Isnin, 28 April 2025

Bab 31. Menerangkan dosa-dosa besar dan yang paling besar

 

2. Kitab Iman
Bab 31. Menerangkan dosa-dosa besar dan yang paling besar
( HR.MUSLIM No:127 )
Hadis riwayat Anas ra.: Dari Nabi saw. tentang dosa-dosa besar, beliau bersabda: Menyekutukan Allah, mendurhakai kedua orang tua, membunuh manusia dan persaksian palsu.
( HR.MUSLIM No:129 )
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Jauhilah tujuh hal yang merusak. Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, apa tujuh hal itu? Rasulullah saw. bersabda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh berzina wanita-wanita yang terjaga (dari berzina) yang lalai dan beriman.

Mengalir airmataku bila aku baca kembali kisah sedih 3 cucu opah....

 

Selasa, 3 Disember 2024

Jumaat Baroqah dengan "mentorku" yang tidak pernah aku ketemu. (Part 3)

  Opah menjaga tiga orang cucunya dengan penuh kasih sayang.  Rahim adik bongsu lembut dan baik manakala Hamzah anak sulung ,cucu opah yang sangat rajin menolong Opah pergi memotong getah saban hari.  Din pulak anak yang tengah sangat nakal tapi  bijak dari kecil lagi dan selalu mendapat penghargaan dan pujian di sekolah rendah. Pernah satu hari pihak  sekolah mengadakan "Pertandingan Mengarang bagi murid2 Darjah Lima dan Enam.  Mereka diberi kelonggaran menulis karangan bebas.  Din telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut meskipon Din baru dalam Darjah Lima.   Karangan Din telah dibaca oleh Cikgu Nordin, Guru Bahasa Melayu Din semasa Perhimpunan Sekolah.  tajuk karangannya ialah, "Kisah hidupku"  Cikgu Nordin yang membaca karangan Din kelihatan sebak  dengan kehebatan Din mengolah kata2 menjadikan penceritaannya menusuk kalbu.  Murid2 semua dalam perhimpunan itu terdiam sebab khusyuk mendengar cerita yang ditulis Din dan ada yang mengalir air mata.  Semua guru mengucapkan tahniah atas kemenangan Din.  Menurut Din itulah saat saat manis baginya.   Pedih getir hidup dengan Opah telah Din curahkan di dalam karangannya.

  Din  juga mahir  membaca tulisan Jawi dengan baik sekali.   Din selalu menjadi pembaca akhbar Jawi , Utusan Zaman kepada  orang2 tua kampong mereka.  Orang2 tua suka sangat mendengar Din  bacakan akhbar kepada mereka dan Din, abang dan adiknya akan mendapat habuan secawan kopi dan kueh oleh orang2 tua kampong sebagai upah.  Mungkin juga ,orang tua2 itu mengambil peluang bersedekah di sebabkan  mereka mengenali  ketiga3 cucu Opah.

Semasa kecil ayah mereka akan  pulang ke kampong dan membawa anak2nya pergi ke bandar Kuala Kangsar untuk makan2 dan di setiap bulan jugalah dia ambil peluang  menyemak kerja2 sekolah anaknya . Dia dapat melihat kekemasan kerja2 Din berbanding abang dan adiknya..Din mempunyai   banyak keistimewaannya.  Mereka bertiga  mempunyai kemahiran Berbahasa Inggeris yang sangat baik. Din adalah pelajar kelas Lompat semasa di sekolah rendah. Jadi Dinlah pelajar paling muda di dalam kelasnya disetiap tahun persekolahan.   Semasa  di Sekolah Menengah Din bersekolah di Sekolah Raja Muda Musa Kuala Kangsar.    Tidak beberapa lama bersekolah di sekolah itu mereka telah di ambil oleh ayah mereka untuk bersekolah di Bandar.  Hidup mereka berubah apabila ayah mereka membawa mereka tinggal di Kuala Lumpur.   Malang bagi tiga beradik ini kerana mempunyai seorang ibu tiri yang sangat zalim yang tak pernah ada rasa sayang dan belas kasihan terhadap anak2 tirinya.  Sikap berpura2 dihadapan ayah2 mereka menyebabkan Si Ayah tidak menyedari anaknya sendiri di pinggirkan dalam rumah tangga baharunya.  Malang sungguh hidup ketiga2 cucu Opah.

