR SEMULA...

1) MENGAPA SURAH INI DINAMAKAN SEBAGAI SURAH AL FATIHAH.
    BACAAN SURAH FATIHAH"  
    INILAH 7 AYAT, SURAH FATIHAH BILA KITA BACA DLM SOLAT

PARA ULAMAK MEMNAFSIR TENTANG SURAH INI IALAH SURAH INI MENGAJAR KITA FATIHATUL KITAB,  BILA KITA BACA KITA KENA BUKA DENGAN PEMBUKA FIKIRAN...
KERANA ANDA AKAN DAPAT MANFAAT DPD AL QURAN APABILA ANDA BACA AL QURAN DGN MEMBUKA MINDA...DENGAN MENGAJUKAN SOALAN2...KERANA INI LAH PERSIOALAN YG DI BUKA OLEH SURAH INI......MEMBUKA  PERSOALAN.

KALAU TIADA PERSOALAN DLM SATU2 PROGRAM, DAPATKAH MENENTUKAN OBJEKTIF PROGRAM?  TIADA PERSOALAN MENJADIKAN KITA TIADA  TUJUAN...BILA KITA MENCARI SUATU PERSOALAN MENJADIKAN KITA TERUJA  INGIN TAHU DAN MENDAPAT JAWAPAN DIAKHIRNYA.


MENYERTAI PROGRAM YG AKAN MENDAPAT JAWAPAN ADALAH MENIKMATI KEPUASAN DPD PROGRAM TERSEBUT. BEGITU JUGA ALQURAN , JIKA KITA MENEMUI JAWAPAN MAKA IANYA MENJADIKAN KITA PUAS DAN MENDAPAT MANFAAT ALQURAN,,,AL QURAN MULAI DGN MEMBUKA HINGGA SEUSAI SEGALA PERSOALKAN.

KITA MEMULAKAN SUBUH DGN SURAH FATIHAH...KITA MULA KAN DGN PEMBUKA SURAH FATIHAH...

4 PERSOALAN SURAH ALFATIHAN
DPD MANA AKU?
.KEMANA AKU HENDAK PERGI.?
APA PATUT AKU BUAT..
BAGAIMANA UNTUK SELAMAT SAMPAI KESANA?
DPD MANA SAYA DTG?

SESUNGGUHNYA SAYA DTG DPD ALLAH DGN PENUH KASIH SAYANG...
ALHAMDULILLAH HIRABBILA LAMIN ,....SEGALA PUJI BAGI ALLAH...SEGALA YG LAHIR ADALAH KESYUKURAN DAN ALLAH BERI CIPTAANNYA  DENGAN PENUH KASIH SAYANG...WALAU TAK MAMPU MELIHATNYA KITA DPT MENDEGAR DGN TELINGA AYAT AYAT ALLAH...KITA ADA PENGLIHATAN...DAPAT MELIHAT KEJADIAN ALAM ,MENJADIKAN  KITA RASA ADA KUASA  ASING  MENCABAR DAN KITA MEMBUAT KAJIAN.... DAN ENGKAU AKAN MENGETAHUI, PENTADBIRAN ALLAH YG HEBAT FUNGSINYA...LIHAT DAN KAJI WAHAI MANUSIA...MULAKAN DGN PERSOALAN...AKU DTG DGN MEMUJI TUHAN DGN MAIDA  KESYUKURAN.  SET MINDA KITA "..MAASYAALAH..".    JGN RASA KEHILAGAN...TAPI KESYUKURAN...AKU DPT KESIHATAN    SYUKUR ....
KEDUA...KEMANA NAK PERGI DGN NIKMAT INI...TUHAN ANUGERAN BUKAN SAJA2...KITA AKAN MENRENTAS SATU MASA  NANTI KE ALAM AKHIRAT....ALAM YANG WAJIB KITA KENA RENTAS NANTI...ALAM AKHIRAT...APA MATLAMAT HIDUP KITA ..MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK KE ALAM KUBUR...APA SAYA BUAT DGN TUGAS SAYA...ITU BEKALAN UNTUK SAYA KE SANA.

