Khamis, 16 Oktober 2025

Keajaiban Sholawat #quotes #storyharian #sad #storytime #motivation #tre...


Ya Allah betapa indahnya daku bertemu ceramah Uztaz Hannan Attaqi... Daku dah mula mengajar muridku berselawat,  3 kali apabila memulakan pelajaran...MaasyhaaAllah syukurnya daku.  Daku juga mengajar muridku jika lupa dalam peperiksaan agar berselawat.  Muridku, bila keluar dari Dewan Peperiksaan, menceritakan kepadaku bahawa dia lupa lalu teringat pesanan Cikgu Noraini agar selawat.  Saya berselawat Cikgu  terus saya dapat menjawab soalan tersebut.  MaasyaaAllah.

Daku sentiasa memberi motivasi ku kepada murid agar  berselawat atas  Nabi dalam ceramahku.   Maasyaallah.  Aku bertemu kembali cerita selawat, malam ini...Pada murid2 yang lemah, daku akan belikan tasbih dan hadiahkan kepada mereka dan meminta mereka berselawat sebanyak mungkin.  Mereka suka sangat mendapat tasbih dari Cikgu.  Mereka balik, lalu amalkan.  hmmmm.

Pernah daku lupa nombor pin kad auto tellerku, saat mahu mengeluarkan wang  di auto teller bank,  lantaran diganggu oleh anakku untuk menekan nombor2 tersebut,  Daku  terlupa mati saat itu.  Pada masa itu tiada seorang pon di situ..Jika ada orang menunggu mungkin anak ku tidak ku benarkan  dia menganggu.  Daku cuba , tapi salah dan daku berhenti menekan nombor2 tersebut kerana telah 2 kali mengulang nombor yang salah. Daku pulang.

Daku pulang dan bercakap. pada kawanku "Mungkin Kak Ani lama tak berselawat atas Nabi agaknya.  Terus daku selawat dan ...macam magik daku terus boleh ingat kembali nombor pin tersebut hinggalah kehari ini.  MaasyaaAllah besarnya kuasa Selawat Keatas Nabi...Aamiiin shareku pada malam ini ...kerana Ustaz Hannan Attaqi ceritakan pengalamannya.   Syukur Robbku...

Daku dahulu suka  beli buku Agama.  Salah satu dpd nya ialah tentang  kekutan selawat atas Nabi...MaasyaaAllah  Allah anugerahkan daku dengan buku itu....Syukur   Itu semua dari Allah Azzawajalla.  Syukur aku pada mlm ini aku dengar ceramah Ustaz Hannan Attaqi, membuat aku teruja.