Ahad, 17 September 2023

Keutamaan Islam dan ajarannya yang paling utama

 

Menerangkan keutamaan Islam dan ajarannya yang paling utama

 Assalamualaikum...


2. Kitab Iman
Bab 12. Menerangkan keutamaan Islam dan ajarannya yang paling utama
( HR.MUSLIM No:56 )
        Hadis riwayat Abdullah bin Amru ra., ia berkata: Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw. Islam manakah yang paling baik? Rasulullah saw. bersabda: Memberikan makanan, mengucap salam kepada orang yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenal.
( HR.MUSLIM No:57 )
        Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata: Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw: Orang Islam manakah yang paling baik? Rasulullah menjawab: Orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya.
( HR.MUSLIM No:59 )
        Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata: Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya.
                                       

Dalil orang yang mati dalam keadaan menetapi tauhid,

 

Dalil yang menunjukkan bahwa orang yang mati dalam keadaan menetapi tauhid, niscaya akan masuk surga

 Assalamualaikum...

2. Kitab Iman
Bab 10. Dalil yang menunjukkan bahwa orang yang mati dalam keadaan menetapi tauhid, niscaya akan masuk surga
( HR.MUSLIM No:47 )
        Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Rasulullah saw. dan Muaz bin Jabal berboncengan di atas tunggangan. Rasulullah saw. bersabda: Hai Muaz. Muaz menyahut: Ya, wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Rasulullah saw. memanggil lagi: Hai Muaz. Muaz menjawab: Ya, wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Sekali lagi Rasulullah saw. memanggil: Hai Muaz. Muaz menjawab: Ya, wahai utusan Allah, aku siap menerima perintah. Rasulullah saw. bersabda: Setiap hamba yang bersaksi bahwa: Tiada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, maka Allah mengharamkan api neraka atasnya. Muaz berkata: Wahai Rasulullah, bolehkah aku memberitahukan hal ini kepada orang banyak agar mereka merasa senang? Rasulullah saw. bersabda: Kalau engkau kabarkan, mereka akan menjadikannya sebagai andalan.

Salat lima waktu

 

Salat lima waktu adalah salah satu rukun Islam

 Assalamualaikum...

Bab 2. Salat lima waktu adalah salah satu rukun Islam
( HR.MUSLIM No:12 )
        Hadis riwayat Thalhah bin Ubaidillah ra., ia berkata: Seseorang dari penduduk Najed yang kusut rambutnya datang menemui Rasulullah saw. Kami mendengar gaung suaranya, tetapi kami tidak paham apa yang dikatakannya sampai ia mendekati Rasulullah saw. dan bertanya tentang Islam. Lalu Rasulullah saw. bersabda: (Islam itu adalah) salat lima kali dalam sehari semalam. Orang itu bertanya: Adakah salat lain yang wajib atasku? Rasulullah saw. menjawab: Tidak ada, kecuali jika engkau ingin melakukan salat sunat. Kemudian Rasulullah bersabda: (Islam itu juga) puasa pada bulan Ramadan. Orang itu bertanya: Adakah puasa lain yang wajib atasku? Rasulullah saw. menjawab: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukan puasa sunat. Lalu Rasulullah saw. melanjutkan: (Islam itu juga) zakat fitrah. Orang itu pun bertanya: Adakah zakat lain yang wajib atasku? Rasulullah saw. menjawab: Tidak, kecuali jika engkau ingin bersedekah. Kemudian lelaki itu berlalu seraya berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambahkan kewajiban ini dan tidak akan menguranginya. Mendengar itu, Rasulullah saw. bersabda: Ia orang yang beruntung jika benar apa yang diucapkannya.

Iman, Islam, ihsan

 

Iman, Islam, ihsan dan kewajiban beriman kepada takdir

 Assalamualaikum semua...

2. Kitab Iman
Bab 1. Iman, Islam, ihsan dan kewajiban beriman kepada takdir
( HR.MUSLIM No:10 )
        Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan salat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu? Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka.

Sabtu, 16 September 2023

Selamat Hari Malaysia

 Assalamualaikum Semua.  Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua.  Semoga dirahmati Allah.  Maafkan saya jika tersalah melukakan hati anda semua  tanpa saya sedari, sahabatku...

