Isnin, 5 Mei 2025
Ahad, 4 Mei 2025
Lenggong Eni balik lagi...
Assalamualaikum sahabatku semua. Moga sahabat sihat. Daku akan balik kampong dlm beberapa hari ini. Anakku akan pergi ke Perkampungan Sunnah di Perlis. Daku pulak akan singgah di Lenggong.. Hihi mungkin berehat untuk 5 atau 6 hari di Lenggong. Bestnya daku boleh lihat tanam- tanaman ku jika ada yg masih elok untuk daku selamatkan. Hmmm.
Anis akan terus ke Perlis. Aini, Alya, Husna n Aleesya naik train... Hmmm tak la letih mereka tu. Anis kata padaku jika masa balik esok anis tak larat, mak kena tolong drive... Hihi daku mengaku aja boleh... Jika dulu daku kuat... Sekarang daku tak pasti... Hihi. Kelakar aku... Main mengaku aja.
Daku dah lama tak balik daku seronok sgt... Jika lama lagi seronok... Pikir ku... Hihi tu angan2 saja... Tapi mana la tahu bila2 nanti daku minta anakku hantar tinggal sebulan kat rumahku...Huh. kalau lama sangat macam takut aja. Macam mana jika waktu tibanya malam? Senyum ja daku fikir....hihi Boleh ke?InsyaaAllah boleh. Daku sejak tua2 ni jadi manja sikit... Berbanding daku masa muda dulu... Daku Noraini yg berani sangat. Takut tak daku jika menjelang malam...? Rasanya daku tak takut.. Memang... Hantu daku tak takut... Jika bukan hantu yang daku takut.
InsyaaAllah jika kita tak tinggalkan doa pagi dan petang kita akan ada kekuatan. Allah pelihara kita. InsyaaAllah... Moga tak lupa baca doa pagi dan petang. Aamiin.
Tadi daku terbaca artikel lamaku... Lenggong Eni balik... Hihi... Kelakar...
Daku suka cakap dlm hatiku sendiri.. Daku share kat Blogku ini... Hihi Ni sampai di Bangi Square. Di sini bermacam2 juadah boleh didapati. Jika nak makan disini waktu petang tak ramai sangat orangnya tetapi jika waktu malam penuh dengan pelanggan, sehinggakan parking pon susah nak dapat.
Sambil daku tunggu anakku pi order Nasi Ayam Kepok kegemaran dia.. Daku... Sentuh hp ku ni...tap...tap... tap ..menaip kat phoneku....salah betul salah betul tulisanku...ha ha ...
Anakku kata "Mak anis nak makan nasi ayam ni sbb nak balik kampong dah"... Hihi di Lenggong memang tak ada. Anakku ni sukanya makan pedas. Memang sambal ayam kepok ini pedas sangat. . Daku dah cuba. Tak mampu daku makan. Cadang belikan Yom Tau Foo Taiping untuk bawa kpd Mak Andak. Ada dijual di sini. Rasanya sebiji rasa macam yg dijualkan di Taiping oleh muridku. Kami bertiga makan Yom Tou Fu dengan bihun Mak Andak dan anis makan Nasi Ayam Kepok Pedas .
MIMPI RASULLULLAH S.A.W
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
Antara Sifat-Sifat Rasulullah s.a.w yang patut di contohi :-
- Paling penyabar
- Tidak sombong
- Tawaduk dan Tenang
- Tidak terganggu dengan urusan dunia
- Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
- Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
- Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
- Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
- Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau – - muhrimnya.
- Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
- Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
- Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
- Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
- Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
- Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
- Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
- Baginda tidak memakan harta sedekah.
- Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
- Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
- Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
- Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
- Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
- Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
- Menyukai kebersihan dan bau-bauan
- Berkenderaan kaldai dan unta
- Mengunjungi orang susah dan sakit
- Memuliakan orang-orang berakhlak
- Pembela golongan lemah dan wanita
- Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
- Suka menasihati dan member tunjuk ajar
- Berbuat baik dengan golongan bangsawan
- Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
- Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
- Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
- Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
- Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
- Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
- Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
Apa. Khabar..
-
Sangat sangat suka daku lagumu ini J Mizan.... Aku ada cerita di sebalik lagu ini...Nanti aku ceritakan...
-
Assalamualaikum sahabatku, Ini adalah amanahku buat sahabat sampaikan kepada YB Air Kuning yang baru di lantik . YB jangan lah lagi tutu...
-
Assalamualaikum... Pagi ni daku bagun dlm keadaan mengah . Daku diserang asmatic. Tak ada apa yg daku ingat. Daku hanya ingat penduduk ...
-
Khusyuk adalah salah satu hal yang sangat dianjurkan oleh syariat orang-orang mukmin dalam melaksanakan shalat. Allah SWT berfirman: قَدْ ...