Isnin, 8 April 2024
Ahad, 7 April 2024
Menu kami hari ke 27 Ramadhan, 2024
27 Ramadhan, kami masak kari kambing. kari kambing dibuat jelatah buah Melon ,sambal , petai jeruk, mantau/pau serta air sirap.
Kari daging kambing menjadi pilihan kami hari ini. Daku mula mengemari kari kambing bilamana daku pernah rasa Kari Kambing ,Brahim's. Sedap sangat. Daku tak makan kambing sebelum ini... Sekarang jadi gemar makan kambing. Syukur dapat makan daging kambing.
Melon/Tembikai susu.
Jelatah sayur...Acar sayur sesuai di makan dengan gulai kari.
Mantau/pau ini anakku makan dengan celup kedalam kari kambing.
Jeruk petai yang belum berapa jadi...hihi
Sambal yang sesuai dimakan dengan Kari.
Air melon Strawberry dan air sirap biasa.
Kami tetap bersyukur dengan makanan sederhana kami. Syukur Ya Rabb yang
menganugerahkan kami makanan dan kami dapat makan dengan rasa sedap
di lidah kami anugerahMu jua.
Diem cried while waiting for Monkey Kaka on the stairs
Sedehnya menghadapi situasi ini. Daku dah rasa bila adik hilang. Daku terus mencari sampai pukul 4.00 pagi. Masa tu daku bertongkat. Daku terus cari adik tak dapat kesan.
Kejadian berlaku masa daku pergi Bangi. Dia kata adik hilang terus daku balik cari adik. MasyaAllah adik hilang terus. Tak jumpa pon.
Pukul 4.00 pagi daku dengar suara adik bunyi adik memang perlahan suara adik memang tak kuat macam suara baby. Tapi daku dengar dlm keheningan mlm tu...Pukul 3 pagi daku turun dari tingkat 2 rumahku ...daku dengar seakan2 suara adik ...Bunyi macam dekat aja . perhati ada kucing dekat situ si hitam kawan adik (blacky). Dia seolah bagi tahu aku adik kat situ. Daku hampiri Blakky...kucing liar di situ yg kadang2 adik kawan dgnnya bila adik terlepas turun ke bawah flatku. Daku hampiri blacky dekat saja selang 2 rumah dari rumahku...Akhir nya daku dipanggil. oleh tuan rumah mengatakan adik ada disitu.
Adik ada dalam cage mereka letakkan adik dalam cage sebab adik jatuh dari tingkat satu rumah kami. Kaki adik cedera. Mereka takut kaki adik bertambah parah. Sedehnya daku sebab kaki adik patah. menunggu esok daku cagekan adik untuk bawa adik ke Klinik Haiwan di Seksyen 13.
Adik di warded selama 10 hari. Doktor beritahu kaki adik patah dengan tulang pecah di dalam..Maknanya ada serpihan didlm nya. Mereka perlu operate adik. Daku terima agar adik di operate. Kos pembedahan adalah lebih kurang 1200. Ok daku terima ...
Syukur adik boleh di selamatkan adik masih boleh berjalan betul,...Tapi adik perlu di beri ubat dengan rapi adik di letakkan besi di kakinya ternampak besi keluar. Sedehnya tengok adik pada masatu.
Bila kawan sekolah ku tanya mereka kata "kalau akak tak kuasa nak hantar keklinik lebh baik bagi anak makan duit tu" Daku abaikan kata2 sedeh mereka tu. Mereka tak tahu betapa sayang dan sedehnya kita dengan binatang peliharaan kita.
Adik daku jaga dengan baik, sampai adik pulih seperti biasa. Adik...kucing ku paling manja suka sakit. adik pernah tak boleh kencing...Kesiannya daku tengok adik menong...Daku bawa ke klinik Veterinar kat UPM...Mereka warded adik 6 hari...Daku doakan terus untuk adik cepat pulih. 3 kali daku baca Yassin untuk adik...Bayaran di sini mahal juga cecah ribu tapi daku rasa daku sangat bertuah kerana ada adik pelatih Doktor Veterinar beri daku guna kad mereka untuk dapat gharga yang kurang 25%...Daku kena bayar RM600 sahaja. bersama dengan upah hari adik di warded. Balik kampong adik sakit terok lagi...Kali ketiga adik sakit hinggalah adik mati didepanku pada jam 6.00am tepat diatas katilku. Daku tunggu adik dari pukul 3.00 pagi bila adik lari masuk bilik airku dan tidur disitu dengan semut mula datang mengerumuni adik ...Daku ambil adik sambil menangis menyapu semut2tu..yang banyak menghurungi adik...Kesian adik....Tepat 6.00 pagi adik pergi dengan beberapa kali daku baca 'Allahhummahauwinalaina fi sakaratulmaut.."
Adik pergi 20 hb 10 tahun 2020....Adik tak sakit lagi dah di sana. Baby sekarang dak menjangkau usia lebih 2 tahun dpd usia adik pergi.....Panjang umur baby...Baby begitu gemok sekali ...Kesian baby...