Semasa Rahim bertandang kerumah, daku pasang telinga mendengar apa yang dua beradik ini bincangkan.   "Aku hanya serahkan kepada Allah sahaja di atas apa yang berlaku".  Dua beradik itu saling mencurah persaan mengimbau kembali kisah pedih yang mereka lalui.  Semasa ayah mereka meninggal, mereka bertiga pergi menziarahi ayah mereka yang telah berpindah ke Kampong Sungai Merab.  Rahim berbisik kepada Din " Kau ingat lagi tak bila dia mengunci almari lauk tak mahu kita mengambil makanan'  aku tak boleh maaf rasanya sebab dia hanya mengenyangkan anak dia sahaja.  Mereka bertiga selalu kelaparan.  Din pula menyahut kata2 adiknya.  Masa aku balik tengok arwah ayah, dia memelok kaki aku di depan ramai "Maafkan Mak Cik! sambil menangis memeluk kaki aku,  dekat jenazah ayah... Tak tahulah aku nak maafkan atau tidak!".   Daku dengar betul2 dan daku sampuk sembang mereka berdua.  Kataku, " Paling Allah suka kita maafkan orang yang menganiayai kita, nescaya Allah akan membina Istana Emas di Syurga."   Serentak mereka berdua menjawab kata2 ku sambil menggeleng2kan kepala.  "Aku serah pada keadilan Allah.  Biarlah Allah yang menentukan.   Aku dapat saksikan betapa hancurnya hati dua beradik ini.   Kedua2nya aku nampak tunduk mengadap lantai.   

Kalau dahulu kita melihat filem2 Melayu ,anak tiri yang didera, rupa2nya masih ada kisah2 begini berlaku. dalam hidup manusia.   Aku yang hidup penuh kasih sayang keluarga terasa sedeh mendengar cerita mereka.  Kesian dan mengharukan.   Mereka tidak diberi makan dengan  makanan yang baik malah makanan yang rosak dan basi.  Kadang2 di dalam makanan mereka terdapat cairan kotor yang dimasukkan dengan sengaja.    Betapa adanya manusia yang begini.  Mereka bertiga sangat kecewa kerana semasa bersama Opah mereka rasa bagai di syorga.   Opah yang mereka sayang telah pergi mengadap Allah.  Mereka tahu Opah pergi lantaran  sakit rindu terhadap cucu2nya.  

Din yg nakal paling  berani di antara 3 beradik itu berhati kering  serta berani dlm mengambil tindakan.  Dia ambil peluang pergi bekerja menjadi "keddy" pengutip bola golf.  Sehari dia  akan di beri RM30 dan Din akan memanggil  adik dan abangnya pergi makan.  Din kadang2 ponteng kelas kerana mengutip bola golf untuk mencari duit agar abang dan adiknya dapat makan.  Hamzah dan Rahim ni baik orangnya.  Mereka kesekolah macam biasa.   Din agak berani dan tak rela mereka didera demikian.   Mereka sangat terkilan kerana ayah mereka mencari wang tetapi ibu tiri hanya menghidangkan makanan kepada anak2nya sahaja.  Suka bermuka2 malah ketiga beradik ini sangat sayang dan hormat ayah mereka.  Tak pernah mengadu apa2 kepada ayah mereka kerana tidak mahu ayah mereka susah hati.   Dialah ayah dia lah ibu mereka .   Masa berlalu...Paling berani keputusan Din bila dia lari dari rumah ibu tirinya dan tinggal di "rumah kontrak"  pemasangan rumah "Pasang Siap" di Sungai Way.  Nekad dia mencari duit sendiri demi menyambungkan pelajarannya.   Disitu dia tinggal beralaskan surat khabar sahaja semasa solat. Duit hasil dari kerja kontraknya dia beli buku2 akaun untuk terus belajar kelas malam.  Luckily  Bos kontrak itu memahami dan memuji Din yang rajin membaca bila tiba waktu rehat.   Kadang2 dihulurnya makanan.  Dia belajar kelas malam dan ambil peperiksaan di  Reffles Collage dan dapat keputusan terbaik diantara anak2 Melayu yang ada pada masa itu.  Walaupon begitu berjaya juga Din mendapat sijil LCCInya meskipon tak dapat melanjutkan pelajarannya keluar Negara. kerana masaalah kewangan. Din begitu sedeh sekali.   Puncak kecemerlangan Din ialah semasa dia menjadi "Resort Manager "di Pandanusa Golf Club di Pulau Besar Melaka.   Din menaikkan Club Golf  ini,  bermula dari "A" hinggalah ke "Z"  Dia sangat disayangi oleh Bossnya.  Ini lah satu2nya Club Golf yang tidak menjual "minuman keras  dan rokok" atas arahan Din.  

