Isnin, 14 April 2025

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa keluar dari perkara...

Penghormatan Terakhir Jenazah Tun Abdullah Di Masjid Negara Jam 11 Pagi,...

Larangan Mengkhianati amanah Allah dan Rasul,

 

Larangan Mengkhianati amanah Allah dan Rasul,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).[1]

Al-Maraghi menjelaskan bahawa larangan mengkhianati amanah Allah iaitu dengan mengabaikan perintah Allah, melanggar larangan-Nya serta melampaui batasan agama. Begitu juga larangan mengkhianati Rasulullah SAW dengan cara tidak mengikuti penjelasan yang diberikan oleh Baginda tetapi mengambil atau berpegang dengan penjelasan hawa nafsunya, pendapat gurunya, bapanya atau perintah pemerintahnya. Bukan itu sahaja, pengkhianatan kepada Rasulullah SAW juga adalah dalam bentuk tidak mengikuti sunnah Baginda, sebaliknya mengikuti sunnah bapanya atau pemimpinnya yang mendakwa mereka lebih mengetahui apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya.  (kau kau ...moga kau insaf)

Kemudian, dijelaskan juga akan larangan mengkhianati amanah sesama manusia dalam segala jenis urusan melibatkan urusan muamalat, akhlak dan aspek sosial. Begitu juga larangan mengkhianati pemerintah dalam perihal politik dan juga peperangan kerana perbuatan itu boleh memberi manfaat kepada pihak musuh. Justeru, dalam konteks larangan mengkhianati amanah sesama manusia, khianat terhadap amanah dalam pembelajaran dan pekerjaan turut dilarang oleh Allah SWT.[2]

Meniru dalam peperiksaan

Secara umumnya, perbuatan meniru dalam peperiksaan termasuk dalam perbuatan menipu dan perbuatan menipu adalah haram serta pelakunya dianggap berdosa. Hal ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW melalui tempat timbunan makanan (yang dijual). Lalu Baginda memasukkan tangannya ke dalam timbunan tersebut. Tiba-tiba di dalamnya basah — yakni rosak.  Maka Baginda bertanya: “Apa ini wahai tuan makanan?” Dia menjawab: “Ia terkena hujan, Wahai Rasulullah.” Baginda bersabda:

أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ، مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya: “Kenapa kamu tidak meletakkannya di atas supaya orang ramai boleh melihatnya? Sesiapa yang menipu, maka dia bukan daripada kalanganku.[3]

Dalam riwayat Muslim yang lain datang dengan lafaz:

وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Dan sesiapa yang menipu kami, maka dia bukan daripada kalangan kami.”[4]

Syams al-Haq al-‘Azim Abadi menukilkan daripada al-Khattabi, beliau menyebutkan bahawa hadith di atas bermaksud bukan berada di atas jalan dan mazhab kami (yakni panduan Nabi SAW). Dalam erti kata lain, sesiapa yang menipu saudaranya dan meninggalkan untuk menasihatinya, maka sesungguhnya dia telah meninggalkan petunjuk Baginda dan tidak berpegang dengan sunnah Baginda. ( Catatanku: Daku tak mahu meninggalkan untuk menasihati kau kerana aku berpegang kepada Sunah Baginda Rasul)

 Namun, terdapat sebahagian ulama berpendapat maksudnya ialah menafikannya daripada Islam. Akan tetapi takwilan ini tidak benar kerana makna yang dikehendaki daripada hadith tersebut ialah mengikuti panduan dan sunnah Nabi SAW. Hal ini dikuatkan lagi melalui firman Allah SWT:

فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ۖ وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah daripada golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).[5]

Oleh itu, hadith ini menjadi dalil yang menunjukkan bahawa haramnya pebuatan menipu dan perkara tersebut telah disepakati.[6] Maka, jelaslah kepada kita bahawa perbuatan menipu itu bukan daripada ajaran Islam. Seseorang boleh mendakwa dan menganggap bahawa perbuatan meniru itu hanyalah perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Hakikatnya, perbuatan menipu itulah antara punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dan barah dalam masyarakat seperti budaya rasuah yang berleluasa, penipuan sijil dan seumpamanya, sehingga akhirnya orang yang bukan berkeahlian memegang jawatan penting dalam masyarakat, lalu membawa kepada kebinasaan.

