Sabtu, 23 Mei 2026
WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesra dengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol dlaam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaumfakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilan dari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa.
Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )
Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya.
Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gabenor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras
Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untuk diperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja, kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi.
Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.
Jumaat, 22 Mei 2026
Sunday, 17 May 2026
ILMU WAJIB DICARI 4.12AM
Wednesday, 11 September 2024
ILMU WAJIB DICARI 4.12AM
Allah adalah rabbul alamin.pencipta segala2nya
1) Allah akan bagi nikmat kepada siapa yang dia suka dan yg dia tak suka.
Harta: Allah bagi pada semua...yg Dia suka dan yg Dia tak suka...cth Qarun...kenapa sebab harta tak ada nilai. Allah akan bagi kepada orang yang dia suka sahaja Ilmu. Proses nak dapat syurga apa?
Semua oang mahu syurga. kekal abadi...Tapi untuk dapat syurga perlu ada ilmu
Hadith:
" Allah kata Siapa yg menempuh jalan untuk cari ilmu Allah permudahkan jalan ke Syurga"
Jauhnya kami datang dari jauh untuk meberi ilmu jadi kami haraap kamu yang dekat ini datang lah ambil /mencari ilmu.
Allah suruh kita mintak tambah satu: ia itu Ilmu... allah bagi tahu kita sentiasa mintak tambah ilmu. (Bukan harta, panjang umur kaya) Allah suruh kita mintak tambah ilmu.
Dalam surah apa ?
Surah Toha ayat 114. Allah kata apa ?
Surah 20 ayat 14
Allah kata Maha tinggi , maha suci...satu2nya Raja yang tak akan jatuh, mati...Maalikiyau middin menguasai dunia dan akhirat...Allah Raja yang Benar...
Allah tegur nabi ...jangan gopob...tunggu jibril habis belajar baru sambung... Kenapa Nabi Allah tegur Nabi...
Allah suruh Tunggu Jibril habis baca.
Wahai muhammad bacalah Doalah
" Rabbi zidni ilma" minta tambah ilmu...boleh bawa mati. akan bawa kita hingga kesyurga.
Orang kita jarang mintak " tambah Ilmu"
Nabi paling bertakwa...dengan ilmulah nabi masuk syurga paling atas.
Ilmu di hantar ustaz dan ustazah mengajar di kampong. Allah sayang hingga ustaz dan ustazah beri Ilmu. mereka tamakkan pahala. Kita pula perlulah tamahkan ilmu. Datang hadirkan diri belajar.
Apa yang menyebabkan Nabi sedeh dan duka cita...Rumah nabi kecil kadang2 nabi lapar ...Nabi tak sedeh pon. Yang nabi sedeh...
" In lalyuk minu biha zal hadi si asafa" ...lihat umat kamu tak paham Al Quran...
Semoga semua pelajar di sini terus belajar dengan Istiqamah ...menambahkan Ilmu. Aamiin.
Langgan:
Catatan (Atom)