Update 8/1/26 Bersamaan 18 Rejab 1447,Bangi
NILAI DUNIA LEBIH MURAH DARI SAYAP NYAMUK
Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ bersabda:
"إنَّ الدُّنيا حُلوةٌ خَضِرة، وإنَّ اللهَ مُستَخلِفُكم فيها، فينظرُ كيف تعملون، فاتَّقوا الدُّنيا، واتَّقوا النِّساءَ، فإنَّ أوَّلَ فِتنةِ بني إسرائيلَ كانت في النِّساءِ."
"Sesungguhnya dunia itu manis dan menghijau (menarik dan menggoda). Dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah di dalamnya, lalu Dia akan melihat apa yang kamu lakukan. Maka takutlah (jagalah diri dari fitnah) dunia, dan takutlah terhadap (fitnah) wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa Bani Israel adalah disebabkan wanita."
Apa pengajaran utama hadis ni?
Nabi suruh takut pada dunia sebab dunia ni sifat utamanya menipu daya.
Bagaimana dunia menipu?
Dengan dua cara.
Satu, manis (حُلوةٌ).
Yang kedua, cantik menarik (خَضِرة).
Dunia ni sedap dan seronok. Kita melancong pusing dunia sebab sedap makan dan seronok tengok pemandangan.
Betul tak?
Okey, orang tanya,
"Kalau kita takut pada dunia, adakah kita tak perlu kejar dan cari dunia?"
Sekarang kalau kita tengok yang paling kaya, yang paling mewah, siapa?
Orang kafir. Betul tak?
Kemudian tengok pula orang islam.
Hidup sederhana dan paling ramai miskin.
Bahkan kebanyakan negara yang miskin tu negara orang Islam.
Jadi bila orang islam fikir,
Kenapa aku miskin?
Kenapa orang kafir yang lawan Tuhan kaya pula? Kenapa Allah bagi rezeki mudah pada musuhnya?
Kita nak jawab apa?
Kadang-kadang orang kafir tu kerja duduk kat rumah je tapi kaya gila.
Betul tak?
Kalau kita kata istidraj, nanti dia jawab balik,
"Habis Nabi Sulaiman tu istidraj ke?"
Tak pula. Jadi, macam mana?
Bila orang miskin tengok orang lain kaya, tambah-tambah orang kafir, hati dia sedih tak?
Sedih lah!
Jadi, macam mana nak rawat hatinya yang sedih tu sebab dia tak kaya macam orang kafir?
Rasulullah ﷺ bersabda dalam satu hadis:
لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِندَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ، مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ.
"Sekiranya dunia ini ada nilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum walaupun seteguk air kepada orang kafir daripadanya."
Riwayat al-Tirmizi, Hadis no. 2320 — hadis hasan sahih.
Sayap nyamuk ni, siapa nak saya bagi sayap nyamuk percuma satu lori?
Tak ada siapa nak kan, sebab tak ada nilai.
Jadi kalau dunia ni semua sekali – bukan dunia Malaysia je, bukan dunia zaman kita sekarang je tapi semua sekali daripada mula dunia di cipta sampai akhir – sama nilainya dengan satu sayap nyamuk...
Katalah, sayap nyamuk ni harganya RM1.
Dunia pun RM1 juga.
Maka apa akan berlaku?
Allah tak akan bagi minum orang kafir minum walaupun seteguk air.
Jangan nak hidup mewah,
jangan nak bungalow besar,
jangan nak kereta mewah – seteguk air pun Allah tak akan bagi minum.
Bila tu?
Kalau dunia ni ada nilai sama nilai dengan satu sayap nyamuk.
Tapi sekarang Allah bagi orang kafir kaya dan hidup mewah sebab apa?
Sebab Allah bagi kepada musuh-Nya barang yang tak ada nilai.
Habis yang ada nilai apa dia?
Akhirat.
Kenapa ada nilai?
Sebab dia kekal selama-lamanya.
Sebab dia muda selama-lamanya.
Sebab dia tak mati selama-lamanya.
Sebab dia tak sakit selama-lamanya.
Sebab dia tak perlu bekerja selama-lamanya.
Itulah nilai sebenar akhirat yang Allah sediakan untuk orang yang beriman.
Jadi bila orang beriman tahu nilal dunia hanya sekadar sayap nyamuk ataupun lebih murah daripada sayap nyamuk, maka dia tak akan sedih bila orang lain kaya kerana itu hanyalah sekejap saja dan akhirat yang kekal abadi sedang menantinya.
