Ahad, 31 Disember 2023

Laksam Bangi

Laksam Bangi
 Sedap juga, tapi agak manis pada Laksam yg di jual di Lenggong.  Yang kat Lenggong dah disuikan dgn selera orang Lenggong... Kurang manis.  Apapon syukur dapat makan laksam tak payah buat sendiri... Moga maju jualan mereka Aamiin

Teringat masa dulu2 tu, mengidam nak makan laksam tunggu la kakak iparku belajar dari Ciknya (emaknya) untuk ajarkan padaku cara buat laksam, masa tu youtube belum ada...Daku dah bersalin baru dapat makan.  Hihi lambatnya Kak  Yah Abang Halid ( teman seMaktabku)  belajar dari maknya.   Lepas tahu masak laksam asyik buat ja...Siapa balik pon kita buat Laksam syok sangat. Rasa teruja pandai buat laksam yang jadi favourateku.  Hihi,

Mula kenal laksam bila Adinda Rashidah bawa semangkok laksam bagi tiap2 orang rasa, teman serumah kami kat Maktab Kuantan.  Kali pertama rasa belum minat, kali kedua rasa baru suka...dan seterusnya, beli...Jadilah kami orang Orang Pantai Timur, (Terengganu , Kelantan dan Pahang, sebab ini makanan orang Pantai Timur) Hihi...Kelakar.  Sebenarnya adinda Rashidah adalah orang Tikam Batu Kedah...Dia pengemar Laksam...Syidah! Syidah! kami makan laksam bila Syidah ajar kami makan...Tq Syidah.  Rindu pulak adik2 seperjuanganku kat MPK dulu.

 

Lelaki




(Penulis)

 

Assalamualaikum


 

Salah satu dpd tanda2 kecil kiamat

 

Tanda2 kecil kiamat

 


1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

Sabtu, 30 Disember 2023

Syukur

 


Ya Allah, Aku bersyukur kepadaMu kerana memberi aku minum air tawar yang tak masin pahit kerana dosa2ku.   Alhamdulillah Ya Rabb...

Sakit

Sakit, namun nikmat, itulah rindu.  Rindu padamu terlantun duka nestapaku. 

Betulkah rindu ini?  

Entahlah!

(Rindu ini adalah rindu pada manusia bukan Rabbmu)

 

Cinta.

 


Cintaku padaMu ada dua macam cinta.  Cinta kerana Engkau yang berhak menerima cintaku,tiada lain melainkan Engkau kerana cinta ini yang akan  membawa aku kesana. Ya Rabb,  Kuatkanlah aku dengan cinta ini.

Sakit

 


Sakit, Namun nikmat...Itulah rindu.   Rindu padaMu terlantun duka nestapaku.

Indah

 


Keindahan, dicaripon tidak akan kau temui kerana, ia tersembunyi dalam setiap diri si pencari.  Keindahan, kebenaran sebenarnya.   Salam silaturrahim dariku.

Jumaat, 29 Disember 2023

Ghulam Al Dakwah : Tadabbur Surah Al-Kauthar oleh Ust Abd Muein


Maakna Al Kausar....Kebaikan yg melimpah ruah...

Nabi buka mata dari tidur...lalu tersenyum

Rasulullah berkata dia mendapat wahyu....Surah Al-Kausar Turun...

Latar belakang surah..

Keadaan dakwah di peringkat awal...

1) Yg masuk agama Islam orang miskin yg tidak ada tempat dlm masyarakat..

Pemikiran org kafir yang melihat gulungan miskin yg mengikutnya maka mereka tidak percaya...

Jika orang islam tidak pepemikiran 





3 Feb 2020 | Surah Al - Asr ayat 1 -3 || Ustaz Abd Muein Abd Rahman

Surah Wal Asri,
Surah yang pendek tetapi maksudnya dalam...
Apa kata imam Shafie tentang surah,,,"Jikalau manusia berfikir tentang surah Al Ash..dan beramal dgn nya maka sudah cukup bagi mereka."
Formula manusia menjadi orang yang beruntung dunia dan akhirat dan rugi dunia dan akhirat.

Semua kita nak bahagia...Adakah kita guna surah Walasri untuk berjaya?
InsyaAllah mari kita gunakan untuk bahagia dunia dan akhirat
kita nak berjaya...sudah tentu...Formulanya ambil pengertian  dan tadabbur betul2 surah ni...


Prof Dr MAZA - Kenapa Mereka Berpaksi Kepada Wali Dan Habib Berbanding S...

Jamal Abdillah - Keluhan Perantau (Lirik)

Khamis, 28 Disember 2023

 TIDAK ramai mengetahui rahsia kayu manis yang berasal dari Caribbean, Amerika Selatan dan Asia Tenggara.

Rempah itu sudah digunakan sejak 2000 Sebelum Masihi pada zaman Mesir Kuno.

Kayu manis boleh didapati dalam bentuk kayu kering, serbuk dan penggunaannya sebagai minyak pati serta makanan tambahan.

Terdapat dua jenis kayu manis iaitu 'cassia' dan 'ceylon', kedua-duanya mempunyai khasiat berbeza.