Memaparkan catatan dengan label Makluman buat sahabat lamaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman buat sahabat lamaku. Papar semua catatan

Ahad, 24 Ogos 2025

Makluman buat sahabat lamaku,

 Assalamualaikum sahabat.

Seiring hari, masa dan waktu  berjalan , saya diketemukan  keinsafan, oleh  Allah dan menyedari, saya perlu membuang (delete)  semua posting2 yang berkemungkinan, menyebabkan orang tersalah faham bila membacanya, dan lantas saya berdosa kerana itu.

Jadi saya juga ingin memaklumkan bahawa semua, posting saya kepada sahabat, sudahpon saya padam dan jika ada berbaki (terlepas pandang)  saya akan padamnya lagi nanti.  Sahabat jangan bimbang ya. !  Saya tahu tentu sahabat  tidak suka ianya dibaca oleh orang lain atau sesiapa  sahaja.   InsyaaAllah.  Saya yakin mereka tidak akan tahu siapa yang saya maksudkan, jika mereka membacanya.

Saya jugak ingin memberitahu kepada sahabat, bahawa petikan yang sahabat baca itu hanyalah sahabat seorang sahaja yang membacanya.  Kerana setelah sahabat baca saya saya terus pendamkannya.  Terutama ada nama sahabat ( Short form.)  Saya Padam.  

  Sahabat jangan bimbang kerana InsyaAllah saya jaga nama baik sahabat.    Maafkan saya jika sahabat  berkecil hati dengan apa yang saya tulis.  "  Saya sayang anda kerana Allah.

.  "إني أوهيبوكا فلة"..... "أنا أحبوكا فلة".  

Saya tak sempat menyatakan persepsi saya terhadap sahabat, maka saya ambil peluang ini untuk terakhir kali melahirkannya.   Saya akui sahabat  seorang yang baik.  Sahabat diam sahaja tanpa menyatakan benar atau salah apa yang saya tulis itu,mesti ada sebab2 tertentu sahabat.   Tak apalah itu semua cerita lama kan . Setelah kecewa untuk mendapat jawapan, saya maafkan sahabat.   

Saya sangat hormati keharmonian rumahtangga sahabat.   Saya nampak, sahabat seorang suami yang baik  dan ayah yang penyayang.   Sahabat masuk mendengar ceramah2 Agama Ustaz di sini cukup mengembirakan saya. Ianya juga menunjukkan siapa sebenarnya diri sahabat

Syukur ! Terima kasih dari saya, moga dapatlah sedikit pahala untuk saya bawa bekal keakhirat nanti.   Saya  hairan ,  mengapa mesti sahabat pergi ?  Sahabat  janganlah terasa dengan lagu2 yang saya komen dan catat apa2  dengannya.  Itu memang kesukaan saya.  

InsyaaAllah.  Saya akan simpan kenangan persahabatan ini  hingga ke akhir hayat saya.  Saya harap kita tidak simpan rasa kecil hati antara satu sama lain.  Kita juga tidak bermusuh.  Sesuatu yang berlaku ini adalah suratan takdir dari Allah yang sangat2 kita kena redho dan sabar. .   Saya redho dan saya sabar atas apa yang berlaku harapan saya tuanpon begitu.  Untuk pengetahuan tuan di Annegold53 hanya tuan seorang sahaja yang datang ke situ.  Itu sebabnya pada masa itu saya berani tulis cerita2 masa lalu dgn harapan mendapat jawapan benar atau tidak  berita itu, dari tuan   Tak apa lah.!  

Sebelum terlambat, saya minta maaf atas apa sahaja jenaka saya terhadap lagu2 dan artikel saya kerana,  kerana kadang2 gurauan itu menghiris hati tuan.  ' Sebenarnya semua yang berlaku itu bukanlah lakunan malah ianya, benar semata2. " Saya mengaku saya suka tuan dan saya pon tahu tuan, juga suka saya.  Saya berdoa agar Allah lembutkan hati tuan untuk sudi mendengar lagi, ceramah2 dari sini. Bagi saya disini mudah untuk tuan pilih sahaja tajuk yang telah saya kumpulkan dari Ustaz2 Ahli Sunnah Waljamaah.  Terima kasih jika sudi datang lagi selepas ini. Aamiin.    

Saya pon tak pasti bila tuan akan baca ini, entahkan setelah saya dah pergi mengadap Allah.  (Tolong maafkan saya atas semua yang berlaku selama ini)

Wassalllam.


Sahabatmu,

Noraini.

Apa. Khabar..