Sabtu, 12 Ogos 2023

Burung Kecil


Aku ingin menjadi Si Burung kecil...Menyiram api yg membakar tubuh suci Nabi Ibrahim menggunakan paruhnya. Bila di tanya kenapa dia hanya berkata itu adalah satu jawapan yang akan di jawabnya apabila di tanya Allah apakah usaha untuk menyelamatkan Nabi dari api yang marak menyala.

 

Sabar...



Darah tinggiku...156/108

cool down Eni...Calm down...137/94

ok... jangan bergerak lagi ...

astaghfar...

alhamdulillah ala kulli hal...

Laa illa ha illa anta, subha na ka inni kun tu minaz zolimin.

136/95...oke  dah...

Syukur...

 

AAM 2023 Dunia Bukan Syurga (08) Titiskan Air Mata, Fadhilat, Zikir & Is...

Isnin, 7 Ogos 2023

Indahnya Syurga

 Dapat Syurga Yang Biliknya  See Through Dalam ...


1)    Bercakap baik semasa di dunia

2)    Memberi org makan..masa di dunia

3)    Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia

4)    Bangun solat malam masa di dunia

Nasihat Kubur

 Nasihat Kubur: 

 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di           antara yg gelap, maka terangilah .. aku       dengan TAHAJUD

 2). Aku adalah tempat paling sempit, maka         luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .
 
 3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka       ramaikanlah aku dengan banyak membaca         AL-QUR'AN.

 4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang           menjijikan maka racunilah ia dengan Amal       SEDEKAH.

 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana       tidak Solat, bebaskan sempitan itu             dengan SOLAT. 

 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg           cairan yg sangat amat sakit,bebaskan           rendaman itu dgn PUASA.
 
 7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka       Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak         mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" 
     Kirim ini semampumu dan seikhlasmu             kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau       hanya pada 1 org..Ketika anda ingin           menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun             mencegahnya. Syaitan berbisik;                 "Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN,         tak penting pun, BUANG MASA saja, tak         mungkin akan di baca "... Sekecil apapun       amal ibadah, Allah SWT menghargainya           puluhan kali ganda .. InsyaAllah.

     Syaitan!  Engkau kalah!!!

Kaedah Merawat Pelbagai Penyakit Yang Berpunca Dari Perut

Jumaat, 4 Ogos 2023

Doa yg di ajar Rasullah kepada isteri sahabat yg mati dlam medan perang..

 "Innalillahiwainnailaihiraajiuun , Allah humma ajurrni fii musibati  waakhlifli khairan min ha."

DaripadaMu kami datang dan kepadaMu kami kembali...Ya Allah berilah musibah ini pahala dan gantilah yang lebih baik daripada ini..."

Inilah doa yang Rasullah ajarkan kepada seorang isteri sahabat yang meninggal bernama Ummu Salamah nama  benarnya Hindon binti Abi Umaiyah yg baginya  tiada penganti sebaik bekas suaminya itu Abu Salamah , dan beliau dinasihati Rasullah supaya bersabar dan di ajar Rasulullah doa ini beliau baca doa ini, akhirnya dia  menjadi isteri Rasullah ternyata lebih hebat daripada bekas suaminya...

Gambar2

 

FRIDAY, 11 MARCH 2016

Explore gambar2...

Assalamualaikum...
Aini....Sejuknya.....
Dekat pokok apa ni...
Dekat NHK Kak Hendon...Wow NHK kak hendon....hahaha
Dengan Nani semasa nak ke Tobu World Square...Baik Nani ini...come pun come....
Di Shinreen Kuen..wuh tengok Aini...dia sangat pandai action...semua aksi dia menarik tak padan kecil...bila merajuk rumput kat Shinreen Kuen gelak besar...aini berguling2 atas rumput...hahahha....
kuat merajuk dia ni....
Dekat mana ni...around Tokyo Bay jugak tu ke?   ada Statue of Liberty lagi kot...Indriani marah sangat ...apa la ani dapat bergambar kat statue of liberty sedangkan i susah2 kena gi sana...hehehhe saya kata mereka tu macam adik ngan abang...Jepun kena lah bodek ...kerana takut bom atom kat hiroshima dulu...kahkahkah....Indra...Indra...kawan baik yang dah lama tak dengar khabar...
Tengok kelas tadika Aini...Ainipon dah macam anak Jepun dah rupa dia...Pengetua dia yang berbaju kotak2 tu..Siap tarik tangan mak cik lagi nak tunjukkan Aini dah pandai main gasing...tetiba aini cuba tak memusing...sedangkan kawan2 aini semua pandai baling ...boleh memusing...gasing mai dari tempat kita lagi...hehhehe
Obento Aini....makcik belajar sebut  "Aini no obento desu'"  Ini bekal makan Aini....Cikgu aini kata macam sedap je...Hanya Aini yang kena hantar obento dari rumah sebab aini beragama Islam....
....





Doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir




Doa selepas tahayyat Akhir

 Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim

Rumahtangga Rasullullah

 

FRIDAY, 14 MARCH 2014

Rumahtangga Rasullullah




Rumahtangga Rasullullah.

 Rumahtangga Rasullullah ada rumahtangga tersempurna. Kata ibnu Masood "Sekalipun sisa hidupku tinggal 10 hari aku pastikan aku bertemu Alah tidak dalam keadaan bujang" Nabi bersabda: Ajarkan anak kamu 3 perkara.
 1)    Ajar mereka sampai boleh kasih pada Nabi.
 2)    Sampai dia boleh menyintai ahli keluarga nabi...Saidatina  
        Fatimah   Saidina  Ali, anaknya hasan dan husin ,Saidatina 
        Fatimah, Saidatina Khadijah,  Aishah...
 3)    Ajarlah mereka membaca Al Quran. Keluarga Nabi Ahlulbait, ambil 
        sedikit  sahaja tentang dunia...Nabi ditawarkan emas sebesar bukit
        Uhud...Nabi pula suka bergaul dengan orang miskin. Bukan
        materialnya menjadi kehendak  semata2... Saidina Ali berkata,
        Rasullullah barsabda:
 
         Orang yang paling teguh kedudukannya di Titian Siraj ialah orang
          yang   menyintai Keluarga Rasullullah"

Muezza Rasullullah

 

MONDAY, 6 JANUARY 2014

Rasulullah Dan Muezza



Rasulullah Dan Muezza

 Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Setiap Nabi akan menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah, Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan. 

Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan munggil kucing itu. 


Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah berat, dalam sebuah hadist shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.


 Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu-Bakar As-Siddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdur Rahman bin Sakhr al Azdi. diberi julukan Abu huruyrah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan dirumahnya.” 


Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.


 Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni]. Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain.


  Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci. Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.

Apa. Khabar..