Tambahan pula, dengan beranggapan bahawa budaya meniru atau menipu dalam peperiksaan ini hanyalah suatu perkara kecil, dikhuatiri kelak ia dianggap sebagai suatu perkara yang biasa tanpa lagi ada rasa bersalah. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abdullah R.A, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى البِرِّ، وَإِنَّ البِرَّ يَهْدِي إِلَى الجَنَّةِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Maksudnya: Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa kepada syurga. Sesungguhnya seseorang itu sentiasa berlaku jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang jujur. Sesungguhnya pendustaan itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa kepada Neraka. Sesungguhnya seseorang itu sentiasa berdusta sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.[7]

Al-Nawawi menyebutkan bahawa hadith di atas mengandungi galakan kepada setiap insan untuk bersifat dengan sifat benar dan melaziminya, serta larangan daripada berdusta dan bermudah-mudah dengannya. Hal ini kerana jika terlalu bermudah-mudah dengan sifat menipu ini, lama kelamaan akan menjadi biasa — sehingga layak ditulis sebagai seorang penipu.[8]

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbahasan dan penghujahan di atas, meniru dalam peperiksaan termasuk dalam perbuatan menipu yang dilarang dalam agama dan berdosa. Lebih-lebih lagi, perbuatan meniru ini juga memberikan kesan buruk kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

Pada kesempatan ini, kami juga ingin menasihati buat mereka yang sudah terlanjur melakukannya untuk sama-sama menginsafi apa yang telah berlaku dan bertaubat kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taubat, di samping memperbanyakkan zikir serta beristighfar kepada-Nya.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahu a‘lam.

Al Syakir & Al Syakur Siri 59 || Ustaz Abd Muein Abd Rahman || 9 Okt 2024



.

Al Asmaulhusna...Nama2 Allah yang baik.  Minggun lepas kita belajar Nama Allah.Al Karim.
Allah bagi Nikmat kepada siapa yg tak patut dapat ...banyak buat salah..banyak buat dosa...
Allah beri kebaikan tanpa harap balasan.  Itu manusia.

Hari ini kita belajar 2 sekali ...
ASSYAKIR DAN ASSYAKUR...
 Kedua2 ini dari perkataan yang sama. Dari kata syukur.   Syinn Kaff  Roo.  Syukur Terima kasih.  Kasih apa?  Syukur dlm bahasa Arab.  Syukran...Bahasa Arab... Syukur Allah kepada Hamba lain...Syukur kita kepada Allah...ialah mengerjakan segala arahan allah dan meninggalkan yg di larang..."Paling tepat :TAAT KEPADA PEMBERI NIKMAT"  Dengan melakukan semua yg di perinttan dan meninggal yg di larang.

Syukur Allah kepada hamba ...Kita belajar pada hari inim
Assyakur di sebut 4 kali dlm Al Quran,...
1) Surah At Thaqghabun...ayat 17.
2) Surah Fathir ayat 30
3) Surah Faathir ayat 34
4) Surah As suraa ayat 23...

Assyakir   Di sebut 2 kali dlam Al Quran.
1)  Surah Al Baqharagh 158
2)  Surah Ann Nisa ayat 147.  

Assyakur dari segi istilah kata Imam At Thabari Rahimahullah... dpd kata Kata Qatadah...Dlam ayat Fatir ayat 30..."Allah maha membalas kebaikan2 hamba Nya yang sedikit dengan balasan yang berganda.

Syakur adalah membalas sedikit dari ketaantan lalu di beri banyak daripada ganjaran pahala..
Contoh Allah Syakur pada wanita pelacur ...bagi minum air kepada anjing sikit sahaja tapi Allah balas Syurga. Syurga yang selama2nya.

"Syurga itu....."Khoo lidi nafi ha abada."  Syurga yg kekal selama2.

