hANNAH KATA: wAHAI tUHANKU ..AKU TELAH MELAHIRKAN ANAK PEREMPUAN aLLAH LEBIH TAHU..LELAKI LEBIH UTMA DARI WANITA...)MARYAM BUKAN SEBAGAI WANITA LAIN) SESUNGGUHNYA AKU LINDUNGIAKAN ENGKAU DAN AAKAN DIA DAN ZURIATNYA DARI SYAITAN...
Aameen

@GhulamAlDakwahAllah ﷻ jawab yang Dia tetap boleh hendak tunjukkan azab itu kepada baginda.

@GhulamAlDakwahوَإِنّا عَلىٰ أَن نُّرِيَكَ ما نَعِدُهُم لَقٰدِرونَ

@GhulamAlDakwahDan sesungguhnya Kami benar-benar kuasa untuk memperlihatkan kepadamu apa yang Kami ancamkan kepada mereka.

@GhulamAlDakwah
PENGAJARAN SURAH MU'MINUN : 95 
@GhulamAlDakwah1. Sesiapa yang kufur dan menentang Allah dan rasul pasti akan diazab oleh Allah mengikut waktu yang sesuai berdasarkan hikmah daripada Allah bukan mengikut kehendak manusia.

@GhulamAlDakwah2. Tugas para nabi dan rasul hanya menyampaikan dan serah kepada Allah bila waktu sesuai untuk menghukum hamba-Nya yang kufur.

@GhulamAlDakwahAllah ﷻ mengajar cara berdakwah kepada puak penentang. Iaitu cara interaksi dengan mereka.

@GhulamAlDakwahAllah ﷻ memberikan petunjuk kepada Nabi ﷺ tentang cara yang paling efektif dan metode yang sukses dalam bermasyarakat,

@GhulamAlDakwahiaitu berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk terhadap dirinya agar hati mereka terpikat dan simpati, sehingga permusuhannya berganti menjadi persahabatan,

@GhulamAlDakwahdan kemarahannya berganti menjadi simpati. Untuk itu Allah ﷻ berfirman:

@GhulamAlDakwahادفَع بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ السَّيِّئَةَ ۚ نَحنُ أَعلَمُ بِما يَصِفونَ

@GhulamAlDakwahTolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.

@GhulamAlDakwah
PENGAJARAN SURAH MU'MINUN : 96 
@GhulamAlDakwah1. Allah mengutuskan nabi ﷺ untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dan antara akhlak yang mulia yang wajib diikuti oleh Rasulullah ﷺ dan umatnya ialah menolak kejahatan dengan cara yang terbaik.

@GhulamAlDakwah2. Apa sahaja perbalahan atau permusuhan akan selesai dengan mengikut cara yang dianjurkan oleh Al Quran. Iaitu membalas kejahatan orang dengan kebaikan

@GhulamAlDakwahوَقُل رَّبِّ أَعوذُ بِكَ مِن هَمَزٰتِ الشَّيٰطينِ

@GhulamAlDakwahDan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitanوَأَعوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحضُرونِ

@GhulamAlDakwahDan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku”.

@GhulamAlDakwah
PENGAJARAN SURAH MU'MINUN : 97 & 98 
@GhulamAlDakwah1. Manusia dicipta dalam keadaan lemah, maka wajib berlindung kepada yang Maha Kuat iaitu Allah, apatah lagi dlm menghadapi makhluk-Nya yang tidak nampak dan paling jahat iaitu syaitan

@GhulamAlDakwah2. Antara cara terbaik berlindung daripada kejahatan bisikan syaitan ialah dengan sentiasa membaca Al quran dan sentiasa berzikir kepada Allah

@ykarswin58Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda;. “Janganlah kamu jadikan rumah kamu spt kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yg dibacakan padanya Surah al-Baqarah.” (HR. Muslim no. 780)

@GhulamAlDakwahTadabbur Surah Al-Mu’minun: Ayat 97–98

@GhulamAlDakwahDoa perlindungan daripada gangguan syaitan dan mimpi yang menakutkan ... Hasan li Ghayrihi ... Amalan sebelum tidur

@GhulamAlDakwah1. Kisah di sebalik doa ini ... Diriwayatkan daripada Muhammad bin al-Munkadir bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah ﷺ dan mengadu tentang mimpi-mimpi menakutkan yang dialaminya.

@GhulamAlDakwahBaginda mengajarnya supaya membaca doa perlindungan apabila hendak tidur. ... DOA YANG DIAJARKAN

@GhulamAlDakwahأَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَمِنْ شَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ، وَأَنْ يَحْضُرُونِ

@GhulamAlDakwahMaksud:"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kemurkaan dan azab-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada kehadiran mereka."

@GhulamAlDakwahRujukan: Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, hadis 264. Dinilai hasan li ghayrihi, iaitu dikuatkan oleh riwayat-riwayat lain. Doa ini juga mempunyai riwayat sokongan dalam Sunan al-Tirmizi

@GhulamAlDakwah(3528).مصدر: السلسلة الصحيح

@GhulamAlDakwahة2. Hubungan dengan Surah Al-Mu’minun ayat 97–98 ... Allah berfirman:Ayat 97 ... وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ ...

@GhulamAlDakwah"Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada hasutan syaitan-syaitan." ... Ayat 98 ... وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

@GhulamAlDakwah"Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku." . Perhatikan bahawa doa dalam hadis tersebut mengandungi dua permohonan yang sama seperti dalam al-Quran:

@GhulamAlDakwah perlindungan daripada hasutan syaitan serta perlindungan daripada kehadiran mereka.

@EmyKhalil-h3f3f
ustaz sye 

@GhulamAlDakwah3. Tadabbur dan pengajaran ... Allah mengajar kita bahawa perlindungan daripada syaitan merupakan sesuatu yang perlu dipohon secara berterusan.

@GhulamAlDakwahRasulullah ﷺ pula menunjukkan bagaimana doa perlindungan itu boleh diamalkan ketika hendak tidur.Ketika tidur, manusia berada dalam keadaan tidak sedar tentang persekitarannya.

@GhulamAlDakwahKita sudah mengambil langkah keselamatan seperti mengunci pintu rumah, tetapi kita juga dianjurkan meminta perlindungan Allah.

@GhulamAlDakwahHadis ini memberikan satu pengajaran yang penting: ikhtiar menjaga keselamatan fizikal perlu disertai dengan doa dan tawakal.

@GhulamAlDakwahDoa ini tidak menjamin seseorang tidak akan mengalami mimpi buruk sama sekali.

@GhulamAlDakwahSebaliknya, ia merupakan amalan yang diajarkan untuk memohon perlindungan Allah.

@GhulamAlDakwahMuhasabahSebelum tidur, adakah kita hanya memastikan tubuh memperoleh rehat, atau turut meluangkan masa mengingati Allah?

@GhulamAlDakwahBiasakan mengakhiri hari dengan zikir, doa dan memohon perlindungan Allah.

@SalijahYassinayat yg keberapa ye