Jumaat, 15 September 2023

Zikir waktu pagi

 Zikir waktu pagi

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Khamis, 14 September 2023

Taatnya kepada siapa yg memerintah...sebenarnya fitnah di mana2

 Assalamualaikum.

Semoga Rakyat Malaysia semua dalam keadaan aman tenteram di bawah pemerintahan Malaysia Madani..Janganlah bagi kami keliru...kami susah nak minta maaf. nanti.....entah bila...Please...Kami yg kena taat pada perintah...

Susahnya...Tak mahu dah dengar pasal politik...Kadang betul kadang salah...kalau salah bila nak minta maaf...sekarang aku malas dengar..GO WITH THE FLOW" ja...

Mai dengar ceramah ustaz ...lagi baik...


Prof Dr MAZA - Salah Satu Dari 3 Perkara Akan Terjadi Ketika Kita Berdoa


TOLONG DENGAR CERAMAH..NOTA SAYA NAK EDIT...UNTUK SAYA INGAT...BELUM EDIT!

Subhanallah...Allah lebih besar kurniaanNya....
Allah suka sangat kita meminta padaNya.
Dlm hadith lain Nabi mengatakan "Tidak ada satu yang paling mulia ialah seseorang yang berdoa"
Tak ada sesuatu yg lebih mulia pada Allah dpd doa...doa itu mezahirkan kerendahan diri, Allah suka hubungan kita dgn Allah...Doa menterjemahkan itu...kita merintih dgn rebdah dirimkepadaNya.
Allah sayang orang yang suka berdoa kurniaan yang tidak di sangka muncul dlm hidupnya.
Allah tahu dia nak kegembiraan ,yang membahagiakan... Kita mintak apa yg terlihat dgn mata kita ...bagaimana pandai merintih tentu kurniaan Allah banyak kepada mereka...Tak semestilah doa itu dlm ...

Rabu, 13 September 2023

6 Julai 2020 || Tadabbur Surah Ad Dhuha ayat 1-3 || Ustaz Abd Muein Abd ...


TOLONG DENGAR CERAMAH..NOTA SAYA NAK EDIT...UNTUK SAYA INGAT...BELUM EDIT!


Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Rabbiyassir wala tua'sir Rabbi tammim bilkhir, "Uhibbukum fillah"...Saya cinta kepada anda semua kerana Allah. Semoga dengan kita sesama kita Cinta antara kita dapat menjadikan kita dicinta oleh Allah.
Tadabbur Surah Al-Insyirah...

10 Perkara Asas mendapat kebahagiaan  melalui surah Al Insyirah.

1..Sesungguhnya setiap kebahagian itu hanya di tangan Allah SNW. Hanya Allah sahaja dpt memberi kebahagian kerana kebahagian itu ciptaan Allah. Kebahagiaaan itu juga makhlok ciptaan Allah. Nak kebahagiaan dekatlah kepada Allah.  (Buka surah Al Najmu ayat 43)...Sesungguh Dia, hanya Dia yang boleh menjadikan manusia suka(ketawa) dan suka juga milik Allah.  Kebahagiaan milik Allah...Ada orang bahagian masuk politik, tetapi tidak bahagia dlm ketakutan takut jatuh dlm politik,...kalau nak bahagia bukan semestinya berkahwin memiliki isteri yg cantik,  paling  baik kembali kepada Allah, barangsiapa mahu bahagia kerana rasa takut dan sedeh...Bila hilang barang sedeh...Kata Allah, nak bahagia ikut petunjuk Allah..

2.  Kebahagian adalah dihati , bahagia dlm hati, bukan pada pakaian...kereta mewah baju cantik tapi tak bahagia jua...

3. Asas bahagia adalah bertaubat kepada Allah.   Fawadhaqna angkadazahraq...Kami angkat.......

4...Nama kita di sebut oleh orang lain khususnya selepas kita meninggal(BukAN...Warafaqnalakazikraq..

5. Allah tidak pernah menjadikan kesukaran tanpa ada kesenangan kaedah kegembiraan...kalo ada susah mesti ada senang...kalau ada sedih mesti ada suka...yakin pada janji Allah.
Nabi bila di Mekah nabi boleh berfikiran positif, nabi yakin susah itu ada senang..

