Jumaat, 19 Jun 2026

 

Selasa, 31 Mac 2026

Raya 6...anis call." INNALLAH HA MAKNA "

 Hari  ni daku dah raya.  Syukur Tuhanku.  Daku yakin Tuhan akan kuatkan daku ... Cuma lagi mesti selalu ada Allah. Dlm dada ni... Tolong ingat Allah sentiasa baru kita boleh hidup damai... Semua kita kena jalani dalam hidup ini,  tapi dgn? Bantuan Allah. TAWAKKAL SELALU... SABAR SELALU... YAKIN SELALU...REDHO selalu.. NYATAKAN BOLEH... ANDA PASTI BOLEH... INSYAAALLAH.

HAPPY ATAU TIDAK JGN HIRAUKAN... HIDUP DI USIA TUA PERLU KITA HARUNGI.  SIAPA AKAN JAGA HATI KITA. MELAINKAN KITA....INGAT !   JANGAN HUBBUNDUNIA   (CINTAKAN DUNIA) ... INSYAAALLAH DAKU AKAN DAMAI... SEDEKAH JANGAN LUPA.. SEDEKAH BUAT KITA DAMAI... INGAT TU.   SOLAT SUNAT KENA BANYAK... SEBAB ITU YG ALLAH MINTA DARI KITA.  MENCARI DAMAI... LETAKKAN DIRI DLM TANGAN ALLAH. 

PUNCAK MOTIVASI... LUPAKAN DUNIA SEMENTARA... TARIK BAHASA AKHIRAT... APA BAHASA AKHIRAT TU?... HMMM. IA ADALAH ILMU AGAMA YG ALLAH GUGURKAN DARI LANGIT...(di era masakini)  MAASYAAALLAH... BANYAK SEKALI... CUMA LAGI KAU HARUS MEMILIH... PILIH YG BERSESUAIAN DGN SUNNAH.   INGAT...TIMBA SELALU... DAN KENKADANG, SEKALI SEKALA MASUK JUGA DENGAR... MOTIVASI DIRI SECARA ISLAMI... YAKIN BOLEH.. ENI... ENI BOLEH.

JANGAN MAHU MANUSUA KOTAK KATIKKAN KITA... GUGAT HATI KITA SEDEHKAN KITA... JALANNYA BAGAIMANA... HANYA SATU..."SAYA ADA ALLAH" SAYA DLM PELUKAN ALLAH.. PENUHKAN DIRI DGN ISTIQARAH... SOLAT BOLEH MEREDAKAN  KEGUSARAN KITA.  AMBIL PERHATIAN TU SAHABAT2.   SAYA TAHU BUKAN SAYA SAHAJA YG MENGALAMI KEDUKAAN MALAH RAMAI LAGI... KADANG2 KITA DLM KEGUSARAN...SAHABATPON.  MARI KITA DEKATKAN DIRI KITA  DGN ALLAH.  SALING INGAT ALLAH...SALING INGAT MENGINGATI.' KITA LETAKKAN DLM HATI KITA '

 " INNI MUHIBBUKUM FILLAH"  SAYA CINTA ANDA KERANA ALLAH"  BARU KITA DAMAI.  CINTA MESTI BERPAKSIKAN ALLAH.  INSYAALLAH KITA DAMAI...

TIADA MANUSIA YG ALLAH UJUDKAN DI BUMI INI HIDUP TANPA MENDAPAT UJIAN.. INGAT SATU SAHAJA... UJIAN BUAT KITA RASA,  KASIH SAYANG ALLAH YG MEMELUK KITA..MENARIK KITA UNTUK LEBIH DEKAT PADANYA.... TANDA ALLAH SAYANG...  JGN PUTUS ASA... " INNALLAH HA MAKNA"  JANGAN BETSEDIH... " ALLAH ADA BERSAMA KITA..." 

SALAM PENUH KASIH DARIKU HAMBA ALLAH YANG HINA.  ERATKAN SILATURRAHIM ...KITA AKAN DAMAI SAHABATKU. 

AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN. DAKU SYUKUR PADAMU... RABBKU...




Yas alu naka anil ruh...

salah satu cara menuntut ilmu.
Dengan banyak bertanya adalah yang akan menyesaian masaalah.
Kufur: menutupi...;Dia menutupi fitrahnya.
Kafir:  


 

 

Ulamak Guru kami  Al Sheikh Ramadhan  Buttie:  menceritakan kepada kami .Ada seorang pemuda yg selalu hadir dalam majlis pengajarannya, Pemuda ini , dia selalu memohon kerja walaupon dia tak dapat kerja...orang yang baik orang yang bijak dan orang yang sabar., mohon2 akhir sekali dia dapat kerja yang ada subahah dan haram. Maka dia tanya sheikh buttie...Sheikh Buttie Jawab.  .. . Kata Shekh aku tetap akan memberi jawapan jangan untuk  pekerjaan tersebut .  Setiap kali dia akan tanya...kata Sheikh , aku tetap memberi jawapan yang sama selama mana pekerjaan itu ada bersangkut pengharan utuknya,.Akhir sekali dengan sebab dia sabar dengan makam tajridnya itu allah bagi untuknya kerja dapat jkerja di Madinatul munarwarah..Jadi berulang alik ah dia dari[pada Madinah ke kota Damsyik, dan allah Rezekikannya Rezeki yang melimpah ruah, dek kerana sabar dia dan akhitrnya dia dapat beli riumah yang sesuai di kota Damsyik dan dia dapat membina kehgidupan yang selesa...Itulah nak gambarkan kepada kita bila maqam tajrid, dia boleh sabar dia boleh dalam keadaan Redho kemudian akirnya dengan mengelakkan perkara yangdiharamkan itu allah rezekikan untuknya rezeki yang luar biasa halal 100%.