APABILA SAYA TAHU DESTINASI SAYA ...BEKALAN PERTAMA MENJADI HAMBA...LAKUKAN KETAATAN  KPD  ALLAH...KITA AKAN MEMINTA PERTOLONGAN ALLAH ,  CARA UNTUK SELAMAT SAMPAI.    RAMAI TAHU...TAPI PERSOALAN TAHU ADALAH PERSOALAN HATI....FAHAMKAH KITA UNTUK MENJADI ISTIQAMAH? SOLAT KHUSYUK?    MAHU INI SEMUA  MESTI KITA KENA TAHU CERITA ORG DAHULU2...
 PESAKIT BOLEH PULIH DGN INSPIRASI ORG LAIN YG TLH PULIH...

CERITA MASA LAMPAU... ORANG YG PERNAH MNENITI SESUATU DAN SAMPAI KE DESTINASI....

ALLAH NAK KITA BUKA QURAN, UNTUK MENCARI JAWAPAN DGN PERSOALAN...UNTUK MENDAPAT JAWAPAN....MESTI ADA PERSOALAN KEPADA JAWAPAN.
17 KALI  SEHARI KITA  MINTA BANTUAN....KENAPA SEKEJAP2  KITA MINTA PANDUAN....SBB ITU LAH SURAH FATIHAH  DGN KERENDAHAN HATI KITA KEPADA ALLAH TANPA PERASAAN SOMBONG .  BAGAIMANA  QURAN BERI JAWAPAN.    KITA TIADA GUNA WAVE MASA SOLAT...WAVE BERI PETUNJUK JLN ,TAPI ORG YG PERLU PETUNJUK...BUKA QURAN...BUKA QURAN TAHU WAVE UNTUK SAMPAI KE DESTINASI...ALLAH AJAR KAMU JUNIOR DLM BIDANG QURAN...RENDAHKAN HATIMU DLM  AL QURAN...CARI PETUNJUK DPD ORG YG  MENGETAHUI...

ADA 20 NAMA PADA SURAH FATIHAH?
BANYAK NAMA ITU MENUNJUKKAN KESYUKURAN,KEHEBATAN...
BANYAK GELARAN MENUNJUKKAN DARIPADA BERBAGAI SUDUT PANDANG ...

KENAPA 7 YG BERULANG...?
7 YG BERULANG DAN ALQURAN YG AGUNG...
KENAPA PERLU DI ULANG2..".MASAANI" DLM HIDUP BERLAKU BERULANG2...
CONTOH MATAHARI TERBIT DAN TERBENAM...BERULANG2...MASAANI ...BUKAN SEKADAR BERULANG2?...IANYA BERULANG2 UNTUK MELENGKAPKAN KELEMAHAN...BERULANG TERBIT...BERULANG TERBENAM....
ORG BERIMAN TAK BOSAN PADA APA YG BERULANG...SESEORANG YG MERENUNG APA YG BERULANG...YG ADA MATAHATI TIDAK BOSAN KERANA DIA AKAN BERJUMPA KEAJAIBAN....KITA MENGAUMI MATAHARI BILA KITA MENCARI ULANG2 YG PENUH MAKNA... CONTOH HARIAN DGN KITA ...'DIA BUKAN SEKADAR ISTERI...TAPI DIA ADALAH PELENGKAP...KITA LUPA SEBAB HARI2 KITA MENGADAP...ALLAH DIDIK KITA CUBA HARGAI DGN ILMU'  7 YG BERULANG...JANTUNG BERDEGUP...BERULANG2...DARAH MENGALIR BERULANG2' DAN LAIN2.

APAKAH ADAT BERDOA YG BOLEH KITA PELJARI DGN SURAH INI
NAMA FATIHAH KERANA ALLAH NAK KITA BUKA PINTI HATI KITA KITA UNTUK BERDOA...JGN LALAI...ALLAH DIDIK DGN SURAH INI  BAGAIMANA MENJADI MUSTAJAP...ALLAH BUKA KEMUSTAJABAN...BILA HAMBAKU BERDOA ....DIA KENA BUKA PINTU HATINYA DAHULU...MEMINTA ...BERNADA PERMINTAAN...MEMUJI2  ALLAH TERLEBIH DAHULU...PERSOALANNYA.....

ADAKAH HAK TUHAN TLH KITA PENUHI??????...HAK ALLAH UNTUK MEMUJI2....ALLAH SENTIASA SEMPURNA DLM SETIAP RANCANCAN NYA...YA 
ALLAH ....MULAKAN DOA UNSUR MEMUJI...KITA LIHAT APA YG MENIMPA KITA DGN POSITIF....INSYAALLAH...

