Jumaat, 1 Mac 2024
AMALAN NABI PADA 10 MLM TERAKHIR RAMADHAN
Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.”
Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu. Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa. Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama. ~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~
TAKUTNYA BILA TERINGAT BALASAN AKHIRAT NANTI. BIARKAN MEREKA BERPOLITIK...PLEASE LEPAS NI JGN KOMEN DAH...
BIARPON KOMENKU TENTANG POLITIK BEBERAPA PATAH PERKATAAN ,DAKU MULA RASA TAKUT , BILA LAH DAKU NAK MINTA MAAF PADA MEREKA. MESKIPON BETUL, KAN LEBIH BAIK DIAM ...ASTAGHFIRULLAH...
KAU KENA TAUBAT ENI...LEPAS NI JGN BUAT LAGI...KOMEN BIARLAH YG BAIK2 AJA..
Ramadan Anugerah Terindah
Erti Masjidil Aqsa Kepada Kita
(🔴LIVE) 29-02-2024 SS Prof Dato' Dr MAZA: Bulughul Maram {Siri 190}
Apa. Khabar..
-
Ini makanan pagi ku hari ini. Kalori? Tetap banyak. Usaha untuk kuruskan badan memang ke laut. Hihi. Apapon makan tetap kena. Jika tidak...
-
@marrsq100 2 days ago (edited) Kami kenal pakcik tu. Dia adalah manusia yg paling baik dlm dunia. Dia banyak menolong kami. Tak pernah lelah...
-
Sudah terang lagi bersuluh...demikian peribahasa...Allah Maha Kaya.
-
Manjanya Dr Hasmah dgn Dr Mahathir...Tengo...tua2 tu pegang tangan..suka tengok...