Daku harap monkey kaka di temui kembali.
Sekian cerpen sedehku bersama adik...Kucing Kesayanganku...
Sabtu, 6 April 2024
Menu berbuka Puasa dengan Anakanda Aini Rohaya dan cucunda Husna
Kami masak ,sambal udang masak lemak kegemaran cucunda Husna dan anakanda Aini. Daku masak guna Ibu sambal, mudah ja , Anis beli udang, masa balik. Daku masak sotong kering berkacang ,
Masak goreng Gulai Tok Wan, Anis masakkan sayur Kobis Tauhu serta Soon kemaran Husna dan Anis. Popia goreng, Nanas Madu, Bukan bermadu memang daku tak gemar. Air Zus yang di order Aini. Rasa melon dan Coffee. Aini pengemar Coffee.
Nenas madu ini sangat manis. Kalau bermadu memang bukan pilihan aku tapi Nanas Madu untuk berbuka ya memang daku suka. Sebut Bermadu daku banyak dengar cerita sedih kak Hindon...Dia kata sikap suami yang macam baik tapi zalim bagi aku, pinjam telefon dia nak call isteri lain...Sikit aku tak gemar cerita macam tu...Daku kata betul lebih baik bujang sampai mati tak kecil hati..(Selingan)
Bukan suami pilihan perempuan kalau macam tu...
Bagi aku Rasullah ja boleh adil dalam bermadu...orang lain tak...Tak apa pilihan di tangan perempuan...Jangan mahu jika dirimu hendak dimadukan dan jangan cuba ganggu suami orang . InsyaaAllah.. Eni akur itu....
Ini adalah sotong kering tumis cabai yang di letakkan kacang tanah yg telah di tumbuk...Kegemaranku..
Sedap sangat. Masa kecil sekolah rendah kami beli sotong bakar kantin Pak Mat...Sotong sebesar 1/3 tapak tangan di siram sambal kuah kacang...Sedap lah sangat. Masa beli ada budak2 sebut Janggut Pak Mat..hihi...mereka nak bahagian janggut sotong...Sedap sangat
Ini masak lemak sambal udang petai...MaasyaaAllah sedap sangat kegemaran cucunda Husna. Dan anakanda Aini. Anis usaha keluar pergi beli untuk makanan kegemaran mereka berdua. Sedap sungguh . Agak pedas sikit , anis kata tahap pedas atas padaku jadi daku tumis agak pedas daku boleh makan aja ...tapi Husna rasa pedas jugak.
Sedap nya sambal Kering Tok Wan ni. Ini sambal nostalgia Tok Wan masa duduk kat kebun, Bila kami hantar lauk Pak akan perhangat jika tak habis. Esok ada lagi yang tak habis Pak cantum dan keringkan...Hingga beberapa hari. Bila kami datang ke kebun Pak ...kami yang tolong habiskan Gulai Kering Pak...Pak! Pak! Kami sayang !Pak. Ini adalah gulai2 yang masih elok dlm peti sejukku daku masak macam pak masak. Tapi daku tambah Halia, Bawang besar dan serai untuk tukar kepada aroma rendang letak kicap.../Amboi mak! sedap...hihihi
Ini Popia goreng di goreng bila dah hampir nak berbuka supaya rangup...Popia kabonara
anis beli kedai frozen dan popia yg daku buat.
Ini sayur kobis campur soun ,dan tauhu. Letak santan.. Masak sayur "Kobis Tauhu Soun"...Haa tu nama dia...Anis suka kobis dgn tauhu dan husna suka Soun tu...
Ini air melon dpd Zus dan air jaguing yang ku buat partinya letak susu. sedap bukan main...
bukan puji diri tapi memang sedap di lidahku...hihi.
Aini beli Zus Coffee dan air Melon Strawberry...dan Husna pulak beli Lemonade.
Menu berbuka kami semalam Jumaat malam.
Terima kasih Allah dan syukur dengan rahmat Allah terhadap makanan yg Allah anugerahkan
kepada kami hari ini. Wassallam.
Don Daniyal Nyanyi Berduet, Ikut Hukum Mazhab Mana Tu?
hukum apa yg mengharuskan nyanyian dan alat2 muzik...?
meskipon membolehkan...ia adalah harus dlm terkawal...
i
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw amalkan untuk permohonan doa.
Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.”
-HR Bukhari dan Muslim
Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”
-HR Muslim
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.
Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan menamatkan Solat.

Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam dan Menyelesaikan Solat Tersebut.
Maknanya Dijelaskan Lagi Jika Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu, Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:
إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.”
-HR Bukhari dan Muslim
Maka Doa ini Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..
Wallahualam..

Langgan:
Catatan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Terkadang tak sadar bibirku ini, Menyebut dan memanggil namamu sayang... Daku gelak ...pandai sungguh pencipta lagu ini. Cantik sangat bahas...
-
Selam at Hari Jadiku yg ke 67... Waw...aku macam tak percaya aku dah cecah bilangan itu. 67. Aku syukur. Aku dah tua. Moga aku sentias...