NABI  AYYUB  MEMINTA DOA DGN MEMUJI2 ALLLAH TERLEBIH DAHULU...AYYUB MEMUJI ALLAH KERANA DGN SAKIT DIA MENGINGATI  ALLLAH, DGN SAKIT DIA MEMUJI ALLAH,,,, NABI YAAKUB KEHILANGAN ANAK...BAGINDA MEMUJI ALLAH  'ENGKAU TELAH KURNIAKAN KASIH SAYANG DENGAN CARA YG SANGAT ANEH"   KEHILANGAN ANAK...AKU NAK JAGA ANAK ANAK AKU TAPI  ALLLAH JAGA LEBIH BAIK DARIKU... NABI YAAKUB AKHIRNYA DI TEMUKAN DGN ANAK2NYA..NABI AYUB PULIH DARI SAKITNYA...

WALLAH HUAQLAM!


 ASSALAMUALAIKUM...PADA SETIAP VIDEO CERAMAH USTAZ DAN YANG ADA CATATAN DI BAWAH TU, BELUM SAYA EDIT...TOLONG DENGAR CERAMAH USTAZ.   

(CATATAN BAWAH TU  ADALAH NOTA UNTUK SAYA ULANG  DENGAR KEMBALI DAN EDIT...MAAF YA....)


TOLONG DENGAR CERAMAH USTAZ..NOTA BAWAH TU SAYA NAK EDIT...UNTUK SAYA DENGAR KEMBALI, CERAMAH TU...


Saya sebut ayat anda bagi makna
Bismillah hirrahmaanirrahim
Wadhuha...Demi waktu Dhuda, Setelah solat subuh  tunggu solat Israq. Baru dapat pahala Haji dan Umrah
Satu lagi kelebihan set
Siapa solat Dhuha 4 rakaat Allah janji akan selesailah urusan ..
Nikmatnya dapat rehat tidur...Rehat...Ni
Nikmat lebih besar...Solat tahajjud...Nabi solat 2/3 mlm...waktu sunyi semua org tidur...
Nik cakap dengan kekasih dlm waktu sunyi...
Tuhan tidak meninggalkan kan kamu ...(Wahyu tidak turun) 
Hiburan paling besar adalah Al Quran...
Sesungguhnya Akhir itu lebih baik bagi engkau...
Lebih baik mati masa solat...Sentiasa solat meskipon sakit.
bila sakit tak solat maknanya tak ikhlas...

Jagalah solat sepanjang kita hidup...
Al hakkah...
surah ke 69...
summajahim sallu...innahu kanayukminu billa...
wala yahudhdhuala taamil miskin...
penyebab masuk neraka...tidak beri makan pada orang miskin...
orang miskin ramai...cari org2 miskin  di kampong2...pelancungan ke beijing...turki...
tisda org miskin...sebok kayakan diri sendiri...jika jumpa si miskin habis duit...abu bakar habis duitnya bagi org miskin...sebenarnya kita perlukan duit untuk beri makanan kepada org miskin untuk pahala di akhirat...
Assaail...orang yg meminta....meminta.  jgn engkau herdik...jgn tak bagi ilmu yg di minta...
Tak senyum pon tak bagi...maka duit lagi dia kedekut...
dan adapon...Waamma...adapon...ba...maknana..dgn...Bismillah...dgn nama Allah...Nikmat...sihat rezeki sedap makan ...Nikmat Tuhan Engkau....Bila dapat nikmat Tuhan Engkau...Kenapa kedekut sbb dia rasa dia dia punya...Allah janji satu Allah ganti 700....abu Bakar ...dermawan Islam...
Syaitan tipu kita...tak bagi ...tahu tak..org tu penipu ketak...Walaupon tipu...tetap dapat pahala...
Maka   fahaddis......(sebut...cakap..)   adapon nikmat tuhan Engkau..
.syukur dgn hati   bila kita kaya kita kata kekayaan ku dari Allah...
Syukur dgn lidah   Alhamdulillah...ini anugerah Allah...bukan usaha aku (Jgn sandar kpd kita)
Syukur dgn perbuatan...Bersedekah dgn memberi...semua gubna nikmat yg allah beri kita guna dgn yg betul...Masuk waktu solat kita gi...iyu syukur...Ngumpat kufur nikmat...Telepon main game...kufur nikmat...Huraikan...Fitrah....Sbb nafsu ...tak boleh kalahkan nafsu....Jika kita tahu dia menipu...jgn bagi...Rahsuah...jgn kamu bekerjasama dlm perkara dosa....
Belajar nak cari kebenaran...Pandu kita membuat kebaikan...Rahmatan lillalamin...Tak kira orang kafir pon boleh bantu...mualaf...nak di jinakkan...supaya dgn zakat boleh di jinakkan...mualaf...Kita fikir bagaimana nak Islamkan dia...
Uhibbukumfillah...Saya cinta anda semua kerana Allah.....