Aku sedar kita  akan menempuh liku2 hidup dlam keadaan yang  berbeza2.   Berjaya atau tidak hidup kita terletak pada  suratan takdir Illahi..  Sedeh aku mendengar cerita mereka.  Banyak lagi cerita sedeh yang tak terakam.  Akhirnya 3 beradik ini berjaya juga dengan  Tugasan Penting dalam bidang masing2...Malah ketiga2nya pernah  bertugas hingga ke Luar Negara.

KISAH INI ADALAH CERITA SEDIH YANG DAH KUSIMPAN LAMA HANYA SEBAGAI IKTIBAR BAHAWA ADA  BEBERAPA PERKARA LAGI YG MENYEBABKAN GANGGUAN PADA PERASAAN ORANG YANG MENGHADAPI DILEMA BEGINI.  MEREKA AKAN MENGHADAPI GANGGUAN DALAM MELAYARI RUMAH TANGGA KERANA FOBIA DENGAN PERISTIWA YANG MEREKA HADAPI.  MEREKA AKAN MEMBENCI PEREMPUAN BILA MEREKA STRESS.  DAN INI AKAN EFECT  KEPADA  KETENANGAN DALAM BERUMAHTANGGA.   iNILAH YANG BERLAKU KEPADA SALAH SEORANG DPD TIGA BERADIK INI.  AKU SEORANG YANG MENGHADAPI PERIT GETIR  KECELARUAN KONFLIT JIWA  SUAMIKU.   WALAU BAGAIMANAPON DENGAN SABAR YG KUAT ,DAPAT JUGA KAMI PERTAHANKAN RUMAH TANGGA KAMI HINGGA MENJELANG 20 TAHUN.  SYUKUR YA RABB.  AKU FAHAM DAN AKU MAAFKAN APA YANG BERLAKU KERANA AKU BANYAK MENDENGAR LATAR BELAKANGNYA YG MENYEDIHKAN.   iTU SEBAB KAMI TAK MAHU MENYIMPAN DENDAM.  MOGA DIA DAMAI DISANA DAN AKU PULA DAMAI DISINI.   KAMI MASING2  MEREDHOI ANTARA SATU SAMA LAIN. INSYAALLAH... AAMIIN.  

Sabtu, 21 Oktober 2023 Berusaha menjadi Hamba Allah yang Allah sayang


 Berusaha untuk menjadi hamba yang Allah sayang

Berusaha untuk menjadi hamba yang di kasihi Allah

Berusaha untuk menjadi umat Muhammad yang disayangi oleh Nabi kita

 Muhammad SAW,

Jika solat kita gagal membentuk peribadi kita,

Puasa yang kita buat gagal membentuk peribadi kita,

Zakat yang kita keluarkan gagal membentuk peribadi kita,

Haji dan Umrah kita bgagal membentuk peribadi kita,

Bermakna kita gagal di akhirat,

Bermakna kita akan sengsara di akhirat,

Bermakna kita akan celaka di akhirat,

Kerana apa yang kita buat tidak dapat membentuk peribadi ,

daripada peribadi yang baik kepada peribadi yang soleh,

Terus berusaha untuk menjadi hamba yang Allah sayang,

Terus berusaha untuk menjadi hamba yang di kasihi oleh Allah,

Terus berusaha untuk menjadi umat nabi kita yang di sayangi oleh Nabi kita Muhammad S.A.W

Ustaz Manis :: Imam Mahdi :: episode 4

KITA SEMUA INI BUDAK YANG HARUS MENURUTI PERINTAHNYA | Ustadz Syafiq Riz...

