Jumaat, 1 Mac 2024

Khutbah Jumaat

Tazkirah Jumaat

AMALAN NABI PADA 10 MLM TERAKHIR RAMADHAN

Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat Fillah yang dirahmati Allah, Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. 
Antaranya: Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. 

Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan. Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. 
Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu. 

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. 

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.” Ketiga : Memperbanyak doa. Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi :

 Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.” 

Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu. Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa. Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama. ~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~

TAKUTNYA BILA TERINGAT BALASAN AKHIRAT NANTI. BIARKAN MEREKA BERPOLITIK...PLEASE LEPAS NI JGN KOMEN DAH...



BIARPON KOMENKU TENTANG POLITIK BEBERAPA PATAH PERKATAAN ,DAKU MULA RASA TAKUT ,  BILA LAH DAKU  NAK  MINTA MAAF PADA MEREKA.   MESKIPON BETUL, KAN LEBIH BAIK DIAM ...ASTAGHFIRULLAH...

KAU KENA TAUBAT ENI...LEPAS NI JGN BUAT LAGI...KOMEN BIARLAH YG BAIK2 AJA..

Apa Nak Jadi Ni? Menteri MITI nak bagi graduan asing kerja sektor teknol...


Salam Jumaat Baroqah


 

Just 4 u dear friend


 

Daily hadiths 4 u,


 

Ramadan Anugerah Terindah


RAMADHAN MERUPAKAN BULAN MULIA...
HAMPIR ORANG BUKAN ISLAMPON DAPAT MENGETAHUI...
BULAN RAMADHAN DITURUNKAN AL QURAN...MULIA DGAN KEMULIAN ALQURAN BERSIFAT KALAMMULLAH...
IMAM GHAZALI 2 KALI SEHARI KHATAM QURAN...

Erti Masjidil Aqsa Kepada Kita

SOALAN PERTAMA;
ALLAH NAK HUBUNGKAN 2 MASJIDNYA YG PERTAMA DAN UTAMA
MASJID PERTAMA MEKAH.
MASJID KEDUA.:  MASJIDIL AQSAR
JARAK ANTARA KEDUA2NYA 40 TAHUN...SEOLAH NAK MENGHUBUNG RUMAH ALLAH PERTAMA DAN KEDUA..
SAMPAI TERKENAL : MASJID QIBLATAIN...DUA RAKAAT MENGADAP MASJID AQSAR DAN 2 RAKAAT MENGAJID AL HARAM...MAKATUL AL MUKARRAMAH...
DALAM ISLAM NABI TAK AJAR JAJAH NEGARA ORANG....DALAM ISLAM ADA PEMBUKAAN'
PEMBUKAAN KOTA MEKAH..."FATHUL MAKKAH"
ISLAM MENGAJAK MEMBUKA KOTA...SEMUA BUKAN NABI JAJAH...
WAFATNYA NABI: SAIDINA ABU BAKAR TERUSKAN SEHINGA ROME DAN PARSI DI BUKA DAN DI SAMBUNG DENGAN SAIDINA OMAR...DLM PERANG YARMUK...PANGLIMA TENTERA ISLAM ABU UBAIDAH ARJARRAH...KHALID SAMPAI SURAT AKU KAMU KENA PERGI KE YARMUK...KHALID IBNU WALID BIJAK MENGATUR STRATEGI...6 KALI GANDA 
TENTERA ROM...MARI TENGOK KEKUATAN KHALID IBN WALID..
KHAISARIYYAH DAN BAITULMUQADDIS...DI KOTA SUCI.MADINATUL AL MUNARWARAH PADA TAHUN 15/16 HIJRAH.   ABU UBAIDAH' MORAL TENTERA BILA SAMPAI TENTERA BANTUAN AKAN BERTAMBAH KUAT....
AKHIR SEKALI "YANUS" HANTAR SURAT KEPADA ABU UBAIDAH...ABU UBAIDAH HANTAR SURAT KEPADA SAIDINA UMAR...MINTA  OMAR PERGI JUMPA 'YANUS' SAIDINA OTHMAN TAK BAGI PERGI TAPI SAIDINA ALI SURUH PERGI...SAIDINA OMAR PERGI MUSAFIR BERSAM SATU KABILAH...SAIDINA UMAR  "LUARBIASA PAKAIANNYA BERTAMPAL'   'SEDEH" AKU SUKA JADI SAIDINA UMAR...KALO BOLEH.
DIA TENGOK DI JASIAH BERPAKAIAN;;;;AKHIRNYA ABU UBAIDAH BAGI PADA SAIDINA UMAR BAJU BAJU HEBAT.DAN BAGI KUDA BAIK...KUDA ITU AGAK BIADAP DGN SAIDINA UMAR YG KAKINYA NYA PANJANG...SAIDINA UMAR TAMPAR MUKA KUDA BIADAP ...KEMBALI  PAKAI DAN MEMAKAI  BAJU KOYAKNYA BALIK  DAN DIAMBIL KENDERAAN TADI...
.
TERKEJUT MEREKA SAIDINA UMAR DATANG DGN BAJU COMPANG CAMPING" MEREKA BUKA DENGAN SELUAS2 NYA DAN BUKA PINTU KOTA...MEREKA SURUH UMAR PAKAI BAJU BESI BIMBANG UMAR DI PANAH...SAIDINA UMAR KATA TAK AKAN NBERLAKU MELAINKAN ALLAH TAKDIRKAN...HEBATNYA UMAR AL KHATTAB

