Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH : Kejadian Di Pintu Langit & Doa Syurga Tanpa Hisab - Ustaz Shamsuri Ahmad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH : Kejadian Di Pintu Langit & Doa Syurga Tanpa Hisab - Ustaz Shamsuri Ahmad. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mei 2026

TAZKIRAH : Kejadian Di Pintu Langit & Doa Syurga Tanpa Hisab - Ustaz Shamsuri Ahmad

 




Aku dendam tapi aku maafkan..kerana aku Islam Marah betul aku .
Perangkap aku..dengan Lagu ini.  
Nilai murni kau di mana?

Hattan:  Mahligai Syahdu

 Kita bertemu  kali ini untuk apa

Adakah hanya menambahkan lagi sengsara.

Luka yang lamabelum dapat aku sembuh

Masih berdarah dan mengeruhkan warna hidupku


Namun jika kau datang ini,

Untuk mengilapkan cermin kasih

Pastiku sambutmu dengan mesra

Mungkin jua akukan terlupa

Peristiwa pahit mencengkam jiwa

Tak ingin aku kesana.


Bersama kasih kita leburkan 

Rantai yg membebankan hidup kita selama ini

Katakanlah rindumu

Aku setiasa menunggu

Di pintu gerbang mahligai syahdu.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Mari saya Perihalkan lagu tuan ini....

Saya  rasa bagaikan tuan ingin menyatakan kepada saya...perasaan tak mahu kecewa dengan pertemuan kedua ini. ...

Saya terperangkap lagi dengan salah faham ini...seolah2 tuan  mahu saya dtg  bawa kabar baik agar dapat tuan melupakan peristiwa pahit dulu...tak mahu lagi jadi begitu...Sebenarnya tuan bertuah kerana boleh memerangkap saya kerana peristiwa silam dan kerana lagu Hattan ini. Jika saya tidak mengambil pendapat (menganggap) Lagu atau muzik di bolehkan, tentu perkara begini tidak akan terjadi.  

Saya jadi serba salah.  Sebenarnya bukan salah saya, saya tak perlu serba salah.  Tuan yg datang bertandang kesini...saya terfikir balik.  mengapa perlu saya yg rasa bersalah.  Mungkin kerana kesian terhadap tuan saya terperangkap dalam situasi mencemarkan maruah diri.  Saya hilang pendirian.

Rangkap akhir itu seolah2 tuan mengajak kita sambung kembali hubungan terputus  ini bersama2 .  Tuan sebenarnya tak boleh langsung berniat untuk melayan perasaan hati tuan yang dah bertambah usang dengan berjalannya hari.  Demi Allah tuan bersalah terhadap saya , lantas terhadap isteri tuan yang setia itu.  Apapon saya Maafkan tuan kerana Allah.   Telah sedia maklum tuan tak boleh lupakan saya sebagaimana saya.  Jika tidak tuan tidak akan hadir kesini.  Tuan hadirpon dalam keadaan ketakutan.  Bukan begitu?.


Mari saya terangkan.....

Sebenarnya saya  menulis persoalan di atas itu, setelah saya  istiqarah terlebih dahulu   Setelah hari bertemu hari tidak dapat call dari tuan.... saya bertemu jawapan terhadap  persoalan2 di atas, saya perlu menarik kembali hasrat tersebut dengan lapang dada, demi menjaga maruah diri dan:  

1) Tidak mahu merosakkan hati seorang yg bergelar isteri yang cantik berselendang panjang manis menawan  seperti saya dahulu.

2) Tidak mahu saya tuan hidup berantakan setelah ini bersama anak2 dan keluarga tercinta tuan.  Hanya Allah yang berhak membalasnya kan tuan.

3) Jika kita sayang kan seseorang kerana Allah kita perlu biarkan dia hidup berbahagia dengan keluarga tercintanya.

" Inni muhibbukum fillah".  

Bukan kita mainkan dia kan.  Kesian jika wanita kita permainkan.

Satu hari kita akan mendapat Balasan dari Allah.

4) Moga tuan dan saya akan damai beribadat dengan tidak ada masaalah menghimpit perasaan. Berat rasanya musibah ini.  Apalah dosa saya, tuan buat begini.  Tuan berjaya mainkan saya.TQ

5)  Betul "Cinta " tak semestinya memiliki dan cinta jugak perlukan pengorbanan. Moga daku mendapat ganjaran dan balasan diakhirat.

6)  Cinta yang tak kesampaian adalah suatu"JIHAT" jika ada dengan perasaan redho dan sabar kerana Allah.

7)  Saya fikir kembali...puluhan tahun saya melupai tuan semasa saya bersuami... kenapa dengan tiba2 dalam 3 tahun ini nak mengingat kembali.?  Itu satu pekerjaan yang sia2 kan!   Moga tuan berpuashati dengan rangkaian jawapan dari saya. Saya yakin tuan tentu gembira dengan perkhabaran ini. Dengan ini terlerailah sudah perasaan takut yang menghimpit hati tuan.   

Sebenarnya saya telahpun  berada di Mahligai Shahdu itu, apabila saya berdamai dengan takdir, melepaskan rasa sempit hati dan dapat bersabar, meredakan marah dan berlapang dada (Husnuzon)   Saya tak mahu marah pada apa2 yang berlaku lagi.  hanya Allah yg layak berbuat demikian.

Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan saya perasaan hati yang kukuh dan mantap setelah saya memaafkan orang lain.  Syukur Alhamdulillah.   Saya berasa damai di setiap solat saya sekarang .  Moga Allah kekalkan kedamaian ini dan menaikkan lagi kualiti solat saya selepas ini.   Aamiin.

Tuan tahu!...Pada mulanya saya berniat hendak menghapuskan semua lagu2 pada Blog ini, lantaran Lagu HattanYang saya anggap melukakan initetapi,  Saya fikir kembali,  Ia...( lagu2 ini) sebenarnya menjadi Perhiasan Blog saya. 

 Tuan carilah mawardah warahmah agar tuan boleh berbahagia dari  dunia hingga ke akhirat.  Aamiin.  Kumpul kembali kesetiaan tuan padanya.


Sekian dahulu, 

Sahabatmu...

Wanita Tua di Kaki Gunung.