Memaparkan catatan dengan label Daku upkan kerana daku tak sangka ada resepinya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daku upkan kerana daku tak sangka ada resepinya. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Januari 2026

Daku upkan kerana daku tak sangka ada resepinya

 Daku upkan kerana daku tak sangka ada resepinya.  Baik sahabat cuba mee goreng ini.  Memang sedap.  Hari tu daku goreng untuk dijamu kepada sepasang pengantin baru.  Mereka makan mee ini mereka kata ." Tak pernah rasa mee sesedap me ini"  Tapi nampak ikhlas kata2 tu.  Jika tuan/ puan nak rasa baik dicuba masak mee Goreng Bersos Korea ini.    Ternyata sedap.

Update 9/1/26  Bersamaan 19 Rejab 1447 Bangi.

Tuesday, 17 March 2020

Mee Goreng Bersos Korea



Mee Goreng Bersos Korea.

1/2 kilo mee
4 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
 Seinci halia 
Tauhu 2 ketul atau telor 1 biji
Daun sup daun bawang sebagai hiasan
Sayur sawi (sesuai selera)
Kucai secekak
Taugeh secekak
Aji No Moto
3 sudu besar kicap
3 sedu besar Sos Korea Adabi
2 sudu besar Sos cili mana2 produk Malaysia

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
Panaskan kuali dengan 4 sudu minyak masak.
masukkan bahan yang di tumbuk hingga garing.Masukkan udang,
Masukkan sos Korea Adabi, sos cili, dan masukkan tauhu atau telur rebus yang di tumbuk tadi, masukkan batang sawi masukkan kicap dan masukkan serbok perasa.   Bila semua telah sebati baharulah dimasukkan meenya. 
Goreng mee dan masukkan daun sawi, kucai dan taugeh.  Biar sayurnya layu sahaja kemudian angkat.
Siap sedia untuk dihidangkan, Taburkan daun sup dan daun bawang.

Apa. Khabar..