IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan generasi muda supaya tidak melupakan erti kemerdekaan dan menghayati penderitaan yang dialami pejuang terdahulu, sambil menegaskan bahawa perjanjian yang telah dipersetujui tidak boleh dipersoalkan sewenang-wenangnya.
Titah baginda, perbuatan itu disebabkan semakin terhakis sikap saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain, serta dipengaruhi oleh api perselisihan yang semakin dinyalakan melalui retorik politik yang memilih untuk mengeksploitasi isu kaum dan agama.
Baginda bertitah, usaha perlu dipergiatkan untuk mengembalikan manhaj pembinaan negara bangsa berpandukan kebijaksanaan dan semangat yang diasaskan oleh Rasulullah SAW.
Sultan Nazrin turut bertitah bahawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, menganut pelbagai agama, mewarisi pelbagai budaya serta menguasai pelbagai bahasa, wajib memperkukuhkan sikap sederhana dan amalan bertoleransi. - MGPerak
Apa. Khabar..
-
Selasa, 16 Disember 2025 Bicara tentang Kadar ,...itu kekuasaan Allah. Jangan harap pada manusia. Bangi 16/12/25 Bersamaan 25 Jamadila...
-
Untukmu Yang Sedang Dirundung Kesedihan Dan Keputus Asaan - Ust. Hanan Attaki, Lc
-
03-12-2024 SS Prof Dato Dr MAZA : Keynote Speaker | Revelation And Scien...