Selasa, 30 Jun 2026

 

Selasa, 7 Mei 2024



Salam...Assalamualaikum.

Alhamdulillah Rabbku...Aku bukan mereka yang kaya raya itu.  Aku adalah Noraini yg kau lahirkan dengan serba kekurangan dan serba serbi kesukaran dalam hidup. Tapi ini tidak mematahkan semangatku untuk menghargai setiap pemberianMu .  Daku bersyukur Rabbku.  Hanya diri ini sahaja yg mengetahui betapa ujian itu terus mematangkan insan.  Rabbku matangkanlah daku dalam mengutip setiap rezeki yang Engkau anugerahkan ini .  Fahamilah daku untuk mensyukuriMu Rabbku aga...lantasKaubantulah aku menghadapi ujianMu ini

"  Ya Rabb...Bantulah aku dalam mengingati-Mu, mensyukuri-Mu dan beribadat kepada-Mu."


Limpahkanlah kesyukuranku pada-Mu dalam senang dan susahku.  Susah itu telah mengajar aku erti syukur Rabbku.  Peluklah daku dalam keimanan.   Doaku di pagi ini...Rabbku.

Terimalah Noraini-Mu ini dengan Redho-Mu Rabbku.  Daku Redho kepada-Mu.Aamiin.