Sabtu, 25 April 2026
Saya janji dgn Lagu ni...
Allah jadi saksi... Aamiin. Pasrah.,syukur dan sabar kpd Allah tempat menyerah segala sesuatu kerana Allahlah yg Menggenggam Hati Insan. Rabbku permudahkanlah segala yg sukar... Lagu ni sampai ke tangan saya sendiri petang kelmarin...Berat janji ni...
Allah jadi saksi.
BUAT SESUATU ITU BIARLAH IKHLAS, HANYALAH KERANA ALLAH. BARU KITA SELAMAT.
Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara.
Luka yang lamabelum dapat aku sembuh
Masih berdarah dan mengeruhkan warna hidupku
Namun jika kau datang ini,
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku kesana.
Bersama kasih kita leburkan
Rantai yg membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku setiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mari saya Perihalkan lagu tuan ini....
Saya rasa bagaikan tuan ingin menyatakan kepada saya...perasaan tak mahu kecewa dengan pertemuan kedua ini. ...
Saya terperangkap lagi dengan salah faham ini...seolah2 tuan mahu saya dtg bawa kabar baik agar dapat tuan melupakan peristiwa pahit dulu...tak mahu lagi jadi begitu...
Saya jadi serba salah. Sebenarnya bukan salah saya...saya tak perlu serba salah .,..Tuan yg datang bertandang kesini...saya terfikir balik. mengapa perlu saya yg rasa bersalah.
Rangkap akhir itu seolah2 tuan mengajak kita sambung kembali hubungan terputus ini bersama2 .
Mari saya terangkan.....
Sebenarnya saya menulis persoalan di atas itu, setelah saya istiqarah terlebih dahulu Setelah hari bertemu hari tidak dapat call dari tuan.... saya bertemu jawapan terhadap persoalan2 di atas, saya perlu menarik kembali hasrat tersebut dengan lapang dada, demi:
1) Tidak mahu merosakkan hati seorang yg bergelar isteri, seperti saya dahulu.
2) Tidak mahu tuan hidup berantakan setelah ini bersama anak2 dan keluarga tercinta tuan.
3) Jika kita sayang kan seseorang kerana Allah kita kena biarkan dia hidup berbahagia dengan keluarga tercinta dia.
" Inni muhibbukum fillah" kan!
4) Tuan dan saya akan damai beribadat dengan tidak ada masaalah menghimpit perasaan.
5) Lagipun "Cinta " tak semertinya perlu dimiliki dan cinta jugak perlu pengorbanan.
6) Cinta yang tak kesampaian adalah suatu"JIHAT" jika ada dengan perasaan redho dan sabar.
7) Saya fikir kembali...puluhan tahun saya melupai tuan semasa saya bersuami... kenapa dengan tiba2 dalam 3 tahun ini nak mengingat kembali.? Itu satu pekerjaan yang sia2 kan! Moga tuan berpuashati dengan rangkaian jawapan dari saya. Saya yakin tuan tentu gembira dengan perkhabaran ini...
Sebenarnya saya telahpun berada di Mahligai Shahdu apabila saya berdamai dengan takdir, melepaskan rasa sempit hati dan dapat bersabar, meredakan marah dan berlapang dada (Husnuzon) Saya tak mahu marah pada apa2 yang berlaku lagi.
Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan perasaan hati yang kukuh dan mantap setelah saya memaafkan orang lain. Syukur Alhamdulillah. Saya berasa damai di setiap solat saya sekarang . Moga Allah kekalkan kedamaian ini dan menaikkan lagi kualiti solat saya selepas ini. Aamiin.
Tuan tahu!...Pada mulanya saya berniat hendak menghapuskan semua lagu2 pada Blog ini. Saya fikir kembali, Ia...( lagu2 ini) sebenarnya menjadi perhiasan Blog saya. Tak apa lah.
Buat Tuan, sebenarnya suatu perkahwinan bukanlah memerlukan kecantikan. Tuan carilah mawardah warahmah agar tuan boleh berbahagia dari dunia ke akhirat. Aamiin.
Sekian dahulu,
Sahabatmu...
Wanita Tua di Kaki Gunung.