Sedap makan di Kodai Kak Teh Rembau
Menunggu untuk order makanan.
Tempat ni agak panas.
Daku tak tahan.
Cita rasa kampong.
Sedap kedai ni punya makanan.
Nanti boleh sengaja dtg makan
Daku...terung masak pajeri, Udang tumis petai,masak lemak nangka.
Sedap sangat. Tak macam yang terdapat dilain tempat.
Macam orang Lenggong masak aja.
Nangkanya lembut sangat...daku suka.
Aini anis dan una ambil siput sedut, daging salai,
terung, una masak tempoyak pucuk ubi.
Kakak sambal belacan , salad, buah tomato timun....
anis...terung letak sambal belacan.
Masing2 dapt bubur cha cha satu mangkok kecil...cuma una tak mahu.
minum sirap merah daku dan anis kakak air limau kasturi dan una teh ais.
Sedap makanan di kedai ni Ianya kakak search di internet.
Kodai Kak Teh Rombau. Masih di Rembau.
Kami singgah ke Rembau sebab Kakak rindu nak Tengok Stesyen Komuter di Gadot Dulu projek mereka disini. Kakak sewa di Senawang masa tu. Mahfuz pon sewa di situ. Kami menyusur Nostalgia Kakak masa jadi Enginear dulu dgn Mahfuz.
Kakak Siap pergi ambil gambar kat Stesyen komuter.
Kakak seronok sangat dapat tunjukkan pada una tempat dia dan Allahyarham Mahfuz ayah Una kerja dulu.
Moga kakak happy.