6. Bersama kesenangan itu akan turut bersama kesukaran...Contoh bila musafir ada solat jamak.

7.  Setiap kesukaran mesti ada 2 kesenangan.
kena yakin bersama kesukaran ada 2 kesenangan.
Bila sakit boleh solat duduk..dan bertambah nak buat solat sunat lain dan bertambah rajin nak solat...

8.  Wajib penuhkan masa kosong dgn amal soleh dan kebajikan..."Faiza faraq ta fan sard" "Jangan buang masa"...siap satu kerja buat kerja lain...

9.  Ibadat kepada Allah asas kepada kebahagiaan.  Kalau penat sebab ibadat...Alhamdulillah...Beribadatlah sampai penat,

10.  Ikhlas kerana Allah dalam melakukan sebarang ibadat..."Wailla rabbika...",Hanya
 kepada Tuhan engkau...ikhlaskan kerja kamu  hanya kerana Allah untuk Allah...

Surah Adh Dhuha.( Maksud lebih kurang sama suirah As Shahru)
Maksud kedua surah nak akan sama''

Sebab turun surah Adh dhuha kerana wahyu terputus... 

2 kali wahyu terputus... selepas Iqraq ...terputus...lepas tu Ya addhuhan Muzammil...Mudassir

Surah Addhuha turun dlam keadaan yg menyedehkan Nabi...Nikmat jumpa Jibril satu kekuatan.( Kekuatan nabi adalah Wahyu.) Bila wahyu terputus kesedihan besar  bagi nabi...nabi sampai sakit ...lemah...'Tiada nikmat yg paling nikmat bila turun wahyu...

Analoginya ...Kita bercinta dgn orang yg kita cinta ...tiba2 satu hari dia tak call...apa perasaan kita...itu hanya bercinta dgn manusia...Tapi Nabi kita, bercinta dgn Allah...kesannya Nabi sakit dan rasa tertekan...Kesan nampak pada wajah Nabi...Orang Mushrikin ambil peluang untuk mengata Nabi...Berubah kehidupan Nabi...Janganlah kita terputus dari Al Quran...Jangan matikan hati kita dgn tak baca Quran...Kita Cinta Nabi, mesti sentiasa bersama AlQuran...Makna nya kita ada masaalah.
Bila nak tadabbur...alasannya tiada masa lapang untuk baca ayat Allah, makna kita jauh dari Allah.  Mana masa kita pergi..?  Kita belum kenal Al Quran...Hakikatnya...
Dgn Tuhan yg bagi rezeki kepadamu kamu kata tiada masa...

Sebab itulah, masa Salafussoleh  semuanya terisi, berpandukan Al Quran... Kalo Nabi sedeh, sedeh dan sakit..hanya kerana beberapa hari sahaja terputus wahyu. Orang Kafir..sentiasa mencari kelemahan Nabi...
Orang kafir takut pada Al Quran...Al Quran akan mengubah sesiapa sahaja...Orang kafir berjaya menjadikan Orang Islam berakhlak Barat 

Dlm surah Al fussilat ayat 26...

Aauuzubillah...

Wathdhuhaa...
Demi waktu Dhuuha...Bila Allah bersumpah dgn sesuatu(masa) ...bermaknanya sangat penting, menunjukkan kebesaran Allah....Apa kebesaran Allah dpd waktu Dhuha? Daripada kegelapan menjadi cerah satu dunia...
Manusia tak mampu mencerahkan mlm satu dunia, manusia tak mampu...
Rahmat Allah yg jadikan siang, malam , dan siang, lepas itu Allah bersumpah...

Allah bersumpah dan demi waktu malam  apabila ia tenang...Sakana atau sakinah..tenang...Kenapa Allah bersumpah dgn Dhuha...Dgn Rahmat Allah...bertemu kita dgn siang hari...Mengapa Allah pilih Waktu Dhuha... bukan Nahar...Siang...Apa waktu terbaik?...."Waktu dhuha"...Waktu cuaca tidak sejuk sgt dan tidak panas sangat...Allah nak kita beramal...Solat Dhuha...
Solat Dhuha 4 rakaat Allah akan sempurnakan urusan pada hari itu...

