Rabu, 2 April 2025
Selasa, 1 April 2025
SEKELIP MATA.
Kenyataan hidup ini...
Sebenarnya kita lagi bahagia daripada mereka. Mereka dihidangkan oleh lintak lintuk perempuan muda belia yang cantik mengiurkan, di atas pentas dengan kealpaan aurat wanita. Mampukah mereka menutup mata apabila dihidangkan nikmat begitu. Jika aku perempuanpon tak mampu menahan untuk tidak melihatnya, kerana keajaiban yang muncul itu... malahan pulak mereka ( pasangan2 ) yg semua nya telah meningkat usia.( dalam keterpaksaan ) .MaasyaaAllah. Rugi kalau terpejam sekelip matapon kan.
Memang benar apabila syaitan yang di belengu dilepaskan maka berlakulah segala tindak tanduk mereka pula ( peranan mereka) MasyaaAllah... Moga2 mereka pulang dan bertaubat kepada Allah tempat memohon ampun. Allah tetap ada. Mohonlah taubat tanpa jemu2 dan sadarilah Allah maha pengampun dan penerima taubat. Aku yang memerhati hanya muhasabbah diri dengan keterpaksaan mereka.
Sebut pasal sekelip mata daku teringat tentang doa ini..Sekelip mata kearah akhirat Allah.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri, Dengan RahmatMu ,aku serahkan urusanku kepadaMu, perbaikilah urusanku dan janganKau lepaskan kepadaku walaupon SEKELIP MATA. tanpa mendapat pertolonganMu. Aamiin.
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Q.S. Al Hasyr:18)
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat. Bahkan seluruh abggota badan akan mempersaksikannya . Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku” Maka legalah mukmin yang zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya, Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
Pertama , pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”
Apa. Khabar..
-
Sangat sangat suka daku lagumu ini J Mizan.... Aku ada cerita di sebalik lagu ini...Nanti aku ceritakan...
-
Assalamualaikum sahabatku, Ini adalah amanahku buat sahabat sampaikan kepada YB Air Kuning yang baru di lantik . YB jangan lah lagi tutu...
-
Assalamualaikum... Pagi ni daku bagun dlm keadaan mengah . Daku diserang asmatic. Tak ada apa yg daku ingat. Daku hanya ingat penduduk ...