SAIDINA UMAR.PADA HARI KEDUA MASUK...DIA UCAPKAN SIAPA BALIK RUMAH SELAMAT, MASUK MASJID SELAMAT...SAPA MASUK RUMAH ABU SUFIAN SELAMAT(PENGHARGAAN KPD ABU SOFIAN)...SEPERTI UCAPAN  NABI MASA FATHUL MEKAH

SAIDINA UMAR MASUK DGN UCAPAN "KITA ADALAH YG ALLAH MULIAKAN DENGAN ISLAM...MAKA HIDUPLAH DEGAN,RUKUN DAN DAMAI.....
TAPI SAYANG 40 TAHUN SELEPAS ITU,UMAT ISLAM DI HINA DI TINDAS...SEHINGGA HAMPIR 100 TAHUN...ALLAH BANGKITKAN PANGLIMA TENTERA ISLAM"SALAHHUDDIN AL AYUBBI"  SALAHUDDIN AMBIL TAMPUK BILA AYAHNYA MENINGGAL DUNIA..
PADA MLM 27 RAJAB...SALAHUDDIN MASUK KEKOTA BAITULMAQADIS DENGAN TUMPAH DARAH YANG AMAT SEDIKIT. HEBAT SALAHUDDIN AL AYUBBI...

BELIAU BERPURA2 SAKIT, MINTA ARAK SEBOTOL, KATA MEREKA TIADA SEGELAS CUKUP LAH ARAK BUAT PENAWAR...SETELAH SAH TIADA ARAK MAKA SAH KITA MENANG/...JIKA NAK MENANG MESTI TIADA MAKSIAT...
TAK ADA ATAS MUKA BUMI SEADIL SALAHUDDIN ALAYUBBI....KRISTIAN TUA DAKWA ANAKNYA,...CARI DAN SERAH KEPADA IBU ITU'  SALEHUDDIN PD MASA ITU TENTERA SALIB MEMANGGIL MAHARAJA2 YG LAIN, SUPAYA BERBAIAH TUK MEMBANTU DAN MENYERANG TENTERA SALEHUDDIN...TAKDIR ALLAH ...YANG SANMPAI HANYALAH  RICHARD THE LION HEART"   RICHIRD BERHATI SINGA..RAJA ENDLAND...GAGAH DIA MAKAN SEEKOR KAMBING......MEMANG BOLEH MAKAN SEOKOR KAMBING"MEMANG ADA ORG YG BEGITU.

3 KALI NAK BERPERANG DGN SALAHUDDIN...PEDANG TEMPAHAN ORANG2 DAMSYIK ANTARA PEDANG PALING BAIK...PEDANG SALEHUDDIN...HEBATNYA TAJAM DAN TAHAN...PEDANGNYA BOLEH BELAH PEDANG LAIN...
ADZAN......

Hanya 16.8% Jumlah Yang Sangat Rendah Apa Masalahnya

Ceramah Penuh Terbaik DUKE - Ustaz Mak saya Sakit Lutut. Apa ubatnya?

Ceramah Ambang Ramadan

(🔴LIVE) 29-02-2024 SS Prof Dato' Dr MAZA: Bulughul Maram {Siri 190}

DALAM ILMU HADITH KALAU PERAWI ITU......
" ZIADATUL SIQAH"  RIWAYATNYA ,BOLEH DITERIMA
KALAU DIA KAKI PELUPA...RIWAYATNYA TAK DAPAT DITERIMA...
SIQAH: TIADA MASAALAH....QUITE TEKNIKAL TAPI INI ADALAH CABANG HADITH DARI SEGI MENILAI RIWAYAT...
BILA MENGAJI FEQAH KENALAH MENGAJI HADITH....
ADA YG KATA TAKBIR...KEMUDIAN SUJUD...
ADZAN...
RAWI SOLEH TAK MENUMPUKAN HAFALAN....
KADANG DENGAR LAIN TAPI PAHAM LAIN
SOLEH BUKAN MEMBUKTIKAN DIA PANDAI...
HATTA ORANG YG NAMPAK ALIM BERI PENDAPAT....TAK SEMESTINYA BETUL...
PERAWI YG SOLEH TIDAK SEMESTINYA RAWI YG,,, DAN BERUPAYA MENJAGA MAKLUMAT
SUJUD SAJADAH NAMPAK MACAM SOLAT, MEREKA ANGGAP, MENGADAP QIBLAT, T
CONTOH WANITA YG BACA QURAN DI RUMAH BACA AYAT SUJUD SEJADAH...
YG MENGANGGAP BUKAN SOLAT...TAK WAJID WUDUK,MENGADAP QIBLAT,DLM KEADAAN MENUTUP AURAT,
YANG TERBAIK BIARLAH KITA ADA WUDUK...
JAGAN KATA PADA YG TAK MENUTUP AURAT SUJUD...MEREKA AMBIL SUJUD TILAWAH SBG SOLAT...

SOALAN....
MEANS...O ADA ORG PUTIH JUGAK...MACAM AKU TULIS JA... NORAINI...NORAINI...KIKI

SYIFAQ BINTI ABDILLAH MELIHAT SEORANG YG BERJALAN TUNDUK..PERLAHAN ...DIA KATA .....AKU LIHAT UMAR IBN KHATTAB,
UMAR IBN KHATAB...BERCAKAP JELAS,JALAN LAJU,PUKUL SAKIT TAPI DIA BERTAQWA KEPADA ALLLAH...

FIKIRKAN KITA SENDIRI YG BERHUBUNG DGN ALLAH. TANPA BANTUAN SAPA SAPA...INSYAALAH...ALHAMDULILLAH AKLA KULLIHAL...AAMIIN








Apa. Khabar..