Terima kasih kerana jumpakan daku kembali artikel ini, dan daku dapat buat sedikit pembetulan pada teks dan komen2 ku yang tak sedap didengar. Maafkan sahabtmu ini dan marilah kita jadi orang yg sentiasa memaafkan dan tidak berdendam kerana Allah. Aamiin
"Inni uhibbukum fillah"
Sabtu, 1 Jun 2024
Ketam Tumis Bersos Cili,
Sabtu, 1 Jun 2024
Ketam Tumis Bersos Cili,
Ini Tumis Ketam Bersos cili. Sedap biasanya kita buat makan untuk di ratah sahaja.
Tapi hari ni kami makan dengan nasi..Sedap sangat.
Rupa2nya anakku pergi beli 2 ekor ketam besar juga dan isinya penuh. Balik bawa cukup dengan bahan gandingan lain nak buat daku suka kerana hari jadiku ke 66. Aku dah tua. Terkadang2 aku tersilap juga. Ampunkan aku Ya Rabb.
Ini ketam masak tumis cili bersayurkan lobak merah, dan brokoli , perlu ada daun bawang dan gdaun sup. Tomato buah ,tomato sos, cili sos, serta garam dan aji no moto.
Tumiskan bawang putih dan bawang merah serta halis yan di hiris halus...Tumis dengan minyak dan masukkan sos cili, sos tomato agak masak masukkan lobak merah yg di rencis halus . Masukkan brokoli dan tomato buah. Setelah itu masukkan ketam. akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup separuh dpdnya dan separuh lagi tu,,,Tabur atas bila hendak di hidangkjan.
Sedapnya. Bila makan daku suka daun salad tu. Sedap sangat bila dia layu untuk di jamah dgn Isi ketam.
Sedapnya ..Tq anakku sayang. Hari ni mak banyak dapat ucapan dari kawan2 mak, murid2 mak.dan kenalan2 mak...Terima kasih dan Syukur Rabbku. .Ya Rabb Allah meskipon daku selalu berbuat silap dan salah Engkau tetap memberi daku rezeki yang melimpah ruah. Ampunilah daku Rabbku.
"Ya Rabb aku bersyukur padaMu kerana memberi aku minum air tawar yang tak masin pahit kerana dosa2ku."




