Sejuk...damai...tenang ....sihat...
Mengimbau kenangan masa lalu
Terkenang di masa dulu...
Hatiku merasa pilu...
Mungkin tak dapat bertemu,
denganmu cintahati ku...
Masa berganti masa ...
Hatiku tidak lupa...
Saja jani...hehehe...
Rabu, 24 Februari 2016
Mudah dan Cepat melahirkan minat...
Assalamualaikum..
Semua orang ada kemahiran mengira masing2. Baik murid pintar ,sederhana atau lemah. Masing masing membuat matematik dengan cara sendiri tetapi jika kita lihat mengapa ada murid yang secara tiba2 boleh mengatasi kepintaran murid lain...tentu ada cara dan ada sesuatu yg baru mengubah statusnya pada masa itu...Apa yang dapat kita rumuskan ialah mereka mendapat teknik yang lebih mudah mengira dan cepat yg menyebabkan mereka berminat kepada pelajaran ini. Murid lemah jika terdedah dengan teknik yg mudah mereka akan lebih berminat dgn maths.....sambung lagi nanti
Semua orang ada kemahiran mengira masing2. Baik murid pintar ,sederhana atau lemah. Masing masing membuat matematik dengan cara sendiri tetapi jika kita lihat mengapa ada murid yang secara tiba2 boleh mengatasi kepintaran murid lain...tentu ada cara dan ada sesuatu yg baru mengubah statusnya pada masa itu...Apa yang dapat kita rumuskan ialah mereka mendapat teknik yang lebih mudah mengira dan cepat yg menyebabkan mereka berminat kepada pelajaran ini. Murid lemah jika terdedah dengan teknik yg mudah mereka akan lebih berminat dgn maths.....sambung lagi nanti
Selasa, 25 Februari 2014
Nasihat Kubur
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . ..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "... Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .. InsyaAllah..
Khamis, 23 Januari 2014
Siksa Penghuni Neraka
Bab 71. Tentang siksa penghuni neraka yang paling rendah
( HR.MUSLIM No:313 )
Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra., ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Ahli neraka yang paling ringan siksanya pada hari kiamat, adalah seseorang yang pada lekukan telapak kakinya diberi dua bara yang menyebabkan otaknya mendidih.
( HR.MUSLIM No:313 )
Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra., ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Ahli neraka yang paling ringan siksanya pada hari kiamat, adalah seseorang yang pada lekukan telapak kakinya diberi dua bara yang menyebabkan otaknya mendidih.
Rumahtangga Rasullullah.
.jpg)
Rumahtangga Rasullullah.
Rumahtangga Rasullullah ada rumahtangga tersempurna. Kata ibnu Masood "Sekalipun sisa hidupku tinggal 10 hari aku pastikan aku bertemu Alah tidak dalam keadaan bujang" Nabi bersabda: Ajarkan anak kamu 3 perkara. 1) Ajar mereka sampai boleh kasih pada Nabi. 2) Sampai dia boleh menyintai ahli keluarga nabi...Saidatina Fatimah Saidina Ali, anaknya hasan dan husin ,Saidatina Fatimah, Saidatina Khadijah, Aishah... 3) Ajarlah mereka membaca Al Quran. Keluarga Nabi Ahlulbait, ambil sedikit sahaja tentang dunia...Nabi ditawarkan emas sebesar bukit Uhud...Nabi pula suka bergaul dengan orang miskin. Bukan materialnya menjadi kehendak semata2... Saidina Ali berkata, Rasullullah barsabda: Orang yang paling teguh kedudukannya di Titian Siraj ialah orang yang menyintai Keluarga Rasullullah
"
Rabu, 22 Januari 2014
Keutamaan Zikir
BAB KEUTAMAAN ZIKIR
"IINGATLAH TUHANMU DALAM HATIMU, SERTA MERENDAH DIRI DAN TAKUT DAN BUKAN DENGAN SUARA YANG KERAS, WAKTU PAGI DAN PETANG HARI DAN JANGANLAH ENGKAU TERMASUK ORANG2 YANG LALAI"
Q.S Al-Ankabut:45
"IINGATLAH TUHANMU DALAM HATIMU, SERTA MERENDAH DIRI DAN TAKUT DAN BUKAN DENGAN SUARA YANG KERAS, WAKTU PAGI DAN PETANG HARI DAN JANGANLAH ENGKAU TERMASUK ORANG2 YANG LALAI"
Q.S Al-Ankabut:45
Ahad, 5 Januari 2014
Itik berenang2 maanja...
Di Taman Shinreen berbasikal dengan menyewa dari penjaga taman dan mengayuh basikal di sekitar taman yang agak luas sangat menyeronokkan. Sampai di tepi tasik yang mana terdapat itik berenang2 manja. Seronok sangat kerana suasana dingin menjadikan kita tidak mudah penat walaupun mengayuh basikal menaiki bukit...hmm menyamankan.
