Selasa, 1 April 2025

SEKELIP MATA.

 Kenyataan hidup ini...

Sebenarnya kita lagi bahagia daripada mereka.  Mereka dihidangkan oleh lintak lintuk perempuan muda belia yang cantik mengiurkan, di atas pentas dengan kealpaan aurat wanita.  Mampukah mereka menutup mata apabila dihidangkan nikmat begitu.  Jika aku perempuanpon tak mampu menahan untuk tidak melihatnya, kerana keajaiban yang muncul itu... malahan pulak mereka ( pasangan2 ) yg semua nya telah  meningkat usia.( dalam keterpaksaan ) .MaasyaaAllah. Rugi kalau terpejam sekelip matapon kan.

Memang benar apabila syaitan yang di belengu dilepaskan maka berlakulah segala tindak tanduk mereka pula   ( peranan mereka)    MasyaaAllah...   Moga2 mereka pulang dan bertaubat kepada Allah tempat memohon ampun.  Allah tetap ada.  Mohonlah taubat  tanpa jemu2 dan sadarilah Allah maha pengampun dan penerima taubat.  Aku yang memerhati hanya muhasabbah diri dengan keterpaksaan mereka.  

Sebut pasal sekelip mata  daku teringat tentang doa ini..Sekelip mata kearah akhirat Allah.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri, Dengan RahmatMu ,aku serahkan urusanku kepadaMu, perbaikilah urusanku dan  janganKau lepaskan kepadaku walaupon SEKELIP MATA. tanpa mendapat pertolonganMu.   Aamiin.


Prof Dato Dr MAZA - Kerana 1 Sebab Ini, Walaupun Pandai Boleh Sesat

31-03-2025 SS Prof Dato Dr MAZA : Khutbah Aidilfitri (4k)

“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!

                              images-jpgs6

“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”

(Q.S.  Al Hasyr:18)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh abggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku”  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,

“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
Pertama , pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”

Apa. Khabar..