Memaparkan catatan dengan label baca zikir ini sambil mengurut pada tempat sakit.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baca zikir ini sambil mengurut pada tempat sakit.. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Disember 2025

Jika kaki terseliuh, baca zikir ini sambil mengurut pada tempat sakit.

 

 Inna Fatahna Laka Fathan Mubina , Naṣrum Minallāhi Wa Fat-Ḥung Qarīb, Wa Basysyiril-Mu`Minīn


Zikir ini adalah dari 2 surah yang berbeza ia itu Surah Al-Fath dan surah  As-Shaff {61}


Zikir ini di ajarkan oleh Ibu Saudaraku: Guru Quran .  Beliau menyatakan jika terseliuh kali atau urat saraf  maka bacalah  Zikir ini dan urut pada kaki yang terseliuh.  Al kisah masa hari latihan sukan di sekolahku, salah seorang murid comelku telah terjatuh dan terseliuh kakinya.  

Menangislah dia.  Namanya daku dah lupa.  ________bt Mat Som.   Dia ni comel dan kecil budaknya.  Daku urut kaki dia di tengah padang dengan membaca ayat di atas.  Gabungan 2 surah itu.

 Inna Fatahna Laka Fathan Mubina , Naṣrum Minallāhi Wa Fat-Ḥung Qarīb, Wa Basysyiril-Mu`Minīn

MaasyaaAllah ,Alhamdulillah.  Ianya memberhentikan tangisan  anak muridku yang comel tu.. Anak murid ku berkata dah tak sakit lagi.  Keesokan paginya dia boleh datang ke sekolah seperti biasa.   Syukur Ya Rabb.  Arwah Mak Ngah Rafeah ajar bacaan ini kepada ku.  Tq mak ngah.   Moga rohnya dicucuri rahmat Allah dan dikumpulkan bersama orang2 yang soleh.


Apa. Khabar..