2 .  Nabi sebut 360 sendi ini memudahkan manusia ...Tasbih, tahmid, tahlil, sedekah... Nabi kata hanya 2 rakaat Dhuha...merangkumi...semua tadi...(Salah dhuha itu untuk rezeki"
Ahli akhirat bukan mengharapkan rezeki, tetapi mahukan pahala...Ahli Dunia ke Ahli Akhirat?...yg mana kita lebih suka...Kita lebih suka memberi...daripada menerima...
Jadi ketiga...Solat Dhuha adalah solat Awwabin adalah solat Dhuha (hadith Soheh)bukan awabbin di Maghrib...
Solat terbaik adalah semasa "Anak unta bangun perut kepanasan dari tidur".. Pahala solat israq...setelah solat  Subuh berjemaah dan solat sunat...dua rakaat...... Dianya awal Dhuha...(Tunggu 15 minit selepas terbit matahari)

sedeh bagaimnanapon sedeh berpanjangan dan akhirnya mesti ada kegirangan...

Maa wadaaka(tinggal)..Hajjatul wadaq...Haji Selamat Tinggal...Tidak meninggalkan engkau...
"Tuhan engkau tidak mungkin meninggalkan engkau"   Mana mungkin Aku meninggalkan engkau sedangkan engkau Khalill...kekasihKu..."Allah tak mungkin membenci Engkau"..

Bagaiman nak tahu Allah tidak benci kita?  Allah beri ...sentiasa redho menerima musibbah...redho...InsyaAllah Eni akan Redhoo Ya Rabb...








Selasa, 12 September 2023

Doa Nabi Yusuf 'Alaihissalam.

 Doa Nabi Yusuf "Alaihissalam,

"Surah Yusuf ayat 101."

Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takwil mimpi (Ya Tuhan)  pencipta langit dan bumi, Engkau pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkan aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang2 yang soleh.


Juz 13, "Surah Yusuf ayat ke 56 dan 57"

56. Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di Negeri Mesir;Dia berkuasa penuh)bebas tinggal dimana mana dia kehendaki di bumi Mesir itu.  Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan kami tidak mensia2kan pahala orang yang berbuat baik.

57.  Dan sesungguhnya pahala akhirat itu lebih baik bagi orang yang beriman dan sentiasa bertakwa.

Pertemuan Nabi Yusuf 'Alaihissalam dengan kedua orang tuanya.(Surah Yusuf ayat 93,94 dan 95,96)

93.  "Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu meletakkan ke wajah ayahku nanti dia akan melihat kembali, dan bawalah seluruh keluarga kamu kepadaku."

94.  Tatkala kafilah itu keluar (dari Negeri Mesir),ayah mereka berkata" Sesungguhnya aku mencium bau Yusuf, sekiranya kamu tidak menuduhku nyanyuk (tentu kamu membenarkan aku)."

95.  Keluarganya berkata : "Demi Allah sesungguhnya kamu masih dalam kekeliruan yang dahulu"

96.  Maka ketika telah tiba pembawa khabar gembira itu,maka di letakkannya baju gamis itu ke wajahnya (Yaakub), lalu dia dapat melihat kembali. Dia (Yaakub)berkata: "Bukankah telah aku katakan kepadamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya".

99.  Maka tatkala mereka masuk (ketempat) Yusuf merangkul kedua ibubapanya dan dia berkata "Masuklah kamu ke Negeri Mesir insya'Allah dalam keadaan Aman."

100.  Dan dia menaikkan kedua ibubapanya keatas singgahsana.  Dan mereka semuanya merebah diri dan bersujud kepada Yusuf, dan Yusuf berkata " Wahai ayahku! inilah takwil mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan , Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku,ketika Dia membebaskan aku dari penjara dan ketika membawa kamu dari pendalaman padang pasir, setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara2ku, Sesungguhnya Tuhanku maha lembut atas apa sahaja yang Dia kehendaki.  Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


Pelajaran yang dapat diambil daripada kisah Nabi Yusuf 'Alaihissalam.

