Sabtu, 15 November 2025
MENGAPA HARUS JUMPA || D’LLOYD ( BALLAD COVER SONG )
Sabtu, 31 Mei 2025
YANG PERTAMA KALI PANCE PONDAAG - HARRY PARINTANG (COVER)
Jumaat, 26 Julai 2024
Mengapa Tak Pernah Jujur - Pance Pondaag Cover By Decky Ryan
Salah kau...kau tak pernah bagi tahu daku yg kau suka aku...sampai aku tua begini. Mesti kau puas ya. Setiap helai surat yang tak beralamat ini kau buka. Beratus helai dah dalam 3 hari ini...Jikalah kau boleh jadi macam Bang Tuah...Telah kuminta kau buatkan sirih pinang untuk daku makan demi melupakan engkau. Tapi kau hanyalah bayang2 yang mengikuti aku saban hari tanpa jemu. Tak apalah daku izinkan agar daku mendapat sedikit pahala dari ceramah2 Ustaz yang kau dengar.
Sedekahkan daku sedikit pahala. Kau dapat pahala dan daku pon begitu juga. Akhirnya aku dah tak boleh berjalan sendiri, kuat macam dahulu...apa lagi yg ada pada aku. Kau tahu...lututku lebih2 lagi menuakan daku dan untuk menguatkannya daku perlu buat fisioterafi ku setiap hari. Nampak, meskipon muda padamu dari faktor usia tapi kaki ini tak sekuat dikau yg lebih berusia padaku. ...Besarnya harapan aku sebelum ini, tapi sekarang ianya dah musnah... Dah musnah dah. Dari dulu daku mengharapkan kau menegur daku dgn "Hai Noraini ,you apa khabar" cukup lah . Tapi itu semua tak akan berlaku. Mungkin kau akan tulah jika kau tegur aku. Sebenarnya "Ular jika dia menyusur akar, tak kan hilang bisanya.." tapi dikau takut....tak apalah, Aku tak mahu menyusahkan orang untuk menjaga aku akhirnya benci pada aku. Biarlah aku tak menyusahkan sapa2.
Kau sedar yg daku masih bernyawa lebih awal daripada daku sedar dikau masih bernyawa. Itupon daku disedarkan oleh bicara dari mulut kau sendiri kepada orang lain...jika tidak tak mungkin daku tahu...tak apalah semua itu dari Allah azzawajalla. Apa hikmah di sebalik kejadian ini semuanya kita tak tahu. Tapi Allah Maha Tahu.
Kau perlu sedar bahawa sebenarnya kau hidup dalam kegemilangan , kaya dgn wang ringgit, kaya dgn kasih sayang ramai orang, kaya dgn penghormatan dari orang ramai, kegembiraan meliputi hidupmu lain lah aku yang tidak ada apa2 ini. Mencari gembira moga dapat seperti yang kau ada ...Apapon kau dan aku perlu bersyukur...Allah masih sayang kita. Daku doakan kau selalu, moga kau doakan aku. Moga kita selamat hingga aku dan engkau menutup mata.
Bukan daku tak sedeh ...sedehku hanya kusimpan didalam hati.
Khamis, 1 Januari 2026