Faham tak? Maka dia tak akan sedih.
"Kenapa aku nak sedih? Yang aku nak ialah barang yang bernilai yang kekal untuk selamanya."
Tapi bukan bermakna kita tak perlu cari dunia.
Cari dunia tapi jangan jadikan dunia sebagai matlamat.
Sebab dia lebih murah dari sayap nyamuk. Sebaliknya cari dunia untuk membeli yang bernilai di akhirat.
Jangan pula dah dapat sayap nyamuk,
lepas tu terbang ke neraka.
Boleh faham?
Dalam hadis ni Allah tak kata dua sayap, Allah tak kata tiga sayap nyamuk tapi satu sayap nyamuk je.
Kalau ada nilai, Allah tidak akan beri minum kepada orang kafir itu, walaupun seteguk air. Apatah lagi teh tarik.
Tapi sekarang semua boleh sebab apa?
Sebab dunia tak ada nilai.
Tengok apa Allah bagi pada Bani Israel.
Bila dia sesat 40 tahun di padang pasir, Allah bagi makanan apa?
Manna (manisan) dan salwa (burung).
Istimewa tak?
Istimewa.
Bangun pagi dapat manisan.
Petang pula dapat burung tanpa usaha dan penat.
Nabi pernah tak gali parit, ketika peperangan Khandak – lapar sampai Nabi ikat perut.
Pernah tak?
Nabi dengan Bani Israel siapa lebih mulia?
Nabi.
Tapi kenapa Allah bagi Bani Israel makanan istimewa – manna dan salwa – sedangkan mereka tak beriman?
Nabi yang beriman dan gali parit untuk pertahankan agama, lapar, tapi Allah tak turunkan manna dan salwa pada Nabi masa itu.
Kenapa?
Nabi kan orang yang paling Allah sayang – kekasih Allah?
Jawapannya, cara Allah sayang pada hamba yang dia sayang, tak sama dengan manusia sayang pada manusia.
Kalau Allah sayang pada hamba Dia. Allah bagi susah.
Kenapa?
Sebab dengan susah itulah darjat dia naik.
Dia reda, dia sabar, dia dapat pahala sabar dan dapat darjah tertinggi iaitu reda Allah.
Tapi kalau Allah bagi dunia macam Bani Israel, dia bersyukur tak?
Tak.
Lepas dapat manna dan salwa dia minta apa?
Bawang, timun. Kan?
Kenapa?
Manna – manisan.
Kemudian salwa pula burung.
Tak payah bekerja.
Datang depan rumah.
Tiba-tiba dia minta bawang putih, bawang merah, sayur – yang kena tanam, kena tunggu tumbuh, kena siram, kena jaga.
Yang Allah nak bagi, free!
Kenapa dia minta benda yang lagi teruk?
Logiknya, kita bila dapat makanan yang teruk kita akan minta yang lagi bagus.
Tapi sekarang makanan dah bagus, minta pula yang kurang bagus.
Dah dapat yang sedap, minta pula makanan yang tak sedap.
Kenapa?
Kata ulama, pengajarannya, bila matlamat Bani Israel ni nak makan, sedap macam mana sekali pun sampai suatu masa, dia boring, dia nak tukar yang lain.
Tak sedap pun tak apa tapi rasa berbeza.
Bila tu?
Bila matlamat hidupnya nak makan sahaja.
Tapi Nabi Muhammad ﷺ, makan kurma tiga bulan pun, ok.
Minum air kosong tiga bulan, ok.
Sebab apa?
Sebab makan bukan matlamat hidup Nabi.
Makan benda yang sama bertahun-tahun pun tak ada masalah.
Matlamat Nabi apa dia?
Makan untuk dapat tenaga nak solat malam dan berdakwah di siang hari selamatkan manusia dari azab Allah. Ada tenaga cukup walaupun makanan tidak sedap.
Bahkan kata ulama, kelazatan solat malam bagi orang yang solat malam lazat jauh lebih baik daripada kelazatan ahli dunia dengan dunianya.
Tapi mereka tak tahu sebab itu mereka tak akan bangun malam.
Boleh faham?
Lazatnya solat malam, baca Qur'an panjang dan lama menghadap Allah tanpa ada gangguan manusia, jauh lebih lazat daripada kita dapat dunia walaupun mewah macam mana sekali pun.
Wallahu a'lam.