Bangi. Isnin 29/12/25 Bersamaan 8 Rejab 1447
Rabbku...Memang masa dah lama beralu. Daku dah begini tua berbanding gambar ini . Pada masa ini daku 45. sekarang daku dah 67 tahun, going 2B 68 tahun dah pada Mei 2026. Eni, Eni..sebenarnya seronok kita menjadi tua. Kita pulak dilayan seperti Puteri Raja. Kalau dulu kita layan mereka , layanan emas ...hmmm sekarang kita pulak mendapat layanan begitu dari mereka... Tq anakku.
Kita kena pastikan juga rasa syukur dan terima kasih kita buat sesiapa sahaja yang bekeberadaan bersama kita hingga kini. Tq, kakak ku, Tq. abang2ku, adik2ku Tq anak2 saudaraku .Tq jugak cucu2 saudaraku.Tq jugak sahabat2ku dan kenalan2ku semua. Daku sayang anda semua kerana Allah. " Inni muhibbukum fillah" Daku sayang Anda semua kerana Allah. Daku hanya ada satu anak sahaja. Orang lain mempunyai anak yang ramai sudah tentu..berganda2 keindahan yg mereka dapat. Mahupon dari anak2 pon jugak cucu2 mereka. Tahniah sahabatku semua.
Ingatlah Nikmat Allah yang melimpah ini kita dapat dengan anugerahNya jua. Walaupon daku tak dapat banyak seperti orang lain daku tetap bersyukur. Daku harapkan daku dapat memberi " Kesyukuran yang Cantik" meski banyak mana kenikmatan yang Allah curahkan atas diri ini. Rabbku... Eni letakkan "Sabarun Jamil " Eni letakkan "kesabaran yang cantik Rabbku". Ini semua milik anugerahMu. Apa yang kau curahkan ini sangat2 daku nikmati dan dambakan. Di samping "Sabarrun Jamil" daku juga letakkan "Syukran Jamil " Syukur yang cantik jugak. Hi hi. Tak terperinya Syukurku PadaMu Rabbku. Tambahan pula bila daku tahu daku disayangi.
Semua manusia sama. Mereka semua dambakan kasih daripada sesiapa sahaja. Terutama sekali Kasih Allah. Kasih sejati. Terima kasih buat yang menyayangiku, mengingatiku...Menghadirkan diri buatku. Semoga Kasih Sayang dan Cinta ini daku bawa bertemu Allah dan anda semua akan mendapat RahmatNya jua. Aamiin..




