Assalamualaikum.,
Hari ini Anis cakap akan balik awal semasa perkampungan Sunnah nanti. Kalau dulu Anis pergi dahulu ke Perkampungan Sunnah dengan tinggalkan daku enjoy di rumah Lenggong..Tapi sekarang cara lain pulak. Anis akan ambil cuti awal dan enjoy cuti dahulu kemudian baru Anis bertolak ke Perlis. Daku nampak macam tu pon baik juga. Daku akan ajak Anis pergi ke kubur Mak dan Pak kubur Melor dan Lokman. InsyaaAllah. Dapat jugak ziarah kubur. Tak lah tergesa2 sangat.
Tapi mana tahu anis nak pergi ke rumah Abah dia. Bolehlah juga. Daku seronok tinggal kat rumah tu buat apa2 yang patut, Daripada A hingga Z. InsyaaAllah boleh. Terutama mengemas kerana rumah ku dah lama ku tinggalkan, jadinya tertulah berhabuk. InsyaaAllah. kalau balik dulu ...bilik air yang first2 kena cuci kerana berhabuk Okey daku dah kena sedia. Anis kata lagi 2 minggu kita akan balik kampong. Bestnya. Moga sentiasa dalam rahmat Allah. Moga kami selamat dalam perjalanan. Selamat sampai dan selamat kembali. Doakan kami...
Daku bercadang nak pergi ke kubur Mak dan Pak, kubur Melor dan Lokman. Baru daku call Bah untuk temankan kami ke kubur nanti. Biasanya daku pergi kubur Mak dan Pak dengan Bah aja. Tapi jika waktu petang sangat jadi takut. Kena pergi awal sikit jika kita pergi tak ramai. Ya Rabb selamatkan lah kami dalam perjalanan balik ke kampong nanti. Aamiin.
Hari ni Abang Haikal ada pergi Raya kat rumah Mak Ndak. Kelmarin Raya di rumah kami. Abang Haikal basuh baju dulu dan dia sidai di rumah Mak Cik. Dah pon kering. Nanti Abang Haikal nak balik kena datang rumah Mak Cik balik. Ni masih di rumah Mak Ndak. Maznah datang rumah Mak Ndak sempat ambil gambar Raya dengan Abang...Mak Ndak belum ambil lagi. Mereka tunggu Aini balik dari Klinik agaknya.
Semoga Raya Tahun menjadikan kita ceria dan daku doakan agar kita semua sempat sampai di Ramadhan 2027 nanti. (Dengan Harapan.) Aamiin. Daku belum ambil gambar Raya dengan Abang ..InsyaaAllah nanti ambil. Moga sampai ke Raya haji nanti.
Daku sempat kata kat Mak Andak Tq..Moga dapat pahala sejumlah
pahala orang yang berpuasa.
Aamiin.