Selasa, 19 September 2023

PERCUBAAN 1, 2 ,3



Tq anis...
CUBA JAYA...HIHI




20 years ago!


Gambar baru  dan lama....



Cucu ku dan keponakanku...



Rumah kami kenangan ,kami dibesarkan..


Tq anakandaku...



Tq again...


Baby merenung jauh....




Tinggal kenangan...Nak lupakan guru macam mak kata..... Mak ikat guru tu  di kaki meja sekolah bila mak pencen...mak, sangat humble...


Hill View, Jalan Pechah Batu...


On the way to "Tobu World Square"


Memang cantik View ni...20 tahun lalu....













Cara menangani marah menurut Imam Ghazali

 

Imam Ghazali dan cara menangani marah


Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.

PUNCA kenapa timbul MARAH

sakit hati
rasa dianiayai
benci
dendam
tidak puas hati
rasa tidak patut diperlakukan sebegitu
dizalimi
dihina
dicaci
difitnah
ditipu

bagaimana utk menghilangkan RASA-RASA pnyebab MARAH

sabar
redha
memaafkan
melupakan kesalahan orang kepada kita
mendoakan kesejahteraan org yg menyebabkan kita marah

Rawatan segera

1. Jika marahnya dalam keadaan berjalan/mundar-mandir, suruh duduk. (sambil baca Auzubillah himinashsyaitan nirrajim)
2. Jika dia marah dalam keadaan berdiri, suruh duduk (sambil baca Auzubillah himinashsyaitan nirrajim)
3. Kalau dia marah dalam keadaan duduk, suruh dia berbaring. (sambil baca Auzubillah himinashsyaitan nirrajim)
4. Berikan segelas air yang siap dibaca bismillah 5
5. Bila agak surut, suruh berwuduk

Cara untuk menyembuhkan penyakit marah pada diri sendiri:

1. Berdoa kepada Allah "Azza wa Jalla yang membimbing dan menunjuki hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus dan menghilangkan sifat-sifat jelek dan hina dari diri mereka.

2. Terus menerus berzikir pada Allah seperti membaca Al-Qur'an, bertasbih, bertahlil dan istighfar karena Allah telah menjelaskna bahwa hati manusia akan tenang dan tentram dengan mengingatn-Nya. Dia berfirman :

"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd : 28).

3. Mengingat nas-nas yang menganjurkan untuk menahan amarah dan balasan bagi orang yang mampu menahan amarahnya, seperti sabda Nabi:
"Barangsiapa yang menahan amarahnya sedangkan ia sanggup untuk melampiaskannya, (kelak di hari kiamat) Allah akan memanggilnya dihadapan para makhluk-Nya hingga menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari syurga, dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemauannya." (HR. Tirmidzi, ibnu Majah dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani, lihat Shahihul jami' No.6398).

4. Merubah posisi ketika marah, seperti jika ia marah dalam keadaan berdiri maka hendaknya ia duduk, dan jikalau ia duduk hendaklah ia berbaring, sebagaimana perintah Rasulullah dalam sabda beliau :

"Apabila salah seorang diantara kalian marah sedangkan ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kalau telah reda/hilang marahnya (maka cukup dengan duduk saja), dan jika belum hendaklah berbaring." (Al-Misykat 5114).

5. Rasulullah bersabda bermaksud:

"Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

6. Rasulullah bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)

Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Firman Allah dalam surah Al-Imran:134

orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Apa. Khabar..