Isnin, 15 Disember 2025
"Daku hamba Allah yang hina"
Jika anda ingin berlumba salam sesuatu, berlumbalah untuk meraih keredhaan Allah dan mencapai tempat tertinggi didalam syurga.
Mari kita berlumba-lumba kearah ini. Jangan kita lupa , tiada apa yang lebih bermakna daripada ini. Kumpullah dari sekarang pahalanya walaupon terpaksasa kau raih dengan kadar sedikit demi sedikit. Jika tidak sedikit masakan dapat menjadi banyak. Pahala itu akan Allah balas meskipon sebesar zarrah.
Mari kita ingat buatlah kebaikan dari sekecil2 kebaikan dan Nabi berpesan Jangan dipandang remeh dengan pahala2 yang sedikit. Ingat sekecil2 Iman ialah mengelakkan daripada berlakunya perkara mungkar. Jika kita tak mampu mengelakkan dengan melaksanakan sesuatu yang besar, setidak2nya kita memberitahu atau menegurnya, jika kita tak mampu menegurnya dengan lisan, maka kata Nabi SAW serendah2 Iman itu kita menegurnya dengan hati.
Mari kita ambil iktibar kita(engkau dan aku ) akan bertemu Allah tak beberapa lama lagi.
Sebaik2nya kita saling tegur menegur, Daku rela meerima teguran, meskipon terluka dihati.
Kita gigit kuat2 pesan Nabi kita ini jangan terlepas. kita sama2 jujur dalam hidup kita ini kerana "Siapalah kita di dalam bumi Allah yang tidak kekal ini" Kita tak kekal, sahabatku. Kita akan pergi. Kita akan bertemu Allah jua.
Mari kita merendah diri kepadaNya dan keranaNya. Daku mengaku ,bahawa daku tak selayaknya menegur sesiapapon kerana daku bukan siapa2 dan daku hanyalah guru biasa, Daku bukan Ustazah Asma' Harun, daku juga bukan Ustaz Maza yang hebat itu...daku hanyalah sahabatmu yang tak pandai mana. Bijak daku tiada, malah pangkat jauh sekali. Siapalah daku di sisi sahabat.
Sebelum daku mengundur diri daku susun jari sepuluh ingin memohon maaf di atas setiap teguran yang daku buat dan pernah buat, Maafkan daku.
Itu sahaja yang daku mampu pinta dan daku sedar"Daku hanyalah hamba Allah yang hina"
Sahabatmu.
