Jumaat, 9 Januari 2026

Asam pedas kegemaranku...Somtam makanan Thai jugak kegemaranku...


Lama daku tak buat masak ni.  Alhamdulillah daku buat hari ni.
Hmmmm.   sedap sangat.
Mungkin kerana kita buat sendiri.  Citarasa kita.
Daku suka  terung .
Bendipon suka juga.   Jadinya  letakkan kedua2 sekali.   
Menu masakan äsam pedas pak" sedap juga ianya 
lebih pudar tidak sepekat ini.  




Daku suka sangat masak asam pedas ini. 
 Bapaku buat stail nya kuah tidak begitu pekat.
Sedap dgn cita rasa dia,  
Tapi daku punya versi orang Melaka punya Asam pedas.  Pekat. dan Pedas.
Aie tak makan di rumah hari ni kerana Aie pergi makan dgn Abang di kedai sebelum mereka Solat Jumaat.  Mereka makan Ayam Gepuk.
Yummy.  Aie suka ayam gepuk.


Hari ini ada Aie...Tapi dia keluar dengan Faiz cari 
barang2 keperluan nak masuk belajar kembali.  
Macam2 barang yang di beli.  Beli juga makanan segera supaya mudah masak.  Hairi anak Pin dan Bah.
Arif Hairi.  Malam ni sangaja Kak Anis bawa ronda2 kat Bangi
 Mana dia bawa Hairi pon 
tak tahu.  Harap Hairi ..Happy. 
Kelmarin dengan Kak Qurata  bawa kat IOI Mall
 Makan makanan Korea. 
Yang Aini selalu makan.  Katanya sedap.
Sebelum tu Hairi keluar dengan Abang Haikal.  Hari, Abang haihal cuti.  Dapat datang tidur rumah Mak Cik  enjoy sembang2 dgn job pertama Haikal.   Mereka letih pergi IOI Malla tengah hari. 
Anak Pun & Bah dah tinggal di sini,.  Tahu...pasti Bah sunyi sangat. 
Jangan Nangis Adikku.  Kami tolong jaga anak kamu...hihi. 

Ini adalah buah tangan Anis bawa balik.  Dia bawa balik som tam untukku.  Daku memang suka Somtam ini.  Ini adalah makanan Tradisi Thai.  Jika kita ada makanan Tradisi setempat kebebe bagi org lenggong.  Maka Som Tam Makanan Tradisi Mereka.  
Sedap bagi ku Kedai Thai ini buatkan.  Anis tahu daku suka ini,.


Anis belikan keropok bunga warna warni ini untuk ku.  Daku memang suka keropok ini selain keropok Udang.  Sedap sangat bagiku.


Somtam dn Keropok bunga warn warni.  Aku lletakkan namanya.  hihi.


Bah ...Ni kak Eni makan dalam ingatan pada Bah juga." Bah selalu buatkan ini untuk Kak Eni. 
Semalam Kak Eni potong 3 biji Mempelam muda untuk Aie makan.  Kak Eni buatkan sambal belacan untuk dia.  Pedas sekadar2...Aie makan habis.  Kak Eni tahu Aie suka menyicah.  Abang Haikal tengok saja aja .  Dia tak gemar.  Hihi Berbeza kn adik dgn abang.  Allah jadikan perbezaan dari cita rasa dll.  



"Somtam"

Salam.   Moga sihat dan happy... Daku doakan orang lain happy agar daku mendapat doa Malaikat... Happy too. 
InsyaaAllah.
Allah letakkan manusia mempunyai darjat yang berbeza2.  Hargai dan syukurilah dgn apa yang kamu ada. 
InsyaaAllah kamu bahagia Eni.

Hari ini akan hantar Aie ke Kolejnya.  Moga dia dapat belajar dgn Baik.  Penuhkan cita2 mak ayah.  Kita bukan orang senang anak2ku.   Belajar agar satu hari dapat tolong mak dan ayah.  Ayah dah tua.  Mak dah tua. Kita bukan lah orang yang sentiasa meminta pertolongan orang untuk memohon apa2 pekerjaan.  Kita kena sedar...Kekayaan dan pangkat, bukan milik semua..Allah beri kepada siapa yang dia mahu.  Kita kena banyak bersyukur dengan apa yang kita punya,  Usaha sendiri bersungguh2.  Biar kita berpada2.  Kita ikut hukum Allah agar kita tak leka.  Itupon kita perlu berdoa selalu...Kadang2 kalau kita tak berdoa Allah buat kita alpa...kita lupa,  Rabbku peliharakanlah kami.
Rabbku ...jadikanlah mataku memandang kebawah sahaja daripada memandang yang di atas agar syukurku terlaksana.
InsyaaAllah.
 Hari ini kena hantar Aie ke tempat belajarnya.  Moga segalanya berjalan lancar dan mencukupi.  Ya Rabb.  Peliharalah dia...solatnya ,tingkahlakunya, peribadinya, ilmu yang di tuntutnya, doaku semoga Aie sentiasa mendapat doa ibu dn ayahnya, Insyaalah ...Aamiin. 
Anis masih menjalankan tuisyennya dengan anak Teha.  
Daku syukur dia minat mengajar.  Ada sedikit  Allah turunkan minatku padanya.  Sukanya dia mengajar maths.
Dulu kak Quratappon anis yang ajar.
Sehingga Aini dapat keputusan yang bagus dlm Maths.  Syukur Anis boleh tolong orang
Hari ini minggu ini  anak Linda yang Anis ajar telah dapat masuk Asrama Tengku Khursiah.   Happynya Linda.  Kakak happy sangat.
Adik masih belajar.  Bagus anak Lin meningkat dan terus meningkat.  
Daku hanya beri sokongan dan dengar cerita nya untuk momotivasikan nya menolong mengajar Maths.  Jika dia ada masaalah dalam menunjuk cara dia akan merujukku.  Syukur ada minat.  Sebenarnya daku bukan apa, suka sangat jika kita curajhkan ilmu pada orang lain allah akan menambahkan ilmu kita tanpa kita sedari.
Moga Anis dlm Rahmat Allah . Mak doakan.  Siap Tuisyen baru mula nak pergi hantar adik belajar.
InsyaaAllah selamat.
Aamiin.