Jepun dalam kenangan. Qurrata dan Aini dekat Tokyo Bay . Shopping.
Baru sampai di Taman Shinrin dengan Qurrata yang pada masa ini dia sahaja tahu berbahasa Jepun.
Mummy Qurrata terpaksa tanya Qurrata nak cakap nak sewa basikal di Taman. Qurrata yang cakap dengan penyewa basikal di taman. Indahnya kanak2 baru Pra Sekolah fasih berbahasa Jepun.
He he he ...Seronoknya main salji. Bukan apa terasa teruja sikit dan kagum dengan keajaiban Illahi...maklumlah kita bukan selalu nak ke negeri 4 musim ni melainkan orang2 kaya dan pelajar2 yang belajar disini. Menurut jiran sebelah merekapun teruja bila salji turun...anak2 mereka bersorak ...yuki!...yuki!... cam tu lah keadaannya.... snow!...snow!...salji....salji...he he he...
Qurata dan Mak Cik di Taman Shinreen
MAYAT TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT
Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :
1-Para Nabi-Nabi
2-Para Ahli Jihad Fisabilillah
3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia
Jom kita Kongsi kepada rakan anda . insyaAllah siapa yang Share ini , selagi ada orang yang m'baca dan beramal . anda turut dapat pahala..
PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara struktur Kaabah yang merupakan keajaipan.
PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains
.Ini adalah beberapa petikan yang saya petik dari facebook yang saya rasa baik untuk saya share buat pembacaan kita bersama.
1. Mekah adalah
kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya
tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh
didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti
yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak
sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di
situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan
di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan
frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi,
penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus
hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio
tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi
satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi
radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana
tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling
tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di
bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam
walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi
satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme
sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan
posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat
aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan
tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam
ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah
atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan
mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan
meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang
berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
Sabtu, 4 Januari 2014
Dosa-dosa besar dan yang paling besar
2. Kitab Iman
Bab 31. Menerangkan dosa-dosa besar dan yang paling besar
( HR.MUSLIM No:127 )
Hadis riwayat Anas ra.: Dari Nabi saw. tentang dosa-dosa besar, beliau bersabda: Menyekutukan Allah, mendurhakai kedua orang tua, membunuh manusia dan persaksian palsu.
( HR.MUSLIM No:129 )
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Jauhilah tujuh hal yang merusak. Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, apa tujuh hal itu? Rasulullah saw. bersabda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh berzina wanita-wanita yang terjaga (dari berzina) yang lalai dan beriman.
Bab 31. Menerangkan dosa-dosa besar dan yang paling besar
( HR.MUSLIM No:127 )
Hadis riwayat Anas ra.: Dari Nabi saw. tentang dosa-dosa besar, beliau bersabda: Menyekutukan Allah, mendurhakai kedua orang tua, membunuh manusia dan persaksian palsu.
( HR.MUSLIM No:129 )
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Jauhilah tujuh hal yang merusak. Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, apa tujuh hal itu? Rasulullah saw. bersabda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh berzina wanita-wanita yang terjaga (dari berzina) yang lalai dan beriman.
Ahad, 20 Oktober 2013
Share Solat Sunat Wuduk by Shafi-Q
Solat Sunat Wuduk
Posted by Shafi-Q.
.
Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’. Jika kebetulan berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat ‘muqayyad’ iaitu solat bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat.
Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.
.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:
“Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?” Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.” (Muttafaq ‘alaih)
.
.
CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK
.
1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua raka’at amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk.
.
2. Lafaz dan niatnya ialah:
.
3. Bacaan surah selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua: Surah An-Nas
.
.
KEUTAMAAN SOLAT SUNAT WUDUK
Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan yang sangat besar sepertimana yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW):
.
1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau
‘Uthman menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
“Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mendirikannya dengan khusyuk) nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
.
2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
“Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga.”
.
.
http://shafiqolbu.wordpress.com/
Khamis, 5 September 2013
Mengubah Ciptaan Allah
MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:
“Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Kesimpulan Hadis:
1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.
2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.
BUMI AKAN MENJADI SAKSI
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.
Baginda s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.
2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.
3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.
KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.
2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.
3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.
AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.
2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.
Rabu, 3 Julai 2013
AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Share Shafiqolbu agar menjadi manfaat buat semua...
KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
.
Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
Doa dimakbulkan Allah.
Memperolehi ketenangan jiwa.
Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.
Memudahkan Bangun Solat Malam
.
Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
By; shafiqolbu
Langgan:
Catatan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam b...