Jumaat, 29 Mac 2024

Doa Iftitah dalam Sholat! Bukan "Allahu Akbar Kabiro" yang sering di Bac...

LIVE NOW Tazkirah Ramadan Prof Dato Dr MAZA

27-03-2024 SS Prof Dato' Dr MAZA : Kita Memburu Dunia Yang Menipu

4me...

NIAT SHOLAT WITIR 2 + 1 ROKAAT KETIKA SENDIRI

AAM 2019; Kelebihan Solat Sunat 4 Rakaat Selepas Isya' -Isu Pahala Seper...

AAM 2018; Beza Antara Solat Sunat Isyraq Dengan Solat Sunat Dhuha & Kena...

Salam Jumaat Ramadhan Baraqah...



"Ingat Jumaat, Ingat Suratul Kahfi" 
"Surah Al-Kahf"



 

Khamis, 28 Mac 2024

Mengimarahkan Ramadhan dengan beribadat kpdNya


 

Ramadhan ke 16 anis hanya beli sebab anis keluar.


Laksam kegemaranku dibeli anis. Tq Anis.


Ayam percik daku tak makan sebab terlalu manis menu ni mungkin 
dimasak orang orang Pantai Timur juga.

 

Tepong pelita  sedap dan masuk selera kita.

Menu nasi kerabu Pantai Timur Anis bersama ikan keli.  Anis memang suka ikan keli.Nasib dia tak ikut daku segala ikan air tawar daku tak makan.  Hebat anakku syukur daku.  
Dari Anis kecil, anis suka segala jenis ikan yang tidak bagiku beberapa jenis ikan besar2 banyak tertolak oleh seleraku.   Tapi daku makan ikan pekasam.  Ianya ikan air tawar.   syukur. boleh daku rasa lagi.

Ini barulah menu untukku hari ni, soup/kuah  dan sambal untuk di makan dgn nasi ayam.Daku tak berapa selera harini.  Separuhpon tak habis.  daku hanya makan Laksamku aja. 

Nasi ayamku daku tambah tomato lagi , tu pon masih tak buka seleraku..Apapon syukur Eni allah masih boleh beri kau makan lagi...Syukur Ya Rabb,,,Janganlah selera kita tertarik sebagaimana semasa daku kena Dengue dulu.   Aku syukur padaMu Yaa Rabb.  Dengue yang kena bukan di Kampong tapi di Bandar, Seri Kembangan dan di Shah Alam.  Letih betul kena, dengue ini...Ia menjadikan kita manusia yg tahu erti syukur.  Kali kedua daku kena dengue, kawan sekolah ku datang bila balik dari Seri Kembangan pindah balik Kampong. Daku mintak kakak entertain depa...Kakak layan depa, Tq kakak ,daku mohon gi solat...dan daku dah tak sedar lepas tu... Tq. Gie  dan Fatimah, rakan sekolahku ...Seluruh Kampong di forging hari tu...Nasib kakak ada bawaku keklinik Lenggong...
MaasyaaAllah Insaf betul ...sepuluh hari di Hospital Taiping...Daku dah tak sedar masa dlm ambulance.  Sempat dengar Abg halid bisik di telinga masa di klinik Lenggong .."Eni , baca...ayat..... apa pon dah tak dengar dah...terus ku pensan..... setelah nurse berikan gas oksijen padaku.  Syukur Rabb ,..masih ada lagi nyawaku hingga hari ni ...tapi "Abg Halid telah di Jemput Allah...
Hihi ....SEMPAT KU INGAT MUSIBAH YG MENGINSAFKAN DAKU ...HIHI..
MEMANG TIADA YG LEBIH INDAH DPD BERSYUKUR TERHADAPMU YAA RABB.


SEDAP TAPI HARINI SELERAKU
KURANG. SIKIT JA DAKU MAKAN



SYUKUR JUGA MESKIPON MAKANAN DIBELI...ALLAH KURNIAKAN PADAKU HATI YG SENTIASA RENDAH DAN TUNDUK PADAMU DAN TIDAK SOMBONG.  NORAINI YANG HINA INI ANAK MAK DAN PAK YANG BERSYUKUR. JANGAN KAU TARIK INGATAN INI SEBELUM DAKU SEMPAT PERGI KE MEKAH JIKA BOLEH, SEMADIKAN DAKU DISANA. InsyaaAllah.
AAMINN YA RABB. AKU PASTI KAU PANGGIL JUGA DAKU... SABARKAN DAKU , YA RABB. JIKA BUKAN SEKARANG DAKU TUNGGU LAGI DGN SABAR. AKU NORAINI YG TAK PERNAH PUTUS ASA YA RABB...KUATKAN AKU TERUS.

 ADA CERITA SEBALIK CERITA...ENI ...ENI....


P&P hidup kita,

                                     

P&P hidup kita amatlah menarik untuk kita kenangi...

Moga ianya menjadi lebih mudah dlm Ramadhan ini.

 Aamiin..

Wakaf Al-Quran...moga menjadi asbab raih syafaat Al-Quran...

                                          

Jadikan Al-Quran di depanmu...

                                    

Salam Nuzul Quran

 


Amalan Nabi 10 malam terakhir,

 Bismillahirrahmaanirrahiim. 

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat Fillah yang dirahmati Allah, Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya: Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan. Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.” Ketiga : Memperbanyak doa. Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.” Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu. Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa. Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama. ~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~

Apa. Khabar..