102.  Demikian itu (adalah) diantara berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): padahal kamu tidak berada disisi mereka, ketika mereka memutuskan rancangan ( untuk memasukkan Yusuf kedalam perigi dan mereka sedang mengatur tipudaya.

103.  Dan sebahagian manusia tidak akan beriman walaupon kamu sangat menginginkannya.





Isnin, 11 September 2023

Kita kena ada Allah untuk kita bersandar...

Assalamualaikum sahabatku,
Jika kita niat untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah  silakan, kerana sebarang yang kerana Allah adalah yang terbaik buat kita.  Kita akan happy, InsyaAllah.  Tapi daku tetap doakan agar dikau dan keluargamu sentiasa diberi Allah dalam kesejahteraanNya.  ...Doakan daku sama ya! Jangan lupa... 
Salam Silaturrahim dariku...
Sedeh rasanya...


Ahad, 10 September 2023

20 Julai 2020 || Tadabbur Surah Adh Dhuha ayat 9-11 || Ustaz Abd Muein A...



TOLONG DENGAR CERAMAH..NOTA SAYA NAK EDIT...UNTUK SAYA INGAT...BELUM EDIT!

Dalam hartamu terdapat harta orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tak meminta2...
Yang meminta jangan di herdik dan yang tidak meminta itu perlu dicari...

Kenapa penting anak2 yatim, bersyukur lah dengan jaga pula anak yatim yang lain...peduli pada anak yatim...
Tak jaga anak yatim, tak peduli anak yatim adalah tidak peduli anak Yatin dan tak beri makan pada orang miskin.

Pertama anak yatim ke dua, orang miskin yang meminta..

Sebab tidak mendorong bagi makan orang2 miskin...maka kata Allah balasan masuk neraka.  Di dunia ramai tapi di akhirat tiada kawan, di sana balasan darah bercampur dgn nanah... Mintak di jauhkan dari Allah...
Surah Al Maun.
A raaai itallazi ykazzibubiddin Waraaikallazi yahuddu

Lihat Muhammad, disekeliling kamu pendusta agama, mereka ialah orang yang mengherdik anak yatim,walaupon solat ,umrah atau haji...mereka pendusta agama...Besarnya pelihara  anak yatim dan beri makan org miskin...Dia tidak menjadi pendorong memberi makan org2 miskin  yg lapar ...

Kebaikan orang yg menjaga anak yatim...bagi makan ,pendidikan dan kasih sayang," seperti ini dgn ku."..seperti jari telunjuk dan hantu. nabi tunjuk..pedulikan anak yatim..

Ayat 9,  Allah dapati engkau anak yatim...
ayat 10,  selari Allah mendapati engkau tidak berilmu dan Allah beri ilmu petunjuk
Ayat 11  selari dgn Allah dapati engkau miskin Allah beri nikmat kecukupan,dan  untuk Engkau yang paling besar nikmat Ilmu,Islam...Aku telah sempurnakan Agama Kamu dan Aku telah lengkapkan kepada kamu nikmat kamu dan aku Redhoo Islam itu Agama kamu...cerita kan kapada orang tentang nikmatnya Islam... kena tidak kufur nikmat...Islam nikmat paling besar.
Kalau kamu muliakan anak yatim dan kamu muliakan orang miskin...pedulilah anak yatim dan orang miskin hubungan dgn anak yatim dan yang miskin...Hubungan orang miskin adalah kemuliaan.

Perbanyakkan doa di arafah ...daripada bacaan Al Quran...
Mari kita sampaikan ilmu walaupon hanya sepotong ayat...MaashaaAllah walau kita bukan pendakwah...sampaikan walau dgn satu ayat atau satu Hadith...Mari mari....kita amalkan...

Pelajar yg belajar agama kita dapat pahala Fii sabillillah....
Penyebab masuk neraka adalah sembunyikan Ilmu Agama....


Sabtu, 9 September 2023

WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY

 WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY

Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesradengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol dlaam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaumfakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilan dari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )

Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gabenor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras . Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untuk diperlakukan demikian itu.  Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja,kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi.  Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.|

Rambutan, ada rezeki tahun ni...Langit Jumaat 12.00 Tengahari....














 

Apa. Khabar..