Ramai manusia bekerja kerana nafsu dan untuk orang...Kenapa masih ramai bekerja kearah Allah malah lawan Allah,...itu adalah kerana Sebab2nya ialah tak paham nama2 Allah.

Ada satu haditah..."Orang yang membuang ranting di tengah jalan dia dimasukkan kesyurga" 
Hadith soheh...kenapa sedikit kerja balasan syurga  ?  Sebab Allah bersifat Syakur...
Kutip duit atau ranting...? Ambil apa...ranting atau duit?   Hihi Dengar nama Allah  Arsyakur...tak terkesan Zikir 'Subhanallahhiwabihamdihi,  Subhanallah hil azim"  Ringan di mulut dan berat di timbangan.. dan dapat cinta Allah.  Allah balas amalan yang sedikit dengan pahala yg banyak.

Nabi solat malam sampai bengkak kaki sebab nabi nak jadi org yang bersyukur sebab Allah yg Syakur kerpadanya.   Terlalu banyak Allah bagi kepada Nabi,  Nabi nak taatpada Syakur Allah. 
Kita tak banyak buat kerja untuk agama Allah dan bila malam kita tak rasa ....Allah itu Syakur ...balas sedikit dengan banyak...bagi  banyak lagi besar balasannya oleh Allah.

Kata Imam Ibn Khaiyim  Rahimatullah...  Syukur ialah Allah tidak akan mensia2kan amalan baik hambanya akan tetapi menggandakan balasannya..tanpa batas.  

Buka Surah Al Baqarah...ayat 261.. ms 44
"Perumpamaan orang yang infaq hartanya kejalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh 7 tangkai  , setiap tangkai pula seratus bijian, Dan Allah akan melipatgandakan  pahala kepada yang allah kehendaki,, dan Allah Maha LKurnianya  Lagi Maha Mengetahui."

Syukur dan Allah tidak mensia2kan balasan hambanya dan Allah balas dengan banyak
Menginfaq harta kita kerana Allah
Menginfaq harta sendiri pada jalan Allah.
Pada jalan Allah adalah apa sahaja usaha untuk menegakkan pada jln Allah.  Infaq itu kepada kelas Agama 1allah maka berkembang maka infaq itu berterusan.

Bukan fi sabilillah
Kadangkala kita infaq kepada kelas yang di buka tapi ai nya nama macam agama tetapi salah ia menyebabkan orang semakin jauh daripada agama Allah , semakin jauh dari Al Quran...Itu bukan fii sabillillah. 

Contoh abu Bakar infaq HARTANYA UNTUK untuk membebaskan org yg disiksa kerana Agama Allah..untuk perjuangan menegakkan agama Allah.
Perumpamaannya setiap infak...mendapat pahala... bergantung kepada keikslasannya...
Seorang itu infaq RM10 rm seumpama satu benih tumbuh 7 tangkai dan setiap satu tangkai 100 bijian kali 1000. dan allah menggandakan lagi 700 itu , bergantung kepada keikhlasannya...dpd 10RM saja...kenapa infaq RM10 dapat 10,000 itu lah Allah yang Syakur.  Dan mungkin lebih dgn tanpa had.
difinasi yg ke 4.

Kata Shekh..Syakdi..........
Assyakir dan Assyakur... Allah membalas amalan yg sedikit dengan balasan yang banyak.
 dan Allah lihat syukur kita sedikit sahaja dlm 24 jam...sikit sahaja amalan harian kita...
 istiqamah sejam ja?  hihi... Katakan satu hari kita ibadat sedikit sahaja...Allah bagi kita boleh makan dan dlm 24 jam syukur kita sikit dan dosa kita ..MasyaAllah...banyak...Sebab Allah kata Walasri yang beragama soleh yg beriman dan yg bersabar...

Kita nak makan ambik masa  menyediakan makanan berjam2 dgn makan ...Allah balas kebaikan yg sedikit dengan balasan yang banyak...Jika dengan dosa yg banyak Allah hukum kita tapi tidak...