Hikmah keinginan yang kuat tidak akan menembusi tembok2 takdir. Takdir dan( kada dan kadar) Allah ini ialah perkara yang telah di tetapkan dan mungkin tidak dapat di ubah dan di rubah dan sentiasa lah kembalikan kepada Allah dengan doa...Itulah sebaik2 nya kerana
Kadar dan kada allah itu hanya dspat di rubah dengan doa'.

Pada hari ini , iansyaallah kita nak bincang hikmah yang keempat.
Jika seseiapa pon tidak dapat nmenembusi tembok kadar Allah maka seseorang itu perlulah,
 Rehatkan dirimu dari mengatur urusan apa2 yg di atur org lain kepadamu...maka jangan lah engkau melakukan sendiri untuk dirimu.  Adanya keletihan dalam mengejarnya ...perkara yang mengandungi kekusutan dalam takdir.

Menenangkan diri dari terlalu sibuk mengaturkan tentang hidup, hingga membawa kepada penafian terrhadap konsep perhambaan kepada Allah.

Contohnya  seseorang itu berkata kalaulah aku tak buat begitu tak jadi begitu dan jika aku buat begini barulah jadi begini.  

Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui

Elakkan diri  dari mengatur ketentuan Allah .  Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui dan telah mengaturkan sesuatu itu dan oleh itu apa yang telah di aturkan oleh pihak lain tentang diri kita tak perlu kita pikirkan sehinga diri kita Penat mengaturnya semula.

Iktibar hikmah.  Takbir yang di sertai dengan penyerahan kepada ketentuan allah yang maha mengetahui tidaklah di larang kerana Rasulullah SAW bersabda
" Tadbir itu/perancangan itu sebahagian daripada kehidupan"
Riwayat Al Dailami dalam Al Firdaus,
Kita cuba kaji Siapa itu Al Dailami. Salah seorang Ulamak dapipada Dailam yang luarbiasa Alimnya ,solehnya, dan hebatnya Imam Dailami ini.
Walau pon hadith ini di sebut dgn sanat yang Dhoif namun sumber2 sokongan dari segi maknanya telah mengangkat tarafnya kepada darjah hassan bighairih.  
Hasan dari segi hadith ada 2.
i) Hasan izatih dan
ii) Hasan bighairih.
Apabila yang lemah itu diperkukuhkan dengan shawahid yang lain maka dia mengangkat kedudukan daripada Dhoif kepada Hassan Bighairih. 

Terdapat riwayat yang hampir2 serupa dari segi maknanya seperti riwayat Abdullah Ibn Umar Ibn al Khattab, dengan lafaz...
"Berhemah dalam urusan nafkah itu adalah sebahagian daripada kehidupan" 
Riwayat Attabarani daslam Mukjam...Attabarani jugak kita terjemah 
seorang Ulamak yang luar biasa dan Baihaqi dan al Manawi jua berkata 'Berhemah dalam kehidupan ialah sesiapa yang menggunakan hartanya dengan tidak membazir dan kedekut"  
Imam Baihaqi pula:  Sifat berhemah dalam kehidupan itu adalah sebahagian dpd nya. 

Al Azizi berkata 
Tidak jatuh miskin orang yang berhemah menggunakan hartanya. 

Riwayat,Imam Al  Baihaqi pula:  Sifat berhemah dalam kehidupan itu adalah sebahagian dpd nya. 

Hikmah ini nak ajar kepada kita pertama serah kepada allah taopi dlm berserah kita ikhtiar taopi terus bergantung kepada Allah.
" Wamaiyat taqillah ha yaj al lahu makh raja wa yarzukumin haisula hu yah tasib wamai yata wakkal allal lah wa hu wahas buhu innallah hayaj al lahu mahraja" 

Letih dah...insyaAllah akan sambung lagi...










 

Khamis, 18 Jun 2026

 

Isnin, 20 Mei 2024

Quran- Surah al-Imran ayat 14,15,16 dan 17....


                                                                                         -Surah al-Imran ayat (14 dan 15)
                                                                                                -Surah al-Imran ayat(16,17)                                   

    


 

Khamis, 26 Mac 2026

TAZKIRAH : Jeritan Seksa Kubur & Tanda Allah Sayang - Ustaz Shamsuri Ahmad

 

Saturday, 4 October 2025

TAZKIRAH : Jeritan Seksa Kubur & Tanda Allah Sayang - Ustaz Shamsuri Ahmad


 

Rabu, 11 Mac 2026

 

Isnin, 2 Mac 2026

I'm Okay But I'm Not - Rhy Elliot ( Official Lyric Video )


You'll be ok my dear...

 

Khamis, 25 Julai 2024

Bukti Cinta Allah,

      


Surah Ali-Imran: (ayat:  31 dan 32)



Surah Ali-Imran: (ayat:  31 dan 32)


Surah Ali-Imran: (ayat:  31 dan 32)


Ahad, 6 Mac 2022

Jepun 2002-2003



                                                                              

Monday, 24 December 2012

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup


PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. 

Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:


"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar."
 
                                                                                                (An-Nisa':  13)


Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
􀂃 Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
􀂃 Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan         Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan                   Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. 

Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:  3 .   "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
                                             

Sabtu, 5 Oktober 2024

Nasihat bagi wanita- duduk rumah dan solat

                                             (Ali 'Imran: 110)


Jumaat, 8 Mac 2024

BANYAK YANG KELIRU! Perbedaan Sholat Rawatib Qobliyah dan Ba'diyah Dijel...