 

Hihi... Ada cerita di sebalik gambar...

Penceritaan remeh sahaja, tapi ianya sangat bermakna...Tungguuuuu...
Tunggu sekejap wahai sayang, kerna hujan masih renyai, tunggu sekejap dlm pelukan asmara ku, Jangan sayang, jangan...ha ha ha  
Tak ingat dah ...sampai situ ja aku ingat. ... Saja ja rindu nak nyanyi... Orang tuapon masih menyanyi.. Tapi kami  nyanyi dalam hati aja.   Daku sekarang bukan lagi seorang tua di kaki gunung... RINDU SANGAT MASA TU... AKU AKAN JADI ITU SEMINGGU LAGI... SEMINGGU MUNGKIN BUAT AKU PUAS DISITU ATAU... SEBULAN😭😭😭MALAS NAK MIMPI. ANAKKU PESAN JGN KERJA LUAR "OUT DOOR"... TAPI ITU BUKAN AKU... DLM SEMINGGU DAKU BOLEH JADI DAKU YG DULU.. BERMANDI KAN MENTARI PAGI DAN TGHARI... HMMM RINDUNYA... SABAR ENI SABAR... INSYAAALLAH.. ENI SABAR RABBKU...BILA DAH TUA KITA TAK KSAH SANGAT KULIT KITA DI MAKAN CAHAYAMATAHARI KAN!    



Bulldog Clips RM 2.90 dapat lima ...hahaha kalau masa kami bekerja muda2 dulu payah nak dapat clip2 ni di jual dgn harga murah.  Daku teringat masa ke Jepun daku beli kat kedai 100 Yen Bulldog Clip yang kecil sangat dan comel.  Sekarang daku dah tak rajin masuk kedai bila anakku cari barang2 keperluannya.  Hihi Bila daku masuk kedai tu semalam habis juga duit kurang RM.5.30  SERATUS......ha ha ha ..Tu la penangan jika ajak mak masuk kedai kataku..  Nak buat apa daku dengan benda2 kenangan masa kerja dulu ni ?  hihi..ADALAH ....


Ini paperclip.  Sekarang ni begitu banyak dgn harga RM3.90.   Murah betul bila ada barang2 dari China ni.   Mewah melimpah orang2 sekarang boleh dapat barang...Bukanlah orang dulu2 tak ada tetapi barang2 tu tak lah semurah sekarang semenjak barang2 dari Cina ni ada begitu banyak  dengan harga2 yang  murah sekali.  



Bulldog Clips ini sangat murah skarang dengan berbagai saiz...

 


Sebenarnya paperclips dan Bulldog clips tu daku guna untuk bantu ku clip tanda pada m.s quranku  dan bermacam2 fungsi lagi... Agak2 berapa usia paper clipsku itu?  .. Tua dah  dia ni...
Paper clips atas tu adalah cucu cicit  cicit paper clip yang daku  ada ni. .

Apapon daku kagum barang2 dari Cina ini..Murah meriah ... Hihi... Cina... Aku tak benci bangsa ni, tapi aku cuma tak suka DAP...  Itu saja

 ha ha ...itulah cerita remehku hari ni...
Semoga sihat selalu dan di murahkan rezeki...

Ahad, 27 April 2025

Imam Mahdi :: Episode 2 :: Tanda Kemunculan Semakin Hampir

Imam Mahdi :: Episode 1 :: Tanda Kemunculan Semakin Hampir

Imam Mahdi :: Episode 3 :: Tanda Kemunculan Semakin Hampir


Heart's Desire ~ Itulah Sayang

In Ayer Kuning, PN wins Malay voters while BN-PH wins the Malaysian votes

Daripada Seorang Artis Ke Dunia Politik Dan Memilih PAS - Eizlan Yusof

PN Kalah Lawan BN Di PRK Ayer Kuning, Begini Reaksi Sanusi!

RAMALAN ISHAM JALIL PRU 16: ANWAR & DAP AKAN TERUS BERKUASA?

Apa. Khabar..