Kata Syekh Saadi juga :   Apabila seseorang hamba mendirikan perintah Allah ,Allah akan bantu lagi...permudah lagi untuk buat amalan yang lain sebab ,...bila kita taat pada Allah hati kita jadi bersih dan Allah bantu untuk buat amalan yang lain.

Buka surah Al Lail.(.SEMAK).
allah kata ..Amalan manudia...sesungguhnya ...berbagai...shatta...bayat 5...Waammaman adtho wattaqha,...Allah puji yang beri dan yang bertaqwa...orang kafir beri tapi tak bertakwa..  kenapa ?  dia percaya dapat membantunya memberi dan bertaqwa.
Beri apa sahaja ,,,masa , harta , ilmu , pengalaman, itu semua memberi yg bermanafaat.....dapat pahala ...Fasanuyassiruhu lilyusra...apa makna Yusraa..?  Kami permudahkan nya buat benda yag baik untuk membawanya kesyurga.....Walau penat mudah bangun malam...kenapa jadi mudah?  Sebab dia suka memberi dan ......Allah permudahkan amalan yang lain..Mudah baca quran,mudah  solat sunat mudah  buat amalan lain.... 3 hari tak baca Quran ,...tunggu mlm Jumaat aja...Adapon orang yabng (bakhil)  umum...Wastaqna...apa makna istaqhna...dia rasa di dah cukup...sombong bawa kepada kedekut...Wakazzababilhusna...Tak percaya syurga...Makna apa...Yusraa...Allah permudahkan nya untuk buat benda yang munyusahkannya ,..maksiat,,,mengumpat,,riba..siksa...bila hati jadi keras susah bangun malam susah sunat rawatib...susah doa pagi /petang ...mengapa mudah doia buat dosa sebab dia bakhil...sebab dia bakhil.

Balik kita kpd teks kita...
Tengok ayat yang ada Syakur 
Surah Fathir ayat 29 dan  30...\m.s 437...

Daripada ayat 29.. 
"Sesungguhnya org yang sentiasa membaca kitab Allah(Quran)   dan mereka mendirikan solat...serta mendermakan apa yang kami rezekikan (infaq)...secara sembunyi serta terangan2 , mereka mengharap  sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian."
Ayat  30....
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan Allah menambahi mereka daripada kurnianya.  Sesunggyhnya allah maha pengampun lagi maha Mensyukuri"

Mengapa mendirikan solat yg kedua?  kenapa...sebab ...orang solat sebab nak sembah allah ...dia kena baca Quran mengetahui semua cerita2 tentang Allah...Jika tak tahu sifat allah kamu solat tak Khusyuk...kenapa ...kerana tak kenal sifat2 allah...30 Waanfaqu...infaq...kenapa sebut Infaq...Islam mesti ada hubungan dgn allah dan hubungan dgn manusia..mengapa infaq..?   sebab infaq paling susah tapi orang yg kaji Quran infaq jadi mudah ...kerana kita tahu Allah ganti dgn berganda.
Infaq ada 2,,...cara sembunyi dan jelas...Allah nak bagi tahu Infaq sembunyi itu paling baik...Tapi ada ketika perlu infaq sevcara terbuka   bila orang miskin datang...maka kita terpaksa bagi secxara terbuka...lepas itu allah kata...(orang yg ada ketiga2 ini)
Allah kata ini lah "Perniagaan yang untung dan tidak ada rugi" 
Allah kata aku akan bagi kamu perniagaan yang tak rugi
1)  Faham Qurtan
2)  Solat dan
3)  Infaq...sedekah
'                                 "Siapa yang berusaha untuk membesarkan rumahnya dalam kubur..."

ALLAH KATA AYAT 30..
Allah kata ayat 30,   Perniagaan  tidak rugi ini agar Allah menyempurnakan gaji mereka  apa dia?  hati tenang, sabar, redho, kita boleh solat meskipon sakit, khusyuk, dan Allah tambah lagi dari anugerahnya ...dosa banyak Allah ampunkan dan Pahala sedikit Allah Syakur.

Ketahuilah lepas mati kita minta Allah kembalikan kedunia untuk mendapatkan Syakur Allah. 
Amalan yang sedikit Allah balas dgn ganjaran yg besar.

Contoh...Nabi Yusuf 
Di Buang kedalam perigi ...masuk istana luas dan penjara...Allah balas dengan Keluasan Kerajaan....Itulah ganjaran redho dan sabar...Dlm Penjara dia berdakwah... Dia akhirnya boleh tolong Rakyat...Ganjaran dari Redho dan Sabar...
Antara Syakur adalah sedssiapa yg meninggalkan yg haram kerana Allah dan Allah ganti dgn yang Afdhal..
Sesiapa yang meninggal yang haram kerana Allah ...Allah ganti dengan yang Afdhal...

Contoh kerja dgn bank yg ada riba...kita bagi nasihat  dia kata nak makan apa...Allah bagi rezeki...Riba itu Haram...Tapi kalau dia lawan nafsu...dia tinggal yang haram itu Allah ganti dgn lebih baik..(Syukur Alhamdulillah. Anakku)

Nabi...Allah suruh hijrah...Nabi tinggal yang Nabi sayang ,...Madinah atas perintah Allah Allah ganti dgn ygn lebih Afdhal.  Nabi dapat satu Negara Madinah , bebas berbuat apa pon . Berbezanya ibadah di Mekah dan di Madinah. Jika kita tinggalkan yang haram kerana Allah akan allah ganti dengan yang Afdhal...

Berapa ramai yang bekerja buka aurat.  Ustaz kerja susah nak dapat kalau berhenti...Ya Allah...
dia akan jadi sempit hidupnya.  'Sesiapa yang berpaling daripadaku  aku kata tutup autrat ,dia nak buka jugak aku maka Allah kata orang ini hidupnya sempit...hatinya tamak tak pernah puas bahkan Allah memudahkan dia buat maksiat... ibadatnya jadi susah sampai ketua buka aurat.

Cuba buka Surah An Nisa ayat 147...
Nama Allah Syakir.
Sebelum itu Allah balas kebaikan kepada kita buat baik kepada orang ... Allah balas kebaikjan ...itupon malas...masih malas...

Cuba buka Surah An- Nisa ayat 147...

"Apa guna Allah menyeksa kamu sekira nya kamu bersyukur akan nikmatnya serta kamu beriman kepadanya?  dan ingatlah Allah sentiasa  membalas dengan sebaik2nya,akan orang2 bersyukur kepadanya,lagi maha mengetahui, akan hal keadaan mereka. "

Mana lebih baik tak boleh bercakap tiada dosa mulut...Maka kita bersyukurlah,...Kita jangan salah guna  Syakir Allah ini....

Runtuh sambungan rumah: Penduduk RPA Liman Kati rayu campur tangan kerajaan



Kau baca ni...dan ambil tindakan untuk tolong mereka.  Raihkan kasih sayang  Allah dengan menolong orang yang menghadapi masaalah macam mereka , nescaya Allah akan lapangkan dikau. Percayalah kata ku...InsyaaAllah.  Terima Kasih.
...

Operasi penguatkuasaan kebun haram di Sungai Klau, Raub

YB RAUB Bertelagah Dengan Penguat Kuasa Pahang Isu Tebang Pokok Durian! ...

PMX tak perlu payung, MP Raub pertahan pekebun haram derhaka titah Sulta...

Sultan Pahang naik darah dengan penceroboh tanah negeri Pahang

Andai Ku Tahu - Ramli Sarip


Maafkanlah aku...Ya sahabatku...Lillahitaala....

Patah Hati

Nasihat Kubur

Nasihat Kubur

Nasihat Kubur: 
 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
 2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . .. 
 3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
 4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 
 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 
 7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" 
 Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "... Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .. InsyaAllah..

7 Januari 2025,“INDAHNYA PESAN LUQMAN AL-HAKIM” Ustaz Ahmad Al-Qarni

 

7 Januari 2025,“INDAHNYA PESAN LUQMAN AL-HAKIM” Ustaz Ahmad Al-Qarni

Doaku harini,


 

Apa. Khabar..