Ahad, 13 Februari 2022
Mari buat sendiri ikan terobok masin ala2 Terobok Serawak
Sabtu, 12 Februari 2022
Menjelang Ramadhan...
Assalamualaikum!
Hari2 Solat Tahajjud 8 Rakaat. dan bagi peluang sempurnakan witir.
(Belajar doa dari orang Bangladesh) Tutup lampu ...hening sahaja...Hebatnya Bangladesh...Anak2 muda tenang...
Berdoa, satu jam berdoa. Menangislah! Lama kita tak menangis semasa berdoa...
Banyakkan membaca Al Quran.
Imam Abu Hanifah punya Fatwa wajib bagi orang Islam khatam Quran 2 kali setahun.
Tips mudah untuk khatam Quran sebulan sekali ialah 4 muka surat atau 2 helai selepas solat.
Banyak2 membaca Alquran akan melembutkan hati kata nabi.
Lepas Subuh ...Berzikir dan solat 2 rekaat Ishraq...Banyakkan membaca Al Quran.
Beriktiqaf dalam masjid dlm bulan puasa...di masjid sebulan atau 10 hari. Tak dapat satu hari sekurang2nya tidur di masjid.
2 amalan ahli syurga.
1) Didunia mereka kurang tidur
di malam hari.
2) Mereka juga sibuk beristighfar
di masa sahur.
***Bergembira dimasa menyambut bulan Ramadhan.
***Menangis menjelang Raya.
Jihat kita di akhir zaman...
Teruskan banyak berpuasa sunat.
Banyaklah berlapar di dunia.
2 Malam istimewa di bulan Ramadhan.
1) Malam Lailatulqadar.
2) Malam Hari Raya (Beribadatlah
di malam Hari Raya)
Moga kita berazam agar tahun ini adalah, Ramadhan yang terindah.
InsyaAllah.
MaasyaAllah.
Jumaat, 20 September 2019
Gambar...Apa maknanya kepada kita...
Adalah sedikit makna nostalgia pada setiap gambar...Yang paling utama kita akan menyedari berapa lama masa berlalu, dimana kita sekarang ini, Betapa makhlok yang bernama masa itu membawa kita terus menongkah hidup...💓💓
Khamis, 19 September 2019
Kitab Iman
2. Kitab Iman
Isnin, 24 April 2017
Doa Jauhi Belengu Kesusahan
Jumaat, 10 Mac 2017
Selasa, 31 Januari 2017
Ni... Doa kecantikan.
Rabu, 28 Disember 2016
Jadikanlah kami...
Ya Allah,
Jadikan kami bersabar saat di uji,
Bersyukur saat diberi,
Memaafkan saat di zalimi,
Istighfar saat menyalahi dan bukakan pintu hati kami untuk selalu dekat dengan Mu
Aamiin.
Ahad, 25 September 2016
Masjid Jamek Tebok Haji Musa
Sabtu, 17 September 2016
Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti. Share dgn semua orang. .
Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik.. Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:
■Jangan cemas
■Tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
■Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
■Letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
■Tangan diikat dengan perca kain.
■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
■Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
■Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
■rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
□Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.
Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).
Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.
Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.
Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.
Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
Share dgn semua orang.
.
TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN
Wallahu’alam.
Sumber: Hisyamuddin Lg
Via : Berita Harian Online
Selasa, 16 Ogos 2016
Rahmat Berselawat
Rahmat Berselawat
Seluruh umat Muslimin terhutang budi kepada Nabi MuhammadSAW, selaku Rasul terakhir,merangkap Penghulu sekelian Rasul, baginda bertanggungjawab sepenuhnya memmembawa ajaran Islam ke seluruh dunia.kalau tidak kerana kesungguhan dan kegigihanusahanya maka sudah barang tentunikmat Islam ini tidak dapat kita kecapi.
Setiap hutang mesti dibayar, lebih-lebih lagi hutang budi. Sabda Nabi SAW, sesiapa yang menerima budi orang lainsama ada berupa harta benda,, ilmu pengetahuan atau lain-lain maka orang yang menerima budi itu disuruh membalasnya dengan sebarang yamng ada padanya. Setidak-tidaknya berdoa untuk orang yang berbuat budi itu seberapa banyak yang ia fikir berpadanan dengan budi yang ia terima. Orang yang tidak berbuat demikian adalah orang yang tidak mengenang budi.
Berdosa
Umat Islam seharusnya mengucapkan selawatkeatas Nabi Muhammad SAW pada setiap kali menyebut, menulis atau terdengar nama Nabi atau gantinamanya atau pangkat kerasulannya disebut orang. Pendapat ini adalah pendapat sebahagian besar pengikut-pengikut mazhab Maliki, Hanafi,Syafie dan Hambali.
Keempat-empat ini berpendapat sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi maka ia telah melakukan satu dosa. Banyak hadith menjelaskan bahawa Rasullullah SAW memberi amaran ,iaitu sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi maka orang itu dikira sebagai sebakhil2 manusia Dialah yang mendapat kehinaan dyang memalukan dan memuramkan mukanya. Dialah yang beroleh kepayahan san kesusahan. Dialah yang jauh dari rahmat Allah, dan dialah yang akan masuk kedalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya kerana meninggalkan selawat ke atas Nabi.
"Wahai orang yang beriman! Ucapkanlah selawat keatas Nabi dan berikanlah salam dengan sebaik-baiknya." (Al Ahzab: 56)
Sebenarnya amalan selawat ke atas Nabi itu mengandungi banyak kelebihannya...Antaranya:
* Memperoleh rahmat Allah yang melimpah-limpah. Sab Nabi SAW , sesiapa yang berselawat kepada ku satu kalinescaya Allah akan limpahkan 10 rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat. Sebetulnya Rahmat Allah itu sangat penting, sebarang nikmat seperti ilmu pengetahuan, anak-anak , harta benda , pangkat atau kebesaran jika tidak di sertai oleh rahmat maka akan bertukar menjadi bala bencana atau kecelakaan.
* Dapat duduk berdekatan dengan Nabi di Akhirat nanti. Sabda Nabi SAW , sesungguhnya orang yang paling hampir dari kalangan kamu di Hari Kiamat di setiap tempat aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.
* Beroleh syafaat daripada Nabi di akhirat nanti. Sabda Nabi SAW , orang yang lebih berhak mendapat syafaatku di Hari Kiamat nanti ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.
* Layak memperoleh selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepada Nabi, selama ia berselawat kepada Nabi SAW . Sabda Nabi SAW , sesiapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat sentiasalah maalaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku.
Selasa, 19 Julai 2016
Baca 2 Ayat Ni Setiap Malam
Alhamdulillah !!! Baca 2 Ayat Ni Setiap Malam,Nescaya Allah Akan Lancarkan Rezekimu.. Baca Penuh Disini
kecukupan. Dua ayat saja? Iya, hanya dua ayat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sumber: Pelangimuslim
3 SEBAB KUCING DATANG PADA KITA
"3 SEBAB KUCING DATANG PADA KITA..".
Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
Kedua
Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan. Allah maha mampu memberi lebih dari itu.
Ketiga
Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah berikan kepada kita. Rezeki itu luas bukan hanya pada uang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada hewan karena hewan tak pandai mengucapkan terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.
Apa. Khabar..
-
Selamat tinggal Lenggong dan selamat tinggal Ipoh.. InsyaaAllah kami sampai dengan selamat.. Itu doaku.. Simpang Pulai kami tiba... Harap...
-
Lagi 54 minit.... Wow..... Mereka pulang dari Pejabat.. Saat ni mereka masih dijalanraya. Kesian mereka tempuh ini setiap hari demi menca...
-
GELAGAT SI KECIL... AKU TAK PUNYA CUCU. AKU SUKA LIHAT GELAGAT DUA SI KECIL INI. MEREKA DARI IBU DAN AYAH YG BERBEZA. INI